1-merokok
sumpah! aku tak pernah merokok. niat untuk merokok memang pernah. time tu zaman jiwa remaja bergelodak. hahaha, ya la kan time tu jiwa remaja memberontak. semuanya mau dicuba. dan kali itu, aku berjaya menggunakan akal fikiranku yang waras untuk membuat keputusan. keputusan untuk tidak merokok. aku dulu bukan macam sekarang. dulu ke'boyish'anku sangat2 tegar. tapi sekarang, aku masih boyish. *kadang-kadang
2-bangun sendiri
hahaha, bab ni lucu sikit. kes ni berlaku time aku masih sekolah rendah. time tu aku tidur yang sangat mati. kalau kapal terbang terhempas depan rumah pun aku belum tentu terjaga. dan sangat berbeza pulak dengan kondisi sekarang. sejak aku start skolah menengah, senang betul aku terjaga. sebut saja nama aku, konfem bangun punya. lebih2 lagi kalau dengar bunyi tapak kaki bapa aku. secara automatiknya akan terus duduk walaupun belum buka mata. haha, banyak betul bukti2 kes ini. paling best, bapa aku selalu tanya kenapa di tilam aku ada sekurang-kurangnya 3 stand medal setiap pagi. ingin tahu mengapa? sebab mak aku baling stand medal tu supaya aku terjaga. tapi kalau dah sampai 3 stand medal, tidur mati tahap apakah itu?
3-main anak patung
yah, kan perkara ini biasa bagi kanak-kanak perempuan. main anak patung. i told u, aku tak pernah main binatang tersebut. seriously! kami (aku n siblings) ada pelbagai jenis permainan yang kami reka sendiri. ternyata kami kanak-kanak yang kreatif walaupun time tu aku tak minum dumex, enfagrow.. whatsoever! ingin tahu lebih lanjut? ask me personally. dan aku akan cerita dengan penuh perasaan.*tanpa henti
3-menyanyi depan orang ramai
this is the most thing yang tidak akan aku lakukan. aku sangat2 tidak boleh menyanyi. suara aku sangat teruk. mungkin tsunami akan melanda sekali lagi kalau aku menyanyi. tapi, kalau menyanyi dalam bilik air merupakan perkara biasa@wajib. kepada sesiapa yang pernah mendengar suara sumbang aku, buat2 tak dengar ja ya..
4-pakai lipgloss/lipstick
mahupun yang sama waktu dengannya. asalkan bertujuan untuk diletakkan/disapu di atas bibir memang haram tak pernah. dan ia berubah apabila aku Form4. normal lah kot, tapi mungkin agak lewat. time tu la aku baru mengenal lipgloss and semua-semua yang sama waktu dengannya. lagipun aku dolu2 kan agak 'boyish'. so aku tak ada benda2 macam tu.
5-pakai high heels
klu heels pun tak pernah pakai, inikan lagi high heels. aku first time memiliki dan memakai heels time aku kerja, around 18 years old. itu pun secara tiba2 tergerak hati untuk beli heels. hakhak, dengan alasan mencuba sesuatu yang baru. dan since aku study di maktab ni.. baru 1 heels yang aku ada (except heels kuliah). jenis apakah aku ni..
yang lain nanti aku cerita lagi ya..
No comments:
Post a Comment