semalam merupakan hari terakhir aku menerima kertas kuning. dan, rasanya kertas kuning di dalam failku semakin bertambah.kerja semakin bertambah dan masa semakin berkurangan. ya, saat-saat terakhir seperti ini kadang kala membuatkan konsentrasiku hilang, lari sejauhnya dari aku. saat-saat begini hati-hati kami sudah berada pada suasana perayaan. [saya tahu anda faham akan apa maksud perayaan itu =)]
teringat kepada kata-kata rumet aku. dalam versi bahasa inggeris; 'so many works, and so little time.' betul sangat. sekarang ni pun entah kenapa tiba-tiba mau post entri. mungkin rasa tertekan untuk tengok warna kuning yang merata-rata di sana sini. jadi, post entri akan memutihkan mata ini dengan background putih pada blog cincau bandungku ini. heh~
apa pun adanya, kertas kuning itu perlu dihapus segera. caranya? siapkan secepat mungkin. perlu pengorbanan sepertimana yang selalu aku lakukan pada semester-semester lalu. kalau mahu 'good grades', perlu la usaha yang kategori 'good' juga kan? Usaha!
No comments:
Post a Comment