terbaek!

Showing posts with label lawaknyahoi. Show all posts
Showing posts with label lawaknyahoi. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Overview:



blogger dashboard dah maju atau aku yang tak tahu?

klik untuk tumbesaran tanpa memerlukan enfagrow.



Thursday, December 9, 2010

Hari Duku Tomoko

wah wah. kenapa tajuk entri macam 'malatop' je ni?

pernah dengar tak event ni?

9 Disember 2010 merupakan Hari Duku Tomoko.

ok adik adik, jangan gelabah. tak payah kucar kacir google pasal event ni atau pergi lari kat mak untuk tanya pasal event ni.

anda pernah tengok buah duku? tak pernah? pernah? eh, apasal semua orang angkat tangan ni? takkan saya seorang je yang tak pernah tengok buah duku? *ini harus malu jika benar*.

bagaimana penentuan tarikh ini dipilih? mari kita imbas kembali. sebelum isyak tadi, saya, puan mama dan adik pergi kedai. adik pergi ambil duit kat ATM *mentang mentang elaun dia dah masuk* lepas tu saya dapat bahagian saya. hehe. so, kami terus menuju ke Pasar Raya Milimewa (sengaja tulis macam ni supaya kelihatan gah). tujuan utama nak beli Harian Metro untuk encik ayah, tapi dah habis. tanpa mengira usia, kami bertiga terus beraksi shopping malam. beli barang keperluan rumah dan junk food untuk dikunyah kunyah oleh adik beradik sambil menonton channel 391 kelak. *demam korea sepanjang cuti* kepada yang geli dengan korea, sila jangan muntah di sini, saya tak benarkan.

lepas tu, puan mama terus drive pergi pasar malam. kat hometown saya, pasar malam everyday. start jam 2pm -11pm. best tak? mama stay dalam kereta, bibi dengan saya je yang pergo round round pasar malam. rasanya dah dekat setahun tak pergi pasar malam kat sini. so tadi pergi beli sayur and sayap ayam panggang. time tengok tengok sayur, terjumpa lah beberapa ketul buah yang tak pernah saya lihat. dengan yakinnya tanya makcik tu. 'ini buah apa?' makcik tu kata 'duku'. maka, saya tergamam seketika. terus secara tak sengaja terlihat makcik sebelah, ada ekspresi pelik di wajahnya. saya tahu kenapa. mesti makcik tu tengah berfikir saya ni baru keluar dari gua mana. *oh sungguh memalukan seorang yang berumur 21 tahun*. saya terus berlalu dengan malunya. nasib baik lampu samar samar, kalau tak mesti dah nampak blusher semula jadi menjadi terang kerana malu terhadap buah duku. eh, malu terhadap makcik makcik dan anak makcik tersebut. mari tinggalkan cerita duku ini.

malang menimpa pada permulaan cuti. charger laptop hangkang. so tak dapat nak on laptop sesuka hari. battery life pun tinggal 10 minit. oh, apa nak dikata? haruskah kita berdoa supaya charger ini baik dengan sendirinya? makanya, online pakai komputer desktop la. tak pun pakai laptop adik. yang ni pun pakai laptop adik, Aspire one.

tak dapat la nak tampal tampal gambar untuk entri ni. *eceh, macam la selalu tampal tampal gambar* google buah duku tadi pun tak jumpa pun gambar macam buah duku yang macam kat pasar malam tadi. so malas la nak letak gambar duku yang biasa biasa tu.

esok esok kalau saya jumpa buah pelik saya post lagi.

bai.


Saturday, July 31, 2010

mask punya cerita;

malam ni hujan lagi. tadi encik ayah datang bawa rambat@jala. ada pakej percuma pulak tu. heh, pakej percuma berupa kuih cakui dan tausa. terima kasih encik ayah! ;)nak taw apa pakej percuma? kuih tausa and kuih cakui la. encik ayah tak lama pun, just singgah untuk hantar bende alah tu je. sanggup kan encik ayah hantar kat aii? saya sayang ayah saya! bila dah ayah hilang bersama bunyi enjin fronteir beliau, tetiba aii rasa sangat sedih. rupanya aii rindu ayah aii. masuk bilik cik tati bawa kuih cakui, then duduk kat katil terus je tetiba nangis. adeh, soft-heartednya aii ni. huuu, SAYA SAYANG AYAH SAYA!

then, tak lama tu. cik tati dan rumetnya, cik zaza datang singgah bilik. time kat bilik tati tadi, aii sempat cerita pasal mask yang aii pakai kelmarin. sangat berkesan, you know! then tak lama tiga tiga kitorang pakai mask tu. tapi letak kat hidung je la. nak buka blackheads kat area hidung. semua dah rupa pelik sebab ada benda pelik kat hidung. tati kata macam bubuh minyak hitam kereta je. nasib baik je bau tak sama macam minyak hitam kereta tu. banyak pulak gelak, nasib baik la letak kat hidung je. boleh la nak gelak banyak banyak.



beli kat Cosway je, jumaat lalu. sampai je bilik lepas beli mask ni aii dengan yakinnya bubuh kat seluruh muka. konon nak test power ar. nak tengok hasil. aii giler sangat terseksa time nak buka mask yang dah kering tu. jakun sangat kan kat mask mask macam ni, tak pernah nak pakai. haha, loser lah kau moko. lepas tu, nak buka habis semua tu je ada la kot dalam 1o minit. sebab tak tahan dengan rasa sakit bila mask tu aii tanggalkan. habis semua roma roma join melekat kat mask tu. bab tu yang tak tahan nyah oi. giler punya sakit. tapi memang puas hati la bila dah buka, rasa cam muka suci murni jenama minyak masak seri murni lagaknya. puas hati la, i tell you. nak try? sila ke kedai COSWAY berhampiran anda.

tata,


Monday, July 26, 2010

eeeeeeee, geli la nyah;

eh nyah, aku tak hingin la dengan boifren kau tu. kau jaga la boifren kau tu supaya dia boleh membesar dengan baik eh. harap-harap nanti dia boleh jadi matang then buat keputusan yang baik untuk kau dan dia. jangan la lagi dia ulang kes yang sama macam mana hal hal dulu tu.

ok. faham?

Monday, July 19, 2010

ha ha ha;

orang tu kata macam ni.

semua orang buat salah. tu la pasal kenapa ada pemadam kat atas pensil.

*haha, aii faham maksud orang tu. dia nak cover silap dia dulu la tu. booooooo~*

p/s:orang tu cakap versi English, aii translete. aii pun faham english lah ngok.

bai bai,

Tuesday, June 8, 2010

ini bukan trip, ok!

KENINGAU-KOTA KINABALU-TUARAN-KOTA KINABALU-KENINGAU
0730 - 1730
7 Jun 2010

ingin tahu apa cerita di sebalik huruf-huruf ini? sila taip YA dan hantar ke 32222. terima kasih. =)

p/s:ai serabut, esok-esok ai cerita k. bai.