terbaek!

Sunday, March 20, 2011

sabtu;

selamat datang ke blog yang tak selalu update.

rugi follow blog ni kan?

hah, mesti hairan kenapa tiba tiba post entri di tengah malam. *mari ber'saya-saya'.*

petang tadi saya baru sampai ke halaman Kent around 5pm something la. gerakan solo KGU-KK-TRN. no hal lah nak gerak sorang-sorang, dah biasa sangat. selalunya saya balik Kent hari ahad. tapi memandangkan Isnin ni dah start Praktikum I, so ahad nanti saya nak berehat-rehat sambil buat preparation selow selow. tak nak la penat. tha's why balik sabtu. member member pun dah ramai kat hostel. tak ada masalah, line clear.

misi hari ini berjaya. UPDATE almari. Ya tuan tuan dan puan puan, update almari. kosongkan almari dan masukkan baju bajan yang perlu sahaja. yang dah tak up-to-date kita hantar balik rumah. kerja setel dalam jam 12am. sebab start pun dalam jam 9pm. ternyata saya tak boleh siapkan kerja dalam masa yang cepat. take time. padahal baju je pun. kalau nak packing keluar asrama nanti tak tahu la berapa hari. :|

lepas dah siap sapu lantai mop lantai segala, terus lah mandi. tak berpeluh sangat pun, just badan dah gatal gatal. banyak sangat habuk kot. badan saya mendetect habuk dengan baik. ia memberi respon dengan kadar paling segera bila sesuatu tempat tu ada habuk. kalau saya tak bersin, kulit kulit badan akan gatal dan kemerahan. fungsi yang baik kan?

dah segar lepas mandi, tak mengantuk lah pula. sebab along the journey dari KGU-KK saya tidurrrrr tak henti henti. memanfaatkan masa, bak kata orang tua tua. tidur yang cukup kan baik untuk kesihatan. *memanipulasikan kata kata*. news kata malam ni SUPERMOON. tak tahu? *garu garu kepala kenapa korang tak tahu* so saya pergi la tengok. kot kot besarrrrrrr. dengan ekspektasi yang bulan sangatlah besar, saya keluar melihat beliau.

tak besauuuuuu seperti yang saya ekspek. (eleh, siapa suruh ekspek besar besar). serius tak besar, macam biasa je saya tengok. just ada rong pelangi la. something yang bukan rare la. i thought i nampak rare bulan malam ni. eh, tempat korang besar tak?

ni dah boring tahap pengawal istana, tak tahu nak buat apa lagi. ok la. nanti nanti kalau rajin saya merapu lagi.

jagai diri.

No comments: