terbaek!
Monday, February 14, 2011
a wish right now;
Thursday, February 3, 2011
1st challenge

Tuesday, January 25, 2011
dia kata lagi rabak lagi cool;
Friday, December 24, 2010
cuti sana sini;
Monday, December 13, 2010
kami bajet artis hot
Saturday, November 13, 2010
always and forever;
Thursday, October 7, 2010
malam ini cool;
Sunday, September 26, 2010
hari hari saya;
Friday, August 13, 2010
entri tengah malam;
Saya sebagai tukang karut tak akan mengarut lagi malam ni. Hehe ;) hari ni puasa agak baik. Tak ada rasa lapar or haus. Just penat. Habis kelas tadi terus naik katil dan memulakan pelayaran. Haha, tidur sampai waktu asar. Padan muka ditimpa NIGHTMARE di petang hari. Hahaha.
Berbuka kat surau, join iftar jam’ie. (eja macam salah je ni. Huuu~) so then solat n tarawih kat suaru la. Sebelum balik sempat join tadarus lagi. Sampai bilik terus wat pe eh tadi? Dah lupa pula. Isk isk, teruknya ingatan. Aah, ingat dah. Terus masuk bilik member tengok kerja diorang. Lepas tu, masuk bilik sendiri, pandang serong kat raga yang penuh dengan kain. Uhh, pandang serong kat dia! Jom pandang serong kat cik raga tersebut. isk isk, kain siapa la dalam raga tu. Dah penuh tak basuh lagi. Oleh kerana terasa, maka saya pun pergi lah membasuh kain tersebut. Rajin kan? Memang la rajin. Janji ada syiling 20sen dengan 50sen. Jumlahkan sehingga RM3, mesin akan mula berputar. Anda hanya perlu berjalan-jalan atau berpeleseran sementara menunggu kain anda dalam mesin tu siap dibasuh. Haha, zaman teknologi sangat sampai dah malas nak basuh dengan tangan. Mari kita salahkan teknologi, mari! ;P
Tiba tiba terfikir, apesal rajin sangat kau nak update laporan berpuasa setiap hari ni? Kau fikir kau artis macam Mas Idayu ke? Tak pun mesti kau perasan sorang sorang kan? Nak jadi artsis tapi tak kesampaian. Huk huk. T_______T
Erm, petang tadi dah tidur sangat sangat so tak ada la rasa mengantuk lagi. Sahur kang tak payah susah hati. Tunggu je orang ketuk pintu. Ketuk pintu awal pagi? Haha, kitorang kat sini ada Sahur Delivery la. Seronok kan? Ape fikir Pizza dengan McD je ada delivery eh?
Hmmm, rasanya kain dah siap ni. Pergi dulu kawan kawan! ;)
p/s:entri ni dah lewat sangat untuk dipost. Entri ni dah ditaip semalam, baru petang ni dapat post. asyik asyik tak dapat post. tetap paksa gak nak post, tak kire! Korang buat buat eksaited je eh baca eh.
Wednesday, August 11, 2010
tukang karut mengarut lagi;
Sedang merasa tak best sebab tak boleh log in facebook. 8| huu. Tak faham kenapa tak boleh nak log in.
Heh, tukang karut dah kembali! Siapakah tukang karut itu? Aii la, siapa lagi. Hee, kali ni korang layan laporan puasa hari pertama aii eh. Layan jangan tak layan. Ni dah kali ke 4 aii puasa di kejauhan. Haha, kejauhan lah sangat. Naek bas dalam 4 jam dah boleh sampai kat pintu rumah. Haha, jauh kan?
Semalam dah semangat sangat nak berpuasa, pergi la surau untuk solat tarawih. Tak la ramai sesangat semalam. Ada dalam 3-4 saf je kot. Sebab aii dok kat saf 2, mana bole toleh toleh nak tengok berapa saf. Then sahur pun agak bersemangat. Nak tahu apa menu aii sahur tadi? Aii bersahur dengan mee PAMA je. Huu, korang jangan kata tak taw pulak. Taw kan mee PAMA tu? Aii pun tak faham kenapa diorang letak nama tu untuk mee tersebut. o.O
Lepas tu pagi tadi jadual kelas padat pulak. Awal pagi 2 jam dah untuk Unit Beruniform. Naseb baek la tak penat sangat, just belajar buat perangkap haiwan je. Ye la, untuk kes ikhtiar hidup. Lepas dah setel semua, aii rasa mengantuk sangat. Masuk je kat kelas terus je sembam muka kat meja. Zzzzzz
Kelas tamat 43-pm taw petang tadi. 2 jam last tu subjek PJ. Huuu, banyak betul permainan tradisional yang keluar time duduk duduk lepak nak tunggu lecturer sampai. Gelak gelak tak penat pulak, haha. Habis je kelas terus lompat kat katil. Entah la apesal hari ni asal je ada masa senggang, aii akn tidur. Sampai la cik dolly yang kiut pun sempat tanya soalan tu juga. ‘apesal kau hari ni tidur je eh?’
Wuh, panjang pulak laporan hari pertama ni. Haaa, part ni yang seronok nih. Adegan adegan ke pasar malam nak cari makan untuk buka puasa. Tadi pergi kat pasar timing elok sangat. Sampai je kat asrama terus duduk, berbuka. Hehe. Sempat beli Minute Maid. Nak rasa sangat. (pengaruh lepas baca entri sis Aly ;)) tadi aii berbuka dengan sotong kangkung je. Tak ada mood nak makan nasi. Wah, ada mood mood pulak bab nak makan nasi kan? Korang boleh? Aii boleh. ;)
Dah semangat nak try Minute Maid, boleh pulak tak dapat nak buka tutup botol tu. Saspen betol. Sampai aii siap piker sendiri lagi apesal tutup tak boleh buka. Takut takut salah aii yang salah putar. Tapi tak juga. Last last aii main kasar la dengan tutup botol tu. Rembar gunting dengan cutter pastu usaha nak buka tutup botol tu. Potong sana sini akhirnya berjaya gak. Tapi memang dah teruk la keadaan tutup botol tu. Memang gagal kalau nak jadi doctor. Tak buleh nak bedah bedah. Hancur!
*jangan nak tenung tenung kat cutter aii tu, dah tak cantik. pedulikan cik cutter tersebut! jom tengok apa jadi kat tutup botol tu.









