heh~
malam ini saya akan berbicara dengan bahasa melayu yang agak rusak~
ini adalah kerana saya telah dipengaruhi oleh encik norfarahain (merangkap adik saya, kawan saya, BFF saya, jiran saya dan geng saya) melalui blog beliau.
heh~(lagi sekali)
ada bunyi-bunyi seperti bahasa yang rusak ka?
heh~ (lagi sekali)
hari ini merupakan hari bermalas-malasan. saya bangun agak lewat pada pagi tadi selepas bangun sahur. tidak payah la saya kemukakan jam berapa saya bangun (memalukan).ya ya, agak malu untuk memberitahu.
lepas tu menjadi rajin dengan tiba-tiba. membuat asaimen MAB. kerajinan tersebut berakhir selepas berjaya menambah DUA muka surat sahaja! teruknya manusia ini. terus bernafas di tengahari sambil melayari internet. selepas penat surfing, lebih kurang jam dua lebih, akhirnya saya akur pada panggilan pulau. eh, salaaaah. panggilan katil. dan selepas bermanja-manja melalui sistem khidmat pesanan ringkas dengan BEE saya, saya terus berpindah ke alam mimpi.
tidur kali ini pun agak lewat bangunnya, jam 5 lebih baru la kembali ke alam nyata. dan BEE saya memahami saya. he let me sleep for a few hours. heh~~
after berbuka puasa with family, macam biasa la lepak-lepak dpn tv. ready to terawih.
baalim terawih trus lepak with siblings. kici, deedee, KJ, farah and me. bb is not home. dan saya merasa amaze apabila melihat ada sebuah gitar di atas katil adik saya.
saya tidak menyangka dia boleh bermain gitar! oh, sampai begitu sekali peningkatan yang berlaku selama ketiadaan saya di rumah.
akhirnya, saya kembali melayari internet seperti malam-malam sebelumnya. bapa saya sedang melayari youtube. heh~ (lagi..) beliau sedang melihat video-video entiti. adoy~ saya kurang berminat so saya keep surfing to FB and blogging.
dan titik akan menemui kita sebentar lagi. agak rusak ka bahasa saya malam ini. pada pendapat saya, tidaklah serusak bahasa dalam blog encik farah. tidak mengapa, saya akan menggiatkan usaha untuk berbahasa seperti beliau.
No comments:
Post a Comment