Tanganku terasa ringan untuk menaip butir kata-kata. Sudah sekian lama jari jemariku ini tidak melentik dari satu ke satu kekunci aksara ini. Bagaimana harus aku mulakan? Di mana? Hidup terlalu tidak tersangkakan. Aku mulai untuk menyelami erti sebenar kehidupan. Ia bukanlah semudah yang kita sangkakan. Namun, aku belum pernah mengalah lagi dalam pertempura-pertempuran ini. Kalah atau menang akan kita bicarakan kemudian. Terlalu banyak yang ingin aku rungkaikan di sini. Namun kadangkala lebih baik untuk aku diamkan dan bicarakan saja di lubuk hati ku.
Mendengar pada lirik rossa ini, buat aku hanyut seketika. Ya, aku terlalu cinta dia. Kerana itulah aku berani untuk mengambil keputusan menidakkan rasa yang sering tiba dan pergi, membakar perasaan ku ini. Kadangkala kita perlu berkorban. Aku sedar bahawa jalanku masih panjang. Tidak terfikirkan dan terjangkakan. Akan bertambah hebat pertempuran-pertempuran yang bakal menunggu aku. Detik waktu sering mengingatkan aku bahawa aku sedang mara ke hadapan. Apa pun yang telah terjadi, aku tidak pernah meminta untuk diberhentikan masa, apatah lagi untuk memutar masa. Yang berlalu, biarlah berlalu. Biarkan..
Bersama angin yang berhembus, sampaikan salam rinduku buat memori masa silamku.
No comments:
Post a Comment