terbaek!

Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

# Day 3 - If You could have only one wish, what would it be;

challenge sangat lah tergendalakerana komitmen telah dialihkan ke arah KOT yang alhamdulillah telah berakhir dengan selamatnya.

so, kita teruskan challenge Day 03 hari ini.

kalau saya ada satu impian, apakah ia?*setelah dipindahalih bahasa ke Bahasa Melayu*

IMPIAN SAYA= SAYA MAHU TRAVEL KE SELURUH DUNIA, ESPECIALLY NEGARA-NEGARA SEPERTI DI BAWAH:

1) Japan
2) London
3) Paris
4) New York

Tak payah cakap banyak. nah,




tapi, bila impian tercapai?

calon-calon di bawah adalah berpeluang besar untuk pergi bersama saya:

1) Bakal suami. EH, KAU ADA BAKAL SUAMI?
2) siblings
3) The whole family


ok, nak pergi cafe. bye.

Saturday, February 12, 2011

#Day 2: Explain Your Current Relationship Status

kali ni ringkas dan padat. tak payah explain panjang-panjang.


SORRY, I'M TAKEN.

Friday, February 11, 2011

#Day 1: Introduce Yourself

kan awal awal dah bagitahu yang saya agak tak berbakat dalam bab lukis lukis ni. so, korang jangan la nak hairan kenapa challenge yang ini saya dahulukan. nanti dah habis challenge yang ini, kita pergi pula tengok lukisan lukisan saya eh.

#Day 1: Introduce Yourself.

err, tumpang tanya. kalau taip panjang panjang macam bercerita boleh tak? saya tak biasa la nak tulis setakat kerat kerat ayat ni. saya unstoppable speak machine. tak best la kalau nak tulis sikit je.

hoi, kau nak orang yang baca post ni sambil makan kuaci segenggam ke? cukup la setakat nak introduce yourself. ala, macam kat kelas selalu tu la. ada tak orang introduce diri sampai 10 minit. kau ingat kau buat proposal ke apa?

ok, mari baca seketul seketul.

1. nama saya TOMOKO. saya tak tipu, nama ni mama saya yang bagi. tapi nama dalam IC lain
la. dalam IC yang tak renew lagi tu tulis NORSIMAH ATIQAH BINTI JOHANIS. nombor IC nak? shadap!

2. Pada mulanya saya yakin bagitahu dengan orang yang tinggi saya dalam 160cm. setelah diukur ketinggian pada bulan lepas, saya hanyalah 158.5cm. ala, kalau bundar pun dekat dekat 160cm lah juga kan? TULIS SEKERAT SEKERAT TAK BOLEH?

3. saya tak minat nak jadi cikgu. TAPI itu dulu. sekarang saya amat mencintai profession ini. sebab cikgu banyak cuti. lagi lagi cikgu ni salah satu list calon isteri. tak pecaya? KLIK SINI.
sekarang tengah belajar kat Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran. sekarang dah semester 5, degree tahun ke-3. insyaallah habis pada November 2012. SILA TULIS LAGI PENDEK.

4. saya suka pada semua warna. entah kenapa semakin membesar dan memanjang serta melebar, tak ada warna spesifik yang saya minat. tapi tahun ni macam lebih kepada warna biru. PENDEK LAGI.

5. saya berbangsa Dusun. tapi orang tak percaya bangsa saya Dusun. orang kata saya macam muka Bugis. tabah aje la kan. PALING PENDEK KE NI?

6. kadang kadang hyperactive. eh, tak pasti la sama ada kadang kadang atau memang setiap hari. hee

7. umur dah nak masuk 22. ahad ni baru nak start kelas untuk ambil lesen menyelam. eh, lesen memandu lah.


cukup lah kot. ok jaga diri kawan kawan.

Thursday, February 10, 2011

2nd 30 days challenge;

terasa nak layan. *gelojoh la, 30 days drawing challenge pun tak mula lagi*





SOURCE

Thursday, February 3, 2011

1st challenge



here is a challenge! insyaallah i will start it after this CNY break. we'll see the drawings!

*a bit nervous because i am really bad at drawing*