terbaek!

Showing posts with label kawan kawan saya. Show all posts
Showing posts with label kawan kawan saya. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Friday, January 7, 2011

The Green Connection




entri kali ni kita cerita pasal tempat best kat area KK (Kota Kinabalu).

aku pun baru first time pergi kat tempat ni time Perkhemahan Unit Beruniform BSMM. tempat ni satu area dengan tempat camping. so, sempat pergi situ, tak pasal pasal jadi tempat kembara BSMM. apakah?

ok jom kita terokai dunia Kota Kinabalu.



TGC tak susah untuk dijejaki. TGC ni hanya 10 minit dari KK dengan teksi. tapi kalau bawa kereta sendiri around 10 minit juga la kot sebab kalau kau bawa apa kereta pun jalan raya tu tak akan panjang or memendek. kadang kadang bergantung pada lalulintas juga.

macamana nak pergi sini? KLIK SINI

TGC buka setiap hari, bermula 10 pagi sehingga 6 petang. lepas tu kalau timing korang cantik, sempat la tengok pertunjukkan jerung makan. 11.30 pagi dan 4.00 petang. diorang ada satu akuarium besar. yang pasti memang besar dari akuarium rumah korang. lepas tu ada diver akan berenang dalam akuarium tu bagi haiwan haiwan tu makan. ikan, penyu, pari semua ada. tapak sulaiman? ada.

lepas tu TGC ni bukan just ada haiwan haiwan. ada satu area lagi macam Petrosains. kat sini lebih kepada educational la. macam macam, yang pernah pergi Petrosains tu dah boleh bayangkan sekarang. tapi tak ada la sama sebijik macam Petrosains. tak ada kereta kereta bulat yang warna hitam tu. kat sini korang kena bergerak pakai kaki sendiri. TGC tak besar sangat. tak penat sangat kalau jalan pun. sebab boleh rehat rehat makan aiskrim. spend masa dalam 1.5-2 jam macam tu la. eksesais sikit la jugak. separuh outdoor dan separuh lagi beratap.

untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.

untuk cikgu cikgu or bakal cikgu, tempat ni kira dah cukup baik untuk bawa pelajar field trip macam tu. TGC memang sesuai sangat untuk aktiviti kekeluargaan di hujung minggu. tak menyesal punya.

harga tiket untuk dewasa RM25, kanak kanak 2-15 tahun RM15 dan percuma untuk bayi. yang bestnya, ada pakej family RM60. 2 dewasa dan 2 kanak kanak.


untuk lebih mengsaspenkan anda, jom layan gambar gambar time group aku pergi. muka sendiri memang kurang la, sebab jadi tukang gambar.

muka muka eksaited nak start journey kat TGC.

ular ada. boleh pegang and boleh tangkap gambar. bawa balik tak boleh.

tengok ni, penyu pun ada. eh labi labi la. hee.

yang ni ikan ikan dalam laut. ada juga kat sini.

kan dah kata, siap boleh makan makan aiskrim lagi.

dalam akuarium ni ada banyak hidupan.
ni tak nampak full lagi.
pergi tengok sendiri ye.



Selami kekayaan khazanah alam di tengah kesibukan bandaraya.


Friday, December 24, 2010

lagi belog terbaek!



entri ini berkesinambungan dari entri ini.

2 blog pada entri lepas, entri ini 1 blog lagi yang aku rasa best. pemilik blog ni is a doctor to be, Fatin Liyana. she is a 3rd year medical student of Universitas Padjadjaran Bandung, West Java, Indonesia. aku tak ada la kenal in personal dengan dia ni, tapi dengan baca blog dia aku tahu semua perkembangan dia. cuti cuti dia kat bandung, kerja kerja praktikal dia masuk kampung, cerita pasal kawan kawan dia. best baca entri entri dia.

Fatin ni comel lah sangat. ada ribbon kat shawl, yang tengah aku praktikkan sekarang ni la. dia sangat suka Hello Kitty kalau tak silap. ni mesti dia inspired dari ribbons Hello Kitty kan? so aku pun try la pakai ribbon, bukan pasal aku suka Hello Kitty, tapi pasal aku nampak comel je bila nampak fatin pakai ribbon. so aku harap aku pun boleh la juga kelihatan comel macam Fatin. *mata bersinar sinar*



jangan klik kalau tak nak tengok besar besar.



Friday, December 17, 2010

ini belog belog terbaek!


oh hi kawan kawan. kita bertemu lagi di entri yang lain, hari ini. pengacara anda, Tukang Karut akan menceriakan tengahari ini dengan menyajikan beberapa belog *kenapa eja macam ni? ini mesti pengaruh HZ* yang i called awesome. yes, thumbs up kawan kawan!

ok, here we go.



macam biasa la, klik untuk tumbesaran yang sihat.


aku start baca belog dia since last year. memang dah terlambat la.
tapi i manage pergi older post. korek semua tips tips hebat HZ.
banyak sangat tips yang you all boleh dapat dari blog HZ ni. she is so amazing.
gaya bahasa santai, entri entri pun semua no harm, bukan cap ayam. semuanya ada point.
satu entri tu kadang kadang komen dia dekat dua ratus. bukan alang alang.
btw, so far follower dia dah sampai 14865, 5 digit ya adik adik.
sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu. tak percaya? klik gambar di bawah.



mama HZ, kakak HZ and adik adik dia pun ada belog juga. family relation dia sangat cool.
mama HZ sangat pandai memasak. dari gambar yang HZ attach kat belog pun dah taw sedap. hoho. membaca belog HZ sambil menikmati gambar gambar yang enak. apa tunggu lagi, pergi baca belog HZ sekarang.





she is a friend of mine. baru kenal dia 2 years ago kalau tak silap. dia sama batch dengan saya, tapi dia study kat IPGKS. she is very talented.
in short, she is an independent woman. she have a small bussines of photography.
i love all her pictures.

dekat blog dia pun ada dia attach a few juga. then kalau nak yang lebih, boleh klik sini or sini.
klik sini kalau nak dapatklan servis photography dia.

i love the way she writes in her blog. fyi, i learned a lot dari blog dia.
my english is bad, so banyak ayat ayat baru yang saya belajar dari blog dia. ok, u boleh klik blog dia sekarang.

so far, ini je la yang i sempat bagi tahu. nanti i sambung lagi yek. streamyx pun macam vavi. malas nak tunggu lama lama. ok bai. *mood dah hilang sebab streamyx*



hai hai bai bai;

Wednesday, November 17, 2010

teaser;

mesti kau tensen kan aku sekejap sekejap update blog.

kau tak nak baca boleh tekan X di penjuru atas sebelah kanan sekarang.

kadang kadang aku fikir kau dan aku sama bodoh. dulu aku pernah menangis bersama untuk kesedihan kau. tapi bila kau gembira kenapa kau tak pandang aku walau hanya sebelah mata?

sedapkan hati tengok gambar gambar wedding.


hati kita berbeza;

we're not dying for it;

malam ni agak tak ada kerja.

bangun dari tidur petang tadi, lepak dalam bilik je, rumet pun dah pergi meninggalkan aku sendiri. so, seorang diri la sampai jumaat nanti. lepas tu baru balik rumah.

and ya pula, esok Aidiladha kan? so dengan nada sayu, aku ingin mengucapkan Salam Aidiladha dari perantauan. *perantauan lah sangat* semoga kita mendapat barokah pada hari yang penuh bersejarah ini. InsyaAllah :)

memang sangat tak buat apa apa malam ni. padahal ada dua kerja lagi yang tak hantar. Report amali and Fail BIG. tutor dah minta. tapi tengok member lain macam tak buat sangat pun.

then hari ni, ada junior yang minta tips dari aku. haha, tiba tiba je malam ni aku jadi pakar kecantikan. apa la sangat ilmu aku. aku just share benda benda basic yang aku amalkan and info info dari bloggers.

dia tanya macamana aku jaga kulit muka. haha, tiba tiba je kan? padahal kulit muka aku tak ada lah baik sangat pun. sekarang ni aku tak tahu kat mana yang going wrong. ada area yang kulit kering, macam menggelupas sikit. so here mungkin aku boleh share sikit sikit info pasal aku. tips kecantikan ke? layan la, whatever.

#1 yang paling basic, kena banyak minum air putih. ini dah balik balik Hanis Zalikha pesan kan?

#2 kurangkan minum air gas bekarbonat tu. tahu lah Cokee tu sedap, lagi lagi kalau sejuk.
hahaha. aku dah jarang sangat minum air karbonat ni sejak 2 tahun lalu. paling paling pun
just minum 100Plus.

#3 cuci muka. CUCI bukan GENTEL or GARU dengan kuku. bukan pakai sabun mandi ataupun ubat gigi. pakai cleanser muka. tak kisah la apa brand, yang penting sesuai dengan jenis kulit. sebab kulit muka kita ni antara kulit yang nipis and perlu penjagaan yang baik.

#4 scrub muka. paling tidak pun seminggu sekali la. tap aku biasa buat dalam 2 kali seminggu.
scrub berfungsi untuk singkirkan sel sel mati kat muka. kalau hari hari skrub, tak baik juga.

#5 pakai toner or moisturizer lepas cuci muka. kulit muka perlu moisturizer. sama macam
badan juga, kita sapu losyen kan?

#6 ah yang ni pun mesti juga. kalau keluar pergi mana mana yang mendedahkan pada cahaya
matahari, mesti pakai sunscreen lotion. ada yang panggil sunblock lotion. and here, aku
suggest sunscreen lotion Banana Boat. tak berminyak and waterproof. peluh la sampai 2
baldi, sunscreen tetap stay, tak hilang.

#7 pakai mask. ini pun sebagai extra je. since tahun lepas aku baru start amalkan. dan memang
ada kebaikan. :)

rasanya macam ini je la tips yang aku amalkan. hehe, kalau ada apa apa nak kata or nak tanya, do drop comment. :)

that's all for now. kepala dah start denyut denyut ni. nak makan ubat. so people, grow well!


salam Aidiladha;

Friday, November 12, 2010

hurry up, people!

hey hey hey guys!

here i've got something for you all.

here is a link for you to share. *click me* alright people, all you have to do is:

1. click on the link above.
2. follow her.
3. read the entry.
4. drop a comment under the entry. in your comment, tell her that i am the one who promoted her link. please STATE my name there. ^^ (Tomoko)

i beg you to do this because actually this is a simple competition. the most person who gets the most friend to follow her blog will be the winner.

besides, her blog is great. she is a fashionable; with hijab.

and people, i do love the present. will you help me?


taken from her blog.

thanks!

Tuesday, November 9, 2010

salah siapa?

kau pernah tak rasa yang kau tak punya siapa siapa di sekeliling kau?

ya, famili memang sentiasa ada. tapi bila kau jauh dari famili, kau harap kawan kawan la yang akan ada di sekeliling kau. kan? but then bila kawan kawan yang kau harapkan kau tu buang kau for only a small thing, kau rasa apa akan jadi?

apa pun, aku tak menyesal untuk keluarkan ayat itu dari mulut aku sendiri. dengan harapan mereka tu faham dan sedar diri for the sake apa yang kau kata. but then, diorang kata kau salah dan tak layak untuk kata macam tu. sebenarnya macamana nak kata supaya mereka tu sedar?

ok. apa kau rasa bila jadi macam ni? member kau buat something or function or whatever. then korang tak pergi atas alasan yang paling tak boleh diterima. walhal yang buat function tu is one of kawan baik kau? kau tak support kawan baik kau sendiri kan? then dengan selamba kau kata kau malas, nak pergi shopping la and nak pergi dating la. ya ya, aku tahu time tu semua orang sibuk. by then, kenapa kau tak support kawan baik kau sendiri? it's not fair la bagi aku. aku yang kategori 'tak disukai' oleh kawan rapat kau pula yang terpaksa datang untuk support sebab tak ada orang lagi yang nak datang. fair tak? tak kan?

aku sakit hati bila tahu kenapa korang yang 'bestfriend' dengan dia tu pula tak datang. yang dibenci ni juga terpaksa terhegeh hegeh nak pergi support kawan baik kau tu. betul, aku sangat rasa tak adil. kenapa mesti korang buat begitu? then bila aku kata aku tak puas hati kat korang, korang pulak kata kenapa aku yang terhegeh hegeh nak mempersoalkan. kau tahu kenapa? sebab aku tak puas hati. tak puas hati. kau faham tak?

kau tahu tak pasal benda je diorang dah tunjuk their true color. thank god, mungkin tuhan bagi ujian ni untuk aku supaya aku tahu siapa kawan siapa lawan. terpulang, apa nak jadi jadi lah.


they revealed their true color; i don't have to ask much more.

Wednesday, October 6, 2010

dare to move?

so many things happen. and i got so many stories to tell you, means that so many words to type, so many entries to post. but i'm sorry because i don't get the suitable time to start the stories. yeah, i know may be it is not a best stories to tell but that is the thing that i want to share with. to my faithful readers of this pity blog, thank you for reading me.

below are my to-do list in this few weeks:
1. update my TDPP folio and sumbit on this friday.
2. complete my Practical 6 report.
3. prepare a table for the duty and plan an activities for Perkhemahan Asas BSMM next week and
4. complete the SDP and PJ KKP.
5. type my reflection on PTPS subject.
6. have a blast on BIG next week.

*too much of broken english*

till then;

Monday, September 27, 2010

i'm sorry peeps;

Misunderstanding can lead to a problem in a further group work. And work progressed may not work as smooth as we want.

it's common thing, right? but when we fight for it, everything will be fine.

so, just clarify the knot.


i may not the best for them;

Sunday, September 26, 2010

hari hari saya;


ASSALAMUALAIKUM.

aku pun tak tahu kenapa tiba tiba ada perasaan rajin nak update belog.

padahal aku tengah kalut dengan kerje kerja. banyak pula nak disiapkan. padan muka dulu dulu tak kesah sangat kerja. esok esok dah nak hantar baru kalut sorang sorang.

lagi aku kalut sebab esok aku dengan member group akan buat mikro n makro teaching. budak budak kelas aku yang memang nakal tu juga akan jadi student. tak payah nak sewa budak budak tahun 1 kat mana mana sekolah. budak kelas aku tu pun dah memadai.

err, nak cerita sikit ni, layan taw. Jumaat malam kitorang ada sambutan Ria Raya Kent. memang annual activities. so malam tu melaram giler la semua umat Kent. ada la juga yang aku snap. lepas tu encik D3000 aku tu pass dari tangan ke tangan orang. semua la nak kat dia.

gambar gambar lain boleh tengok kat fb.


wah, terus tunjuk inai! hehe~

rumet rumet bergabung, meletup!


puteri puteri kelas aku. tapi tak semua ada.


tukang karut dan encik mimie norhidayatie.

pagi sabtu pulak kitorang menjemput diri sendiri ke rumah encik mashitah. ni la first time beraya kat rumah klasmate, hik hik. food memang amazing and delicious. dah lah melepak lama kat rumah mas, lepas tu befire balik siap bungkus pulak. hahaha, nasib baik la rumah klasmates. kalau tak, aku selaku ketua unit paling merah pipi mewakili rakyat kelas aku. huuuu~

tahun depan memang nak beraya kat rumah mashitah lagi. tak payah nak tunggu dia ajak, kitorang yang suggestkan suruh dia prepare. hehe, pintar kan?

ok ok, cukup dah kot mengarut tuk malam ni. kerja aku banyak lagi tak siap ni. asaimen ada 3 beratur, aku tak mula apa lagi. esok nak mengajar, perlu pula aku nak menyanyi untuk set induksi. fail tak mula update lagi, esok cikgu nak cek dah. ah ah, banyak!

september and october ni memang padat.

ok, aku nak buat kerja dah ni. ASSALAMUALAIKUM.


Tuesday, August 31, 2010

hari ni hari apa eh?

wah wah, macam tak terasa pula yang hari ni HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA. tapi rasa macam hari ni hari sabtu pula sebab bangun tak awal. *maksudnya lewat. ngehehehe. hari ni pergi meeting BIG je. tak lama pun. then meluru ke ATM nak menghabiskan sisa sisa wang ringgit yang sememangnya tinggal baki. hahaha.

then all day long kat bilik sampai jam 5pm. macam biasa la, 5pm keluar pergi bazaar cari menu untuk berbuka. gembiranya hari ni sebab berbuka dengan Alaskan Fish Burger KFC. member hulur, kita terima. kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan. :)

hah, ni sebenarnya baru balik dari terawih. senario biasa, dah penghujung ramadhan makin berkurangan umat kat surau. tadi tinggal 2 saf, mula mula puasa penuh 5-6 saf. it's common, tak ada yang nak dihairankan. tapi rasanya benda benda macam ni perlu la kita perbaiki kan? benda tak elok, kita ketepikan. benda elok, kita ikut.

esok pergi sekolah lagi. tak faham kenapa jiwa semangat sangat nak pergi sekolah. lepas tu esok tak terfikir lagi nak buat apa kat sekolah. ah, harap esok tak tinggal barang kiriman kak senior untuk cikgu kat sekolah.

malam ni agaknya nak ambil feel untuk memulakan proses membuat asaimens. lepas berbuka petang tadi baru ada kesedaran nak memuat turun asaimens kat MyKent LMS. so, baru realize yang rupanya ada 4 asaimens dah kat tangan. cuti ni tak boleh la nak bercuti sangat. kerja kena jalan juga. kan kan? khamis ni pulak ada Majlis Berbuka Puasa kat dataran Kent. annual event, yang tak bestnya kena sediakan makanan sendiri.

hah, ini paling penting. notis untuk cik AJWIN AJEERA. tadi kat surau, kite nampak sorang junior macam muka ajwin tau. tapi mata die tak besar macam ajwin. ajwin masih menang. hehe, nanti kalau kite sempat, kite amek gambar dengan dia then letak kat blog kite ni eh. boleh la ajwin tatap. hehehe ;)

take care pretties.

Monday, August 23, 2010

selalu lala macamni;

diari ramadhan bersambung lagi :) diari ke laporan?

#ramadhan 9 (19 Ogos 2010)

Pergi kelas macam hari hari biasa. Kelas setengah hari je, lepas tu balik tidur. Aku kalau tak tidur petang, tak sah. J buruk perangai. Eh tak tak,memandangkan esok kitorang ada Tamu Matematik & Sains, so petang tu aku tak tidur. Bizi print badge@pas masuk and nametag utk AJK Pelaksana. Aku yang tawarkan diri untuk setelkan benda ni. Then dalam jam 3 lebih tu, aku pergi kelas lagi, nak siapkan pencarian nama scientific haiwan haiwan yang dah diawet. Serious aku bagitahu, nak carik nama nama scientific ni bukan kerja mudah. 2 jam aku kat kelas tu, 2 ekor haiwan je yang aku Berjaya temui nama species taw! Kena kelik sebiji sebiji pulak tu untuk tengok gambar then compare dengan haiwan sebenar. Tak ke susah? Lagi lagi bila lack of references. Nasib baik berjaya temui website yang boleh dibuat rujukan.

Then malam tu tak tarawih lagi, aku sebok pulak kat dewan. Adjust board board untuk hari esok. Sampai jam 12 jugak kat dewan. Dah setel yang tu, balik bilik sambung print nametag untuk AJK. Jam 2 pagi baru la setel and dapat la aku tidur nyenyak sampai lewat bangun pagi esok! Hahahah :P

#ramadhan 10 (20 Ogos 2010)

Dah penat sangat, sampai tak terjaga nak sahur. Pastu bangun lewat pulak tu. Bangun je aku terus kelam kabut bersiap. Huuuuu, nasib baik tak lewat sangat. Aku lewat 5 minit je masuk kuliah. Lagi lagi lecturer PJ tak masuk, so dapat la buat kerja apa yang patu before tamu start jam 10.

Tamu start jam 10am sampai pukul 4pm. Pengunjung sangat memberangsangkan. Nampak happening sangat sambutan dari warga Kent and budak budak sekolah yang kitorang jemput. Diorang balik dengan rasa happy selain dapat banyak ilmu baru. Thanks to all yang datang ke Tamu kitorang and thanks juga buat semua pihak secara langsung mahuoun tidak langsung dalam menjayakan Tamu Matematik & sains 2010. Dengar dengar KJ kata September ni ada lagi. WHAT?

#ramadhan 11 (21 Ogos 2010)

Kelas ganti pulak hari ni. Uhhh, nasib baik kelas tak banyak. Ada lecturer yang tak masuk kelas. So balik dari kelas apa lagi, terus tidur la. Penat semalam tak ganti lagi. Malamnya pergi tarawih, bantu uruskan moreh.

Balik tarawih, aku nagn rumet keluar pergi pekan minta masakkan kari. Kat surau tadi ada moreh mee kari. Mee nya ada, karinya dah habis. Hehe, dah balik ngn kari pekat tu, sampai bilik terus je makan.

#ramadhan 12 (22 Ogos 2010)

Hari ni bangun je terus basuh telekung. Then singgah kat bilik Vivyan, tengok dia tengah pegang paper asaimen. Wah, semnangat giler dia! So, aku pun tersemangat sekali tanpa diduga. Hahaha, tapi sampai bilik terus pulak tengok movies. Sanggup tak tidur petang semata mata tengok movies. Isk isk.

Malam tidur awal pulak. Rasa penat, sebab sejuk giler. So, badan pun tak ada la bersemangat sangat. Kat bilik je malam ni. Cek cek kerja sikit, then tidur. Ni yang aku tengah taip entri ni sebenarnya selepas sahur. La ni dah 5.40 pagi taw. Lepas ni nak iron baju pulak. Lepas tu nak tidur, boleh? Eeee, asyik asyik tidur.

Ok la, nak iron baju dah ni. *eceh, padahal tak sabar nak sambung tidur.

Hmm, selamat berpuasa!


short report with a long entry;

Entri ni dah lama ditaip and baru hari ni perasan yang tak dipost lagi. Hahaha J dah basi kot entri ni. :P

*nak juga buat laporan berpuasa ala ala diari ramadhan walaupun sedar yang diri ini hanyalah pelajar maktab dan bukannya artis melesia yang meletup letup*

hasyel hasyek URL not suppored buat aku mencik dan tak bersemangat nak post hari demi hari. awal awal puasa hari tu bukan main semangat lagi buat laporan ramadhan panjang lebar. haha. kali ini, just a short one.

#ramadhan 4th

hari ni birthday Habeeb Safri. text him to wish, ;) dulu aku birthday pun dia tak pernah lupa nak wish. dah namanya saturday, tidur agak lebih la. sedar sedar dah nak tengahari. hadoi, kurang pahala puasa. memang tak banyak buat kerja on this day. *ada nada menyesal di situ.

#ramadhan 5th

hari minggu, yeah! pergi bazaar dengan Kak Zita. then realizi yang 'kalau nak kurangkan berat badan, so tak boleh nak makan chocolate moist cake setiap hari'. so sejak hari ini dah tak beli lagi chocolate moist cake. time tarawih, member kata dia dah lost 4kg. huh, tak sampai seminggu lagi puasa dah lost banyak. ah, jealousnya aku!

#ramadhan 6th

buat buat saspen time timbang berat. keputusannya : 54kg tak kurang kurang. kena usaha lagi ni! pergi bazaar dengan classmates. gerak dalam team of 6. wah wah. ;)

#ramadhan 7th

hari ni selasa eh? wah wah, tak terasa sangat waktu waktu berlalu. sekejap je. dah sangat bertekad nak kurangkan pengambilan gula dan lemak untuk keputusan yang memberangsangkan. just beli bakso and ABC. oh, sikit kan? kat surau agak lama malam ni, sebab turn kelas aku yang uruskan moreh.

#ramadhan 8th

hari ni shedule padat gilerr. well, rabu kan. sampai 430pm. energy pun dah fully perlu recharge. dah habis pakai time kelas amali SDP kat Dewan Tun tadi. balik je terus terbaring kat katil. bangun, terus pergi bazaar cari makan. hari ni makan Nasi Ayam and ABC. ABC lagi. esok esok minum air putih je la. malam ni tak pergi tarawih pun, badan aku giler punya penat. lepas maghrib terus je tidur and then 10.00pm tadi baru bangun. lepas berbuka tadi makan ubat lagi, temperature macam ada naik sikit. rumet aku jadi tukang sukat panas. ;)

alrite, dah habis cerita. nak sambung buat kerja. banyak nih, mai tolong sat.


Friday, August 13, 2010

oh so random;


gambar gambar ni aii dah edit kelmarin. meronda ronda kat dalam HDD ni, so terjumpa la gambar gambar kat bawah ni. layan ;)




now showing you, ms. Rinusin! my sweetie =) hah, tengok kat tangan Cik Vivyan, aii yang lukis inai ni. dah lama tak conteng conteng macam ni. hmm, i guess before balik cuti raya ni ramai la yang minta lukiskan inai ni. huu~



ah, yang ni pula Akmal. gambar ni taken on birthday Wana kat KFC. makhluk ni memang sangat sempoi. tak kering gusi duduk dengan dia. aii panggil dia abg mal. hee, he's one of my best buddy. abang mal pandai ambil gambar cantik cantik taw. aii pun pernah jadi model dia sekali hari tu.



tghis picture was snapped time aktiviti Unit Beruniform. this two sweetie is Vivyan and Asfaryna. My girlfriends, ok. jangan cuba cuba nak pedajal kat diorang, nanti aii ketuk kepala pakai siku aii. ada berani? sekarang ni, diorang berdua tak ada kat sini, masing masing balik kat rumah. aii tak balik rumah, mula mula rasa nak balik tapi bila fikir fikir kuliah ada dalam 3 minggu lagi. so tahan je la, nanti sempa juga puasa and beraya kat rumah.

ok, gotta go. nak pergi mandi solat. aii baru je siap berbuka. bai ;)