terbaek!

Showing posts with label WARISAN. Show all posts
Showing posts with label WARISAN. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan;


Pertandingan Unduk Ngadau diadakan sempena memperingati dan menghormati Hominodun, semangat seorang anak gadis Kadazandusun yang dikorban untuk mendapatkan hasil padi yang baik.

entri ini hanya ada beberapa gambar-gambar peserta Unduk Ngadau yang telah memenangi gelaran Unduk Ngadau Daerah. hanya 15 orang finalis akan berentap untuk merebut gelaran Unduk Ngadau Negeri Sabah 2011 setelah ditentukan pada 30 Mei 2011. tak pasti sama ada semua UN Daerah ini terpilih ke final atau tidak.


Adeline Joyce Masidah, Likas

Affy Jackleyinda Entawin, Sipitang

Alccy Justin, Tongod

Alvera Raymond Kisil, Sandakan

Arika Robert, Membakut

Awine Awang, Pagalungan

Bo Tiza Arthur S Disimon, Penampang

Caroline Anthony, Tuaran

Chenies Donny, Banggi

Cheryl Lynn Pinsius, Inanam

Conny Maling, Beluran

Eva Eadora Wesmin, Kota Belud

Fellyshynda Felix, Tambunan

Gurjit Gonsilau, Putatan

Hermieza Anak Sulang, Tawau

Hiew Paul Len, Kinabatangan

Jaimurni Lunduman, W.P Labuan

Jessica Joseph, Papar

Jevyonne Jais, Beaufort

Jovenea Jim Lajim, Tamparuli

Kelly Chrisheila Matanba, Matunggong

Kieren Laurent Simon, Tanjung Aru

Kok Yee Lu, Paitan

Laura Simon, Klang Valley

Loreadana Carlista Frederick Toyong, Keningau

Magdeline Evone Michael, Kunak

Marcellina A Pius Ganis, Lahad Datu

Martha Kail, Telupid

Pathlyn Leosie M Mikat, Kota Marudu

Rachel M Alliun, Kota Kinabalu

Rehuellita Bronia, Tungku

Shirly Arichat Enggoh, Kuala Penyu

Shopie Angela Kutam, Ranau

Sinolongan Dayaman, Pitas

Stephanie Saib@Mais, Menumbok

Susianty Sidin, Nabawan

Suzilia Amik, Sook

Therisa Asri, Tenom

Zarwennie Laja Besar, Semporna


Kepada peminat-peminat pertandingan Unduk Ngadau, anda boleh datang ke Hongkod Koisaan pada 31 May untuk menyaksikan sendiri kemeriahan pertandingan budaya warisan Kadazan-Dusun.

klik sini untuk lebih kemeriahan :)



Friday, October 8, 2010

nak kongsi dengan korang, tak lebih dari itu;

HALO HALO dan ASSALAMUALAIKUM. entri yang saya janjikan dah tiba!

Ok, untuk entri pertama. Saya akan kongsi dengan anda mengenai pantun 4 kerat. In short, Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akal budi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.


Untuk maksud yang lebih terperinci, korang boleh klik SINI dan SINI.


Saya merujuk kepada buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa(Cetakan ketujuh 2005) hasil karya Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ni sebenarnya milik adik saya, tapi pinjam bawa pergi maktab untuk kegunaan sendiri.


TEMA : Hilang di Mata di Hati Jangan


Kalau roboh Kota Melaka,

Sayang selasih di dalam puan;

Kalau sungguh bagai dikata,

Rasa nak mati di pangkuan tuan.


Limau purut lebat di pangkal,

Batang selasih condong uratnya;

Hujan rebut dapat ditangkal,

Hati kasih apa ubatnya.


Pucuk pauh selara pauh,

Daun mengkudu ditandungkan;

Adinda jauh kakanda jauh,

Kalau rindu sama tanggungkan.


Klik SINI untuk baca koleksi pantun pantun lain. Bahasa kita indah.


Untuk tuan kami sembahkan;

mari baca entri hari ini;


penderitaan akibat asaimen semakin berkurangan, tadi baru je lepas hantar 2 asaimen. TDPP adn PTPS. so sekarang just concentrate on group work SDP and mikro teaching PJ selasa depan. insyaallah kalau tak ada apa apa halangan lah.


berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan? tapi kali ini aku tambah ayat lagi supaya jadi panjang. BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL, SEKSA LAGI YANG TENGAH ULSER KAT MULUT. hmmm, aku ada ulser kat mulut. jarang jarang kene, kali ni pula dia datang.


so now, dah boleh nak relaks sikit la. just ready physically and mentally untuk BIG Kembara Sosial yang akan bermula Khamis ini sehingga Sabtu. ahad itu nanti akan aku manfaatkan untuk rehat. aah, belum habis lagi taw. lepas tu Selasa depan pula Perkhemahan Asas BSMM kat cawangan Likas. so kena ready juga la. tugas aku sebagai AJK Sukan Rekreasi tak habis lagi. jadual tugasan belum siap.


ok ok. jangan gelabah baca cerita cerita aku ni. sekarang ni kita fokus satu benda. JOM TENGOK MOVIE! tapi bila tengok cuaca kat luar jendela macam tak meyakinkan je. silap silap movie yang tengok aku. mula mula melangut depan laptop, lama-lama laptop yang melangut kat aku kot.


eh, macam hari hari dah update belog lah. :) tak sengaja kot. ah, lupa pula nak bagitahu idea aku ni. mulai hari ini, setiap Jumaat aku akan post entri yang aku bagi label 'WARISAN'. contohnya macam pantun, puisi, pepatah, and lain lain lagi. tapi hanya dalam Bahasa Melayu. sebab aku tahu bahawa bahasa kita indah. ;) ok tak idea aku? at least, bila korang baca, ada benda baru yang akan korang dapat setiap Jumaat, kan? so, tunggu entri pertama aku hari ni. janji taw.


orait, macam dah banyak conteng. nanti jumpa lagi, bai.


kerana jiwa kita pada bertaut pada bahasa yang sama;