terbaek!

Monday, February 14, 2011

a wish right now;

wishlist 2011 dah tercapai :)

alhamdulillah.

hari ni pergi register untuk ambil driving license. terus la dengar ceramah KPP 5 jam yang sangat lah buat mengantuk. memandangkan saya duduk kat depan dengan zee, terpaksa tahan perasaan nak lentok atas meja. sangat mecabar keimanan. siapa kata ceramah KPP tu tak boring sila email saya di tomoko_leong@yahoo.com. tak pernah pernah lagi saya dengar ceramah tu tak boring.

lepas habis ceramah around 4.30pm, tutor kami yang hensem merangkap abang sepupu Emmey drop la kami kat Terminal Wawasan. sementara nak tunggu Shana sampai kat Wawasan, kami berlegar legar mencari destinasi sesuai untuk dituju. then saya masuk kedai jam dengan Emmey.

di sini lah kisahnya bermula. melilau lilau tengok jam yang berkenan. mula mula ESPRIT tu agak menarik perhatian, lepas tu tengok lagi kat kaca kaca lain, kat CASIO ada pula satu yang mengunci pandangan mata. fikir punya fikir, last last CASIO jadi pilihan.

sangat mengidam nak jam yang macam ni. sebab kalau jam jam yang selalu beli tu (yang cantik dan murah) meninggalkan kesan allergy kat pergelangan tangan. bak kata pepatah, 'badan mahal'. haha, sejak bila ada pepatah macam ni? adik adik sekolah jangan pakai pepatah ni kalau jawab periksa. nanti cikgu garis pakai pen merah panjang panjang. faham?



1 comment:

Anonymous said...

ku mau gilak mengantuk moko!