terbaek!

Thursday, December 30, 2010

wrap up slow slow

kurang setengah jam lagi dah sampai ke penghujung 2010. lalu akan berlakulah transisi umur dari 21 ke 22. officially umur berubah pada April 10. oh macam tak sedar je masa berlalu dengan begitu pantas.



ah, btw blog dah tukar nama. 'a little love, a little charity'. our little secret dah tak pakai. apa sangat la secret kat blog ni. kan kan?



kira kononnya malam ni macam nak wrap up lah cerita 2010. tapi otak macam tak boleh cover balik apa yang dah berlaku sepanjang 2010. kita wrap up slow slow la kot kan?



hari ni full day asyik asyik merajuk kat puan mama. dah hari hari terakhir kat rumah la pulak asyik asyik merajuk. nak kata pasal hormon, bukan. kot kot ini sifat baru menjelang umur 22 eh? haha lupakan. macam biasa la, bila merajuk kat puan mama, masuk bilik duduk kat katil. buat je la apa apa asal boleh stay atas katil. dengar lagu, baca buku, option lain, tidur. lepas tu bangun bangun terus cari makan. haha, tak malu.



ok jom wrap up cerita 2010. *versi 1*


#1 DSLR ada dah kat tangan. gift dari encik ayah sebab pointer time Sem 2 naik mendadak dadak bagai pinang dibelah dua. eh, kenapa bunyi macam tak sesuai je? pointer time tu sangatlah unexpected, tinggi mana pun tak boleh lawan pointer Hanis Zalikha la.



#2 field trip paling best dengan lecturers and classmate. memandangkan Semester 4 bebudak PISMP Sains study pasal Ecosystem and Biodiversity, so filed trip lebih ke arah ekosistem la kan. so filed trip tu 3 hari 2 malam. pergi 2 tempat. for ex-situ conservation, kitorang pergi Lok Kawi Wildlife Park. then In-situ conservation pula, kitorang pergi kat Proboscis River Lodge, Klias, Beaufort. memang best sangat lah. semua orang happy. paling tak boleh lupa time abang bot tu drift bot kat sungai Klias. hoh, mula mula macam nak tercabut nyawa je bila dah rasa 45 degree dari origin. haha, lama lama best. tiap kali drift, jerit. drift lagi, jerit. haha.



#3 first time format encik laptop. semenjak beli on August 2007, ni la first time format. memang time ni laptop dah lagging, slow, isi isi pun berselerakan kot. secara automatiknya lepas format terus pakai Windows 7. tapi kualiti tak power sangat sebab RAM masih tahap balairaya kampung. 1.5 G DDR2. sem depan nak upgrade RAM supaya boleh laju macam Usain Bolt.



#4 yang ni korang jangan gelak. yang duduk sabah, especially. cuti ni baru la aku jejak balik kaki kat Gaya Street. lama gila tak jejak kaki kat situ. aku malas nak cerita panjang. pendek kata macam tamu la, Sunday Market bak kata nenek aku. macam macam kau boleh jumpa kat situ. macam macam lah! tu aku dah tolong link-kan pasal Gaya Street tu hah. kalau nak tahu, jangan segan segan nak klik, aku tak suruh bayar sesen pun.


setakat ni je yang dapat di-wrap up. nanti esok esok aku fikir balik. duduk bertapa atas katil ingat balik kisah 2010 ni ye.


alrite, till then. Gudnite.



p/s : lagi lama kita hidup, lagi banyak pengalaman kita dapat. rajin rajin la cari pengalaman. jom doa supaya umur panjang. :) Selamat Tahun Baru 2011!



Wednesday, December 29, 2010

Video AH lagi!

guys, berhenti la cerita pasal timeline #malaysiacheatlaser kat tweeter tu.
alah, kat mana mana la.
kalau dah rezeki kita menang, terima saja la kan?
nak condemn condemn apa lagi?

kita tunggu pengakhiran 90 minit malam ni sama sama.
nervous dah sampai, kick-off tak ada pun mula lagi.
Garuda Vs Harimau Malaya!
eh, betul ke Harimau Malaya?

sikit lupa, you guys dah check out video ni?
kepada kaki kaki youtube, sila lah google video ni.
korang taip je 'Ayuh!', sure jumpa punya.

aku dah tengok. paling salute gila la kat Aziz Hazmi ni.
sorry la tak dapat nak attach video tu kat sini.
nak download tadi tapi ada problem pula.
kecewa sikit tak dapat nak letak video tu kat sini.

A public service announcement by Izham Ismail, featuring Aziz Hazmi.

banyak banyak la buat public service announcement, semua aku layan!

Jumpa kat Stadium Gelora Bung Karno! *ceh, bunyi macam nak pergi Indon je*



Friday, December 24, 2010

ChurpChurp | K-Pop

K-Pop?

semua orang memang minat gila dengan diorang.
ya ya, taw. ada yang minat J-Pop, but now yang hawt is K-Pop la for sure kan?
jangan kata remaja la, budak budak sekolah rendah pun minat dekat diorang.
lagi lagi la korang yang muda remaja, especially perempuan la kan?
eceh, tak mengaku la pulak dia ni.



so nak tunggu apa lagi. klik sini, cepat!



lagi belog terbaek!



entri ini berkesinambungan dari entri ini.

2 blog pada entri lepas, entri ini 1 blog lagi yang aku rasa best. pemilik blog ni is a doctor to be, Fatin Liyana. she is a 3rd year medical student of Universitas Padjadjaran Bandung, West Java, Indonesia. aku tak ada la kenal in personal dengan dia ni, tapi dengan baca blog dia aku tahu semua perkembangan dia. cuti cuti dia kat bandung, kerja kerja praktikal dia masuk kampung, cerita pasal kawan kawan dia. best baca entri entri dia.

Fatin ni comel lah sangat. ada ribbon kat shawl, yang tengah aku praktikkan sekarang ni la. dia sangat suka Hello Kitty kalau tak silap. ni mesti dia inspired dari ribbons Hello Kitty kan? so aku pun try la pakai ribbon, bukan pasal aku suka Hello Kitty, tapi pasal aku nampak comel je bila nampak fatin pakai ribbon. so aku harap aku pun boleh la juga kelihatan comel macam Fatin. *mata bersinar sinar*



jangan klik kalau tak nak tengok besar besar.



cuti sana sini;


hai hai hai. ASSALAMUALAIKUM readers. lebih seminggu dah tak post entri. aku senyap je kan? actually pergi cuti cuti rehat rehat je. *kata kata sungguh berganda ganda*. that's why sangat tak ada khabar berita. tapi no worries, i'm still 21 and healthy.



spend time dengan family, tidur, makan, shopping sama sama. rumah kat KK tu ada dua bilik je. maka anak anak gadis encik johan ini pun bergelimpangan lah berseketiduran bertiga bersama sama di kotak berdinding empat penjuru itu. memang dah sangat lah lama tak tidur bertiga bersama sama di atas tilam yang sama. kalau waktu kecil kecil dulu memang everyday la. since dah besar besar panjang semuanya, dah ada bilik masing masing makanya dah jarang bergelimpangan berseketiduran sama sama.



cuti cuti rehat kat KK pun ok apa. jalan jalan kat bandar KK, shopping shopping, makan makan, pergi pantai, wildlife park. kira macam cuti and rehat rehat la. then kitorang balik Kgu on 22hb Dis. actually nak duduk lama lagi kat KK, tapi kena balik Kgu juga sebab yesterday ada Family Gathering. memang dah lama tak buat gathering. so time yang ada ni la dimanfaatkan memandangkan semua family besar, which is aunts, uncles, cousins and nephew almost semua ada kat Kgu. bila jumpa semua rasa hepi, peluk peluk, story story. yang sama sama kecil dulu pun sekarang dah sama sama besar. dah ada yang kahwin, bertunang, dan aku juga la yang masih berstatus single.



gambar tak banyak sangat, since camera masih original lens and speed light pun masih belum mampu nak beli, so aku tak suka sangat nak ambil gambar waktu malam. maafkan ketidakpandaian saya memanfaatkan kamera. semalam penat menari nara. kitorang sangat la having a great time dengan semua family members.



pics belum banyak yang aku edit. jangan marah hah. aku bagi saspen saspen sekeping boleh kan?



Pantai Teluk Likas; 21 Dis 2010.

Friday, December 17, 2010

ini belog belog terbaek!


oh hi kawan kawan. kita bertemu lagi di entri yang lain, hari ini. pengacara anda, Tukang Karut akan menceriakan tengahari ini dengan menyajikan beberapa belog *kenapa eja macam ni? ini mesti pengaruh HZ* yang i called awesome. yes, thumbs up kawan kawan!

ok, here we go.



macam biasa la, klik untuk tumbesaran yang sihat.


aku start baca belog dia since last year. memang dah terlambat la.
tapi i manage pergi older post. korek semua tips tips hebat HZ.
banyak sangat tips yang you all boleh dapat dari blog HZ ni. she is so amazing.
gaya bahasa santai, entri entri pun semua no harm, bukan cap ayam. semuanya ada point.
satu entri tu kadang kadang komen dia dekat dua ratus. bukan alang alang.
btw, so far follower dia dah sampai 14865, 5 digit ya adik adik.
sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu. tak percaya? klik gambar di bawah.



mama HZ, kakak HZ and adik adik dia pun ada belog juga. family relation dia sangat cool.
mama HZ sangat pandai memasak. dari gambar yang HZ attach kat belog pun dah taw sedap. hoho. membaca belog HZ sambil menikmati gambar gambar yang enak. apa tunggu lagi, pergi baca belog HZ sekarang.





she is a friend of mine. baru kenal dia 2 years ago kalau tak silap. dia sama batch dengan saya, tapi dia study kat IPGKS. she is very talented.
in short, she is an independent woman. she have a small bussines of photography.
i love all her pictures.

dekat blog dia pun ada dia attach a few juga. then kalau nak yang lebih, boleh klik sini or sini.
klik sini kalau nak dapatklan servis photography dia.

i love the way she writes in her blog. fyi, i learned a lot dari blog dia.
my english is bad, so banyak ayat ayat baru yang saya belajar dari blog dia. ok, u boleh klik blog dia sekarang.

so far, ini je la yang i sempat bagi tahu. nanti i sambung lagi yek. streamyx pun macam vavi. malas nak tunggu lama lama. ok bai. *mood dah hilang sebab streamyx*



hai hai bai bai;

Tuesday, December 14, 2010

oh, she can't promise that dear.

i really in blogging mode. but badly i am lacking of idea right now.

here something to fill up this post.

just scroll it down if you are interested to read.


Tumblr_lchcvfpkku1qeqe1so1_500_large

betul kan?

Tumblr_ld44dmnjba1qd7pz7o1_500_large

tiba tiba teringat kasut kuliah.
oh semester 5 is just a few weeks to start!

Tumblr_ld444zmjfh1qd7pz7o1_500_large

oh blackberry yang 'hot'.
still arguing with myself to be her owner or not.
so many things in my list.
each day, the list goes on. ohmaigad.

Tumblr_lda6ffzffh1qejnxfo1_500_large

how cute this blouse! i love the ribbon damn muchie!

Tumblr_ldc6g7j9js1qabm2oo1_500_large

oh man. i miss you ed westwick.
sangat ketinggalan episod GGS4 right now.
balik maktab nanti perlu cover balik episod episod yang terlepas.

Tumblr_lcjmoao4ui1qbmqg2o1_400_large
hah, ini sangat sesuai for those yang tak sedar diri.


Monday, December 13, 2010

kami bajet artis hot


semalam attend wedding kawan punya kakak. area rumah dia so nice, sebelah je ada sawah padi. selepas kenyang ngap ngap dan beberapa gelas air oren, terus tak melepaskan peluang yang ada berlari menuju ke sawah yang cuma beberapa langkah. terus buat pose bajet artis hot dengan adik. hoho memang dah tak kisah siapa siapa dah. *kalau mak mertua nampak mesti pengsan*

sempat la klik klik sepuluh dua puluh keping. DSLR berpindah tangan. kadang kadang saya yang jadi photographer gambar adik adik. lepas tu adik yang tinggal 1 paper lagi nk habis SPM yang jadi photographer. *itu pun perlu mention ke?* so here tampal la juga sekeping dua gambar bajet pose trak hengat tu.

kawan kawan jangan tertipu sangat dengan gambar gambar ni. kita harus ucapkan terima kasih kepada Photoscape yang banyak berjasa. *saya tak reti nak guna Adobe*


kita mulakan eksplorasi gambar dengan mempersembahkan gambar tuan punya blog.



yang kecil ni pun sebok nak enterframe kakak kakak die nak shoot gambar. so, demi menjaga hati pihak yang kecil ini, kita turut mengupload gambar ini. beliau berumur 3 tahun dan mempunya rekod kes menumbuk mata kanak kanak lain di taman permainan. *hampa*



hasil dari tukang gambar yang baru belajar. nak edit pun tak pandai sangat.



setelah diedit menggunakan Photoscape.

dah jarang wat album kat FB. just upload kat wall, tapi jarang la. sebab malu tengok gambar sendiri.

ok readers, till then. take care :)

Thursday, December 9, 2010

Hari Duku Tomoko

wah wah. kenapa tajuk entri macam 'malatop' je ni?

pernah dengar tak event ni?

9 Disember 2010 merupakan Hari Duku Tomoko.

ok adik adik, jangan gelabah. tak payah kucar kacir google pasal event ni atau pergi lari kat mak untuk tanya pasal event ni.

anda pernah tengok buah duku? tak pernah? pernah? eh, apasal semua orang angkat tangan ni? takkan saya seorang je yang tak pernah tengok buah duku? *ini harus malu jika benar*.

bagaimana penentuan tarikh ini dipilih? mari kita imbas kembali. sebelum isyak tadi, saya, puan mama dan adik pergi kedai. adik pergi ambil duit kat ATM *mentang mentang elaun dia dah masuk* lepas tu saya dapat bahagian saya. hehe. so, kami terus menuju ke Pasar Raya Milimewa (sengaja tulis macam ni supaya kelihatan gah). tujuan utama nak beli Harian Metro untuk encik ayah, tapi dah habis. tanpa mengira usia, kami bertiga terus beraksi shopping malam. beli barang keperluan rumah dan junk food untuk dikunyah kunyah oleh adik beradik sambil menonton channel 391 kelak. *demam korea sepanjang cuti* kepada yang geli dengan korea, sila jangan muntah di sini, saya tak benarkan.

lepas tu, puan mama terus drive pergi pasar malam. kat hometown saya, pasar malam everyday. start jam 2pm -11pm. best tak? mama stay dalam kereta, bibi dengan saya je yang pergo round round pasar malam. rasanya dah dekat setahun tak pergi pasar malam kat sini. so tadi pergi beli sayur and sayap ayam panggang. time tengok tengok sayur, terjumpa lah beberapa ketul buah yang tak pernah saya lihat. dengan yakinnya tanya makcik tu. 'ini buah apa?' makcik tu kata 'duku'. maka, saya tergamam seketika. terus secara tak sengaja terlihat makcik sebelah, ada ekspresi pelik di wajahnya. saya tahu kenapa. mesti makcik tu tengah berfikir saya ni baru keluar dari gua mana. *oh sungguh memalukan seorang yang berumur 21 tahun*. saya terus berlalu dengan malunya. nasib baik lampu samar samar, kalau tak mesti dah nampak blusher semula jadi menjadi terang kerana malu terhadap buah duku. eh, malu terhadap makcik makcik dan anak makcik tersebut. mari tinggalkan cerita duku ini.

malang menimpa pada permulaan cuti. charger laptop hangkang. so tak dapat nak on laptop sesuka hari. battery life pun tinggal 10 minit. oh, apa nak dikata? haruskah kita berdoa supaya charger ini baik dengan sendirinya? makanya, online pakai komputer desktop la. tak pun pakai laptop adik. yang ni pun pakai laptop adik, Aspire one.

tak dapat la nak tampal tampal gambar untuk entri ni. *eceh, macam la selalu tampal tampal gambar* google buah duku tadi pun tak jumpa pun gambar macam buah duku yang macam kat pasar malam tadi. so malas la nak letak gambar duku yang biasa biasa tu.

esok esok kalau saya jumpa buah pelik saya post lagi.

bai.


Monday, November 29, 2010

Tumblr_lc9ewmvo5z1qcz79io1_500_large


respect yourself;
Tumblr_lck3j0v6mg1qdv72lo1_500_large


agree?


gimme more;


Satchelsbig6_large



love life this;

sila abaikan tajuk.

selalu je tajuk memanipulasi isi entri kan?

kadang kadang tak berkaitan langsung. entah ayat lagu mana cedok buat jadi title.

HAHAHA ;)

lepas tu entah tebiat siapa pula yang aku follow nak taip entri sebaris sebaris lepas tu nak enter enter. ni kalau cikgu BM tahu memang kena terajang la. sungguh tak mempraktikkan ilmu yang diturukan.

HAHA. *lagi*

sekarang masih kat rumah kakak, so boleh update update and facebook-ing lagi la.

kalau dah kat umah parents sebentar lagi, mana da lagi nak online.

tiba tiba kan, kan, kan, terhasil idea bernas bila tengok gambar gambar fashionista yang dressing vintage. ala, kan dressing ni sangat 'in'. so ada pula idea untuk menjalankan misi penting hari ni.

sampai rumah sekejap lagi, kita akan godek godek selongkar himpunan bags puan mama. an bags puan mama kita sekarang dah jadi bahan vintage. yang zaman 70an 80an punya harta lah yang jadi fashion. kita akan buat dokumen permohonan warisan harta. hehe, marilah kita doakan kejayaan misi ini.

eh, ini je ke yang nak ditaip?

ok, amin banyak kali taw.

till then. take care sayangs sayangs.



salam and respects;

Sunday, November 28, 2010

fine;


dicedok dari TPG.

salam and respect;

Saturday, November 27, 2010

sekejap saja;








nak jadi blogger yang mahsyur tak perlu la tiap tiap sejam nak update belog kan? kalau entri pun macam takde hal tapi update 10 kali sehari tak ada pekdah juga. *eh kenapa tiba tiba emo ni?*

tiba tiba. ok jangan layan beliau.

ni sekejap je, gambar dicedok dari blog encik kembar, tak marah kan? tak marah kan? teheeeee. klik untuk tumbesaran yang agak berpada pada.

eh, bukan yang ni la. ini boifren ai.


hah, yang ni la. anda rasa apa? MUHASABAH diri ramai ramai. #MacamTerasa


yang mencedok gambar;

durian mangga apple kelapa??which one do you dislike??

dislike? macam semua ok ni. #tamak

ask me for more!

ih...sa boring n malas... ko?!

samaaaaa. tapi nasib baik la banyak bole buat di rumah. huhu. tadi pagi saya pg mencat. kau ada? haha :)

ask me for more!

one day, u walk on the pathway. then u found a money...myr 100 and myr 10. Which ONE would u pick?

both no.

ask me for more!

sa mau blanja ko makan shusi 70 plate..mesti hbs...mau ka??

astagah, 7 prg mgkali bule. klau 70 sy x sure. bah tapi bila?

ask me for more!

suggest me some heavy like hell music??...

heavylikehell? paling hell pun i layan linkinpark n mcr je kot.

ask me for more!

ur facial form? ^^

so far i'm still using Garnier Light. change kot next year.

ask me for more!

cheese??...:D

sure, ai like that :)

ask me for more!

come back!

HAHA ;)

rasa macam baru keluar dari gua. sori peeps lama tak update encik belog nih. tak ada story sangat pun. cuti pun dah start, si duduk kat rumah je ;a. btw, plan cuti tak ada yang jalan lagi. huhu :(

aaha btw, followers dah 94. thanx to you all.

mmang dah lama tak blogging or blogwalking. broadband and streamyx ada problem oh. so tak dapat catch you all. kesian kan? terpaksa la tahan hati tak facebooking and blogging.

but now kat rumah kakak. so streamyx menyelamatkan diri dan kehidupanku. :)

esok dia ada kenduri masuk rumah baru, so datang la pergi tolong dia.

macam panjang nak cerita, but now i have to go dinner.

so, till then. gudbye. :)


take care;

Thursday, November 18, 2010

breaking the habit;

RULES : Put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go!When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the Title of your note.

tidak ditag oleh siapa siapa.

on your mark, get set, go!!

1.If someone says, “Is this okay?” you say
When I'm Gone - 3 Doors Down


2. How would you describe yourself?
Love Drunk - Boys Like Girls


3. What do you like in a guy/girl?
Hey Baby - Jordan Sparks

(kenapa ni macam tiada kaitan?)


4. How do you feel today?
If It's Lovin' That You Want - Rihanna

(lagi la blank =.=)


5. What is your life’s purpose?
A Moment Like This - Kelly Clarkson


6. What's your motto?
Kiss Kiss - Chris Brown ft. T-pain

(ai, bahaya ni tau)

7. What do your friends think of you?
Seasons In The Sun - Westlife

(bah, sepa la jadi black sheep ni kali?)

8. What do you think of your parent
This Ain't a Love Song - Bon Jovi

9. What do you think about very often?
When It Was Me - Paula Deanda

10. What is 2 + 2?
Rockstar - Nickelback

11. What do you think of your best friend(s)?
Older - Colby Caillat

12. What do you think of the person you like?
Nickelback - burn it to the ground


13. What is your life story?
Your Love is a Lie - Simple Plan

14. What do you want to be when you grow up?
All I have To Give - Backstreet Boys

(apa la ni?)


15. What do you think of when you see the person you like?
When The Rain Falls - Zetta Bytes

16. What will you dance to at your wedding?
Photograph - Nickelback

(saya sedang berfikir macamana tarian untuk ni lagu)

17. What will they play at your funeral?
Two is Better Than One - Boys Like Girl ft Taylor Swift

(siapakah yang seorang lagi itu?)

18. What is your biggest fear?
This is My Now - Jordan Sparks


19. What is your biggest secret?
Something Worth Living For - Shayne Ward

(Secret kah?)


20. What will you post this as?
Breaking The Habit - Linkin Park

TOTALLY, BREAKING THE HABIT TONIGHT.




apa apa lah;

Wednesday, November 17, 2010

ada kisah yang terbuku;

sekarang dah 3.30am.

tak boleh tidur.

tiba tiba nak kata ini. I bukan random girl. I'm different. so please. respect i. thanks.

hmm entah. don't ask me why. i memang macam ni, time time mata tak boleh lelap tu la banyak betul benda benda pelik yang bermain di fikiran. so bagi all out lah kan.

yes people, pagi nanti ada lembu nak disembelih. fyi, i still kat kampus i. tak dibenarkan balik lagi. tapi a few of friends dah balik. and i tak nak cari masalh, so better duduk sini je kan.

oh ya, btw i baru lepas tengok SALT. memang power gila la Angelina Jolie kat situ. paling i respect kebolehan dia dalam muvee tu.

and sekarang i tak tahu nak buat apa lagi. rasa macam nak balik rumah je. barang barang dah 70% done packing. so ada a few lagi la.

tiba tiba ada perasaan nak away dari sini. pergi je la mana mana. then suddenly teringat KL. oh god, nak pergi KL lagi. u know what, tak kisah laa u pergi mana mana. asalkan tempat tu tak ada siapa siapa yang kenal you. that is what i did time pergi KL April lalu. petang tu i go for a walk at Jalan TAR. i memang totally alone, tak ada siapa siapa accompany i time tu. sengaja. i go walk, tengok tengok orang, masuk keluar kedai. then time tu i sangat merasakan yang i sangat bersendirian. that is why kadang kadang i go anywhere myself. sebab sometimes kita akan rasa kita perlu rasa sendirian. kan? u did that? i did it.

Thank you Allah for all I have today. Alhamdullilah.

ah, btw, i am single lady. don't ask me why; again.


have faith;

teaser;

mesti kau tensen kan aku sekejap sekejap update blog.

kau tak nak baca boleh tekan X di penjuru atas sebelah kanan sekarang.

kadang kadang aku fikir kau dan aku sama bodoh. dulu aku pernah menangis bersama untuk kesedihan kau. tapi bila kau gembira kenapa kau tak pandang aku walau hanya sebelah mata?

sedapkan hati tengok gambar gambar wedding.


hati kita berbeza;

posto posto;

aha, update lagi.

malam ni memang malam mendapat inspirasi eh?

almost semua benda hari ini sangat inspiring.

lagu lagu ni pun semua inspiring.

nah, ambek ni sikit.

Love is crazy
Pretty baby
Take it real slow
My feelings show
All you have to do
Is never ever let it go
My feelings show
And I want you to know

colbie cailat - feelings show.

malam ni layan Colbie Cailat.

layan.

p/s: buat buat tak layan pada encik migrain yang datang bertandang. ikut suka dia je nak datang. tak suka kau la encik migrain. and rasanya i have to take a new medicine to cure. ubat yang selalu makan tu dah tak memberi kesan. ohmaijee.


ok, selamat malam.


yang benar;

we're not dying for it;

malam ni agak tak ada kerja.

bangun dari tidur petang tadi, lepak dalam bilik je, rumet pun dah pergi meninggalkan aku sendiri. so, seorang diri la sampai jumaat nanti. lepas tu baru balik rumah.

and ya pula, esok Aidiladha kan? so dengan nada sayu, aku ingin mengucapkan Salam Aidiladha dari perantauan. *perantauan lah sangat* semoga kita mendapat barokah pada hari yang penuh bersejarah ini. InsyaAllah :)

memang sangat tak buat apa apa malam ni. padahal ada dua kerja lagi yang tak hantar. Report amali and Fail BIG. tutor dah minta. tapi tengok member lain macam tak buat sangat pun.

then hari ni, ada junior yang minta tips dari aku. haha, tiba tiba je malam ni aku jadi pakar kecantikan. apa la sangat ilmu aku. aku just share benda benda basic yang aku amalkan and info info dari bloggers.

dia tanya macamana aku jaga kulit muka. haha, tiba tiba je kan? padahal kulit muka aku tak ada lah baik sangat pun. sekarang ni aku tak tahu kat mana yang going wrong. ada area yang kulit kering, macam menggelupas sikit. so here mungkin aku boleh share sikit sikit info pasal aku. tips kecantikan ke? layan la, whatever.

#1 yang paling basic, kena banyak minum air putih. ini dah balik balik Hanis Zalikha pesan kan?

#2 kurangkan minum air gas bekarbonat tu. tahu lah Cokee tu sedap, lagi lagi kalau sejuk.
hahaha. aku dah jarang sangat minum air karbonat ni sejak 2 tahun lalu. paling paling pun
just minum 100Plus.

#3 cuci muka. CUCI bukan GENTEL or GARU dengan kuku. bukan pakai sabun mandi ataupun ubat gigi. pakai cleanser muka. tak kisah la apa brand, yang penting sesuai dengan jenis kulit. sebab kulit muka kita ni antara kulit yang nipis and perlu penjagaan yang baik.

#4 scrub muka. paling tidak pun seminggu sekali la. tap aku biasa buat dalam 2 kali seminggu.
scrub berfungsi untuk singkirkan sel sel mati kat muka. kalau hari hari skrub, tak baik juga.

#5 pakai toner or moisturizer lepas cuci muka. kulit muka perlu moisturizer. sama macam
badan juga, kita sapu losyen kan?

#6 ah yang ni pun mesti juga. kalau keluar pergi mana mana yang mendedahkan pada cahaya
matahari, mesti pakai sunscreen lotion. ada yang panggil sunblock lotion. and here, aku
suggest sunscreen lotion Banana Boat. tak berminyak and waterproof. peluh la sampai 2
baldi, sunscreen tetap stay, tak hilang.

#7 pakai mask. ini pun sebagai extra je. since tahun lepas aku baru start amalkan. dan memang
ada kebaikan. :)

rasanya macam ini je la tips yang aku amalkan. hehe, kalau ada apa apa nak kata or nak tanya, do drop comment. :)

that's all for now. kepala dah start denyut denyut ni. nak makan ubat. so people, grow well!


salam Aidiladha;

Monday, November 15, 2010

yang ini best;


post ini mungkin post yang dinanti nanti. dan AMARAN : post ini agak panjang.

sebenarnya dah lama nak post yang ni, tapi masa amat tak mengizinkan. dan hari ini baru dapat explain dengan panjang lebar.
terasa nak blogging pakai bahasa melayu, so yang tak faham melayu tu, i am sorry for this.

bila aku cek cek older post, aku sedar yang aku memang jarang letak muka aku dalam post kan? so mungkin bagi yang just baca blog aku ni tanpa add kat fb memang tak kenal kot muka aku.

so here, dengan yakinnya aku tunjukkan muka aku yang sebenar.


ok, tak payah nak klik klik untuk tumbesaran yang melampau lampau. agaknya ini dah cukup jelas. kau nampak jerawat aku kat pipi kiri tu? (gambar ni kira baru la, time bulan Syawal juga. jangan tertipu dengan 'kehalusan' wajah sebab ia adalah atas bantuan 'natural light'. gambar ori, tak edit punya)

dialah tukang karut yang bernama Tomoko. iya, Tomoko. aku tak main main ni. ini nama aku, tapi bukan nama dalam IC la. nama ni memang nama panggilan aku sejak aku kecil. dah ramai yang tanya kenapa nama aku Tomoko.

once upon a time, in a small village, bla bla bla. ok cukup melebih lebih. mari ke point utama. nama ni puan mama yang bagi. sebab time aku lahir around 1989 or 1990 *wah muda lagi tukang karut ni* ada drama Jepun tajuk Somersault main kat TV. aku tak sure TV1 or Tv2. dan sangat pasti memang tak ada kat TV3.

aku dah memperuntukkan beberapa jam untuk cari gambar pelakon bernama Tomoko tu dan juga anything berkaitan drama Somersault tu tapi tak jumpa jumpa. kalau korang baik hati nak tunaikan hajat aku, bantu lah aku google semua ini.

ok dah tahu kan kenapa nama aku Tomoko? so then, lepas ni jangan memandai nak kata aku cari glamer pakai nama Jepun. sekali aku dengar kau kata aku trep trep jepun, aku baling heels aku tepat tepat kat muka kau! boleh faham?


ok sekarang kita move kepada bangsa aku. ok, siapa tahu aku ni bangsa apa? selama aku duduk kat maktab (aka IPG), rasanya dalam 50 orang yang teka bangsa aku, 3 orang je yang betul. (tak ada lagi scan sijil lahir, kalau tak baru boleh tunjuk bukti paling kukuh.)

Encik Ayah berbangsa DUSUN yang paling original. ayah asal Keningau. tapi parents dia asal Tambunan, Puan Mama berbangsa BANJAR yang asal dari Banjarmasin, Kalimantan (sebelah ayah) and Brunei (sebelah mak, asal kat Labuan)

tapi kat sijil lahir, it was written 'KADAZAN' because kalau kat Labuan, bangsa Dusun dikenali sebagai Kadazan. so aku proceed je la. and yeah, aku lahir kat Labuan.
ok, sila tengok gambar aku yang sangat besar tu. skroll ke atas dan tatap selama 5 saat sahaja. dah? ok cukup. teruskan baca. kau ada nampak muka Bugis tak kat gambar aku tu? Suluk? Sungai? Pakistan? hah, ini lah senarai bangsa bangsa yang orang teka berdasarkan muka aku yang sampai sekarang aku tak tahu muka aku ni jenis apa. bujur sirih? bulat? bujur melintang kot.

dan kalau aku kahwin nanti, aku nak kahwin yang penuh dengan tradisi kedua dua bangsa mak dan ayah aku. eh, kenapa tiba tiba sampai sini? ok, masuk barisan asal balik.

ah, satu benda yang paling seronok ialah bila aku jalan jalan sorang kat Labuan and then kawan kawan lama mak aku tak ragu ragu tegur aku. 'Mama mu si Dayang kan?' kalau tak pun 'Mama mu si Armah kan?' aku senyum dan angguk. *soalan diajukan dalam dialek Brunei*

nah, ini gambar aku dengan Puan Mama. gambarni pun baru. 2nd day of raya yang baru ni.

kalau ini korang nak tumbesaran melampau, bolehlah klik. boleh nak scan kot kat mana ada jerawat.


ada sedikit kekesalan di sini. aku dalam kategori 'baik' berbahasa Brunei. but then aku kecewa sebab aku tak pandai cakap Bahasa Dusun. boleh faham sikit sikit la. so korang jangan berbesar hati nak minta ajar bahasa Dusun dari aku.


hmm, ada apa lagi yang tak clear kat sini? rasanya macam dah cukup kan penerangan ni. kalau ada apa lagi yang korang nak tanya, sila komen kat post ini.

thanks for reading.

salam and respect;

I’ve done and I’m fine;


Yeah, the last battle was end successfully. *mission accomplished* The last dot on the paper brings a smile to me. After a bad day I have to fight with a migraine, and proven that today is not the day that I have to regret on. With a luck step entering the hall, so that with the step to out from the hall. Yes, I am done with my 2nd year of my Bachelor of Science Education. Alhamdulillah.

Now I am having so much time to be wasted before going back to hometown. Wasted? No no no, just received a call from my lecturer. The PCK’s and Practical are need to be submit on Thursday while BIG file on Friday. Hahaha, seems like I don’t have time to be wasted. Sigh.

I have a list on my plan during the holidays. Hopefully I am able to tick ‘done’ on the list.

Then, I’ll come back to campus next year, I hope it’s a brand new start for me as a 3rd year of degree.

So people, grow well and grow strong! Happy holidays!


salam and respect;

Sunday, November 14, 2010

blogwalking;

Pernah kau fikir hebatnya Tuhan ciptakan langit tak ada tiang yang boleh berdiri terpacak dan cuba kau fikir lemahnya kau berdiri guna dua kaki tak boleh terbang sikit pun. Dua kaki tu pun pinjam free dari Tuhan. Cuba kau fikir macamana Tuhan mengarah matahari untuk bekerja duapuluhlimajam sehari?

nak baca lebih? tekan SINI.

Words dia best.

Dan aku masih gagah berdiri; belum menyerah.


salam and respect;

Saturday, November 13, 2010

re-post;

for those yang dah terbaca entry ni, this is your second time.

yang dah bace tapi tak buat lagi, now is the time. :)

hey hey hey guys!

here i've got something for you all.

here is a link for you to share. *click me* alright people, all you have to do is:

1. click on the link above.
2. follow her.
3. read the entry.
4. drop a comment under the entry. in your comment, tell her that i am the one who promoted her link. please STATE my name there. (Tomoko)

that's all, guys! again, you have to follow her ok.

i beg you to do this because actually this is a simple competition. the most person who gets the most friend to follow her blog will be the winner.

besides, her blog is great. she is a fashionable; with hijab.

and people, i do love the present. will you help me?


taken from her blog.

thanks!