terbaek!

Tuesday, September 15, 2009

bukan untuk curang;

entri kali ini menggunakan bahasa sesuka-suki aku sendiri. (jari menari-nari di atas papan kekunci untuk menaipkan aksara yang bakal mengandung makna)

tempat: bilik sendiri
mood : agak yakin, merasa cool sendiri2~


aku dan semua orang maklum bahawa hidup kita ini terlalu banyak yang bakal dirindui dan bakal dibenci. aku yakin, hidup ini telah banyak mengajar aku untuk mendayung kolekku ke haluan yang benar. kadangkala aku terpesong, namun tarikan graviti bumi telah memutarkan semula kedudukan kolekku untuk kekal di haluan yang sepatutnya. saat ini aku merasakan bahawa hati aku dalam keadaan tenang, gembira seadanya. bagai bunga-bunga bermekaran di taman yang indah. kasih sayang dari insan-insan di sekeliling aku telah menjadikan aku ciptaan seperti ini. ya, memang aku seperti ini. kau harus tahu dan kau harus fikir ya. ini permainan tidak boleh diduga.(macam kenal ayat ni, lirik lagu kan?) aku ialah pemilik 'girly stuff' seadanya. (kategori alat solek, ya. tapi kalau kategori pakaian, blum bleh diisytiharkan lagi).

aku berdiri atas dua kaki yang menyokong berat badanku, 53kg(so far). kaki ini lah yang membolehkan aku untuk ke sana ke mari dengan riang gembiranya, menurut sahaja kemahuan jiwa mudaku. ya, aku bukanlah ugly or beauty creature, cukuplah aku sekadar sebaik-baik kejadian. aku tidak perlu kata pujian yang mana mungkin segelintir individu mengidamkan. cukup lah untuk membolehkan hari-hari yang aku lalui menjadi sesuatu yang bermakna. (sedang menyedari bahawa entri kali ini agak panjang).

kebahagiaan yang aku idamkan nampaknya seakan-akan kumiliki. (dan, ku milik mu! o yeah~ <- iklan) aku tidak berminat untuk memuja-muja insan yang aku kagumi dan sayangi mahupun aku cintai. aku hanya perlu rasa yang menerawang di antara hati aku dan hatinya berpadu, utuh. aku hanya perlukan itu. cukup itu.

saat ini, aku sunyi.sepi.sendiri. ritma lagu sekalipun tidak kedengaran di penjuru empat dinding ini. aku lebih gemar keadaan begini. membolehkan otakku mudah mencipta ayat yang mungkin membawa magis pada insan lain. mungkin. kejadian semalam aku ulangi lagi dengan yakinnya, untuk menghirup 3 paket nescafe 3in1 regular 20g (3x20g=60g) di dalam bancuhan air 300ml. sesuatu yang biasa untuk aku pada *keadaan-keadaan genting seperti ini. oleh yang demikian, efek-efek yang seharusnya akan mulai menguasai aku. seperti semalam. (sehinggakan dengan percuma mendapat amaran dari encik aku). bersedia, badan mulai memberi *respon pada bancuhan malam ini!

(rujuk penulis untuk memahami maksud *)

No comments: