terbaek!

Showing posts with label idea songsang. Show all posts
Showing posts with label idea songsang. Show all posts

Friday, November 11, 2011

World Tour #1;



pada mulanya saya tengah buat revision. merasa penat dan berhenti belajar. view gambar-gambar best, view world map, terus klik google maps.

dan bermula lah perjalanan meronda dunia tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan. saya ke UK mulanya, melawat University of Portsmouth tempat kawan saya tengah study sekarang. eksaited nak ke UK dengan google maps sebab insyaallah 2013 ada misi ke UK. :) malangnya, terlupa printscreen hasil lawatan.

seterusnya saya berpeleseran ke Eiffel Tower pula. dan ini lah hasilnya.

sudut yang saya pilih sebelum tekan butang PrtSc
yaaaa, memang banyak gambar-gambar macam ni di internet. tapi seronoknya google maps ni, kita boleh bergerak ikut arah yang kita mahu, lepas tu boleh pilih angle mana kita nak untuk kita capture dengan button PrtSc kat keyboard anda.

lepas tu saya ke Jepun pula; negara idaman saya. akibat terlalu excited telah tiba di Jepun, maka saya bingun nak melawat yang mana dulu. terpaksa google tempat-tempat menarik di Jepun sebab otak dah tak berfungsi dengan baik akibat terlalu teruja.

sumpah nampak real macam depan mata!

maka selepas ini saya ada hobi baru. kalau rasa boring sampai nak rebonding bulu ketiak, bolehlah jalan-jalan via google maps ni. hmm, dapat idea pula. nanti gambar-gambar yang saya PrtSc hasil penjelajahan percuma saya akan saya share di sini.

ok, harus berhenti berpeleseran sekarang sebab rasanya dah lama sangat meronda. sambung study sekejap lagi lepas ni boleh la tidur dengan gembira.

Wednesday, November 9, 2011

Sunday, June 26, 2011

tak songsang tak mereng;

boleh la jadikan wallpaper anda. :)
cukup untuk seminggu, tiap tiap hari boleh tukar.
HAHAHA























dirompak dari SINI

Sunday, February 6, 2011

blue is beauty;

i don't know what to write last night. so i didn't. but now i know what. HAHAHA

OK people, remember the 30 days drawing challenge? i'll start it tomorrow, so wait for my devastating drawing everyday.

officially the CNY holiday end today. tomorrow is Monday and i never had a Monday Blues. ever. in my own opinion, everyday is a great day. so let's have a great day everyday.

oh, here's something to let you know. i found that this year i am into BLUE. blue color :P everything in blue color will caught my eyes first. including the blue eyes people. HAHAHA

that's all, thank you.

Tuesday, January 25, 2011

dia kata lagi rabak lagi cool;


tadi macam tak tentu hala. serabut sikit. sikit je. ni dah ok. lepas ni boleh tidur dengan aman.

dah boleh la kalau nak layan gambar gambar waktu pergi Kem KeKAS kat Sabah Tea Garden tu.

layannnnnn.

aweks aweks


family family exora jugak ni.


di puncak bukit Kamunsu.


selepas jungle trekking.
automatic wajah berseri seri walaupun penat bila jumpa camera.


kalau setakat dengar explanation pasal water index,
tak payah lah buat ekspresi macam tu.


ok la, tukar ekspressi. ;)


kan dah kata, memang sah tak nampak.
siapa dapat cari saya, bagitahu eh.


last day. a minutes before bertolak balik.


p/s : tak semua gambar ni saya yang snap. ada a few sahaja. yang lain lain ni grab dari OP. thanx Japrin Thomas!


terima kasih wireless. laju sangat, tu pasal gambar pun banyak.



thats all;

Sunday, January 16, 2011

mari mengharapkan sesuatu yang baik minggu ini;

setelah ber'blogwalking' 10 minit yang lalu.

tiba tiba ada mood untuk post entri.

korang yang baca blog ni faham tak apa yang korang baca? kot kot la yang view blog ni ada yang tak faham Bahasa Melayu. *haha, perasan ada orang luar negara nak baca blog dia*. apa pun terima kasih kerana membaca. eh, baca ke view je?

*****

sejak masuk semester 5 ni, sampai ke saat ini masih tak faham adakah tidur selepas jam 12 itu adalah AWAL atau LEWAT. awal atau lewat? orang kata kalau tidur awal tak remaja la. oh, jadi selama ini adakah sudah tak remaja lagi? atau masih golongan kanak kanak?

tapi kalau nak awet muda, kena la tidur awal. jadi option di sini hanya ada dua. nak AWET MUDA atau nak jadi REMAJA? kalau dua dua sekali boleh tak?

musim musim tak ada assignment datang, setiap malam boleh la nak kata lapang. tak busy sangat. task pun 1-2 lecturers bagi. kalau nak harapkan tukang karut ni buat ulangkaji di saat saat ini memang haram. selagi tak ada test atau kuiz, selagi itu la tukang karut ni tak buat ulangkaji. adik adik, sila jangan tiru aksi ini di rumah mahupun di asrama. itu la pasal kenapa kau dapat setakat 3.47 je semester lepas, moko. kau tak insaf insaf lagi?

*****

oh, sebelum terlupa tukang karut nak sebarkan berita penting. penting? penting untuk diri sendiri la kot. *jelas sangat pentingkan diri*. Jumaat ni, 21 Januari sampai 23 Januari, saya dengan classmates attend 1 kursus kesedaran alam sekitar kat Sabah Tea Garden, Ranau. fully sponsored by PETRONAS. sponsor sponsor pun duit kena ada juga kan kalau nak jalan? nampak sangat la elaun belum masuk akaun lagi. kat sini jelaslah bahawa students IPG semua tengah tunggu elaun yang mencurah curah. oleh itu, marilah kita menyimpan harapan yang elaun akan masuk minggu ini, SEBELUM pergi ladang teh. please.

bercakap pasal elaun yang mencurah curah, nafsu nafsu dalam diri dari awal lagi dah mulai bermaharajalela nak itu ini. kau fikir kalau duit asyik mengalir macam air tak akan buat duit kau habis ke moko? berpada pada la kalau nak mengalirkan duit seperti air. kan kan?

eh, boleh tak nak list kat sini apa yang nak nafsu nafsu nak bila elaun dah masuk?
*syaitan menghasut*. ok, tak payah. jangan layan sangat nafsu tu. kena fikir baik baik, which one is keperluan dan kemahuan. kalau nak ikutkan kemahuan memang semua la kau nak rembat. lepas kau dah shopping berlori lori mana kau nak letak lagi barang barang semua tu? dah lah sekarang almari kat hostel tu pun dah cukup cukup muat je, nak tambah lagi dengan begs, kasuts, bajus? eh, kenapa mention begs, kasuts dan bajus ni? itu eh yang koleksi yang kau nak tambah, moko?

aduh, pening la nak fikir. nafsu melebih lebih.

ok la, henpon ada mesej masuk. nak tengok baca.


Thursday, January 13, 2011

alam semesta;

Post ke-491.

tiga belas haribulan satu dua ribu sebelas.

dah lama rupanya bertahan di tanah pinjaman ini kan?

drama berlangsung, jadilah pelakon yang baik. ini Bumi Tuhan. bukan milik kita.



''seperti sebuah lapisan tipis dan kawat pijar di sekeliling

kehampaan besar yang seperti gelembung.''




kau percaya tak yang kata kata di atas ni dipetik dari buku Sains mengenai alam semesta, universe?

percayalah, sebab buku tu Bahasa Indonesia.



Tuesday, December 14, 2010

oh, she can't promise that dear.

i really in blogging mode. but badly i am lacking of idea right now.

here something to fill up this post.

just scroll it down if you are interested to read.


Tumblr_lchcvfpkku1qeqe1so1_500_large

betul kan?

Tumblr_ld44dmnjba1qd7pz7o1_500_large

tiba tiba teringat kasut kuliah.
oh semester 5 is just a few weeks to start!

Tumblr_ld444zmjfh1qd7pz7o1_500_large

oh blackberry yang 'hot'.
still arguing with myself to be her owner or not.
so many things in my list.
each day, the list goes on. ohmaigad.

Tumblr_lda6ffzffh1qejnxfo1_500_large

how cute this blouse! i love the ribbon damn muchie!

Tumblr_ldc6g7j9js1qabm2oo1_500_large

oh man. i miss you ed westwick.
sangat ketinggalan episod GGS4 right now.
balik maktab nanti perlu cover balik episod episod yang terlepas.

Tumblr_lcjmoao4ui1qbmqg2o1_400_large
hah, ini sangat sesuai for those yang tak sedar diri.


Monday, November 29, 2010

love life this;

sila abaikan tajuk.

selalu je tajuk memanipulasi isi entri kan?

kadang kadang tak berkaitan langsung. entah ayat lagu mana cedok buat jadi title.

HAHAHA ;)

lepas tu entah tebiat siapa pula yang aku follow nak taip entri sebaris sebaris lepas tu nak enter enter. ni kalau cikgu BM tahu memang kena terajang la. sungguh tak mempraktikkan ilmu yang diturukan.

HAHA. *lagi*

sekarang masih kat rumah kakak, so boleh update update and facebook-ing lagi la.

kalau dah kat umah parents sebentar lagi, mana da lagi nak online.

tiba tiba kan, kan, kan, terhasil idea bernas bila tengok gambar gambar fashionista yang dressing vintage. ala, kan dressing ni sangat 'in'. so ada pula idea untuk menjalankan misi penting hari ni.

sampai rumah sekejap lagi, kita akan godek godek selongkar himpunan bags puan mama. an bags puan mama kita sekarang dah jadi bahan vintage. yang zaman 70an 80an punya harta lah yang jadi fashion. kita akan buat dokumen permohonan warisan harta. hehe, marilah kita doakan kejayaan misi ini.

eh, ini je ke yang nak ditaip?

ok, amin banyak kali taw.

till then. take care sayangs sayangs.



salam and respects;