terbaek!

Sunday, January 16, 2011

mari mengharapkan sesuatu yang baik minggu ini;

setelah ber'blogwalking' 10 minit yang lalu.

tiba tiba ada mood untuk post entri.

korang yang baca blog ni faham tak apa yang korang baca? kot kot la yang view blog ni ada yang tak faham Bahasa Melayu. *haha, perasan ada orang luar negara nak baca blog dia*. apa pun terima kasih kerana membaca. eh, baca ke view je?

*****

sejak masuk semester 5 ni, sampai ke saat ini masih tak faham adakah tidur selepas jam 12 itu adalah AWAL atau LEWAT. awal atau lewat? orang kata kalau tidur awal tak remaja la. oh, jadi selama ini adakah sudah tak remaja lagi? atau masih golongan kanak kanak?

tapi kalau nak awet muda, kena la tidur awal. jadi option di sini hanya ada dua. nak AWET MUDA atau nak jadi REMAJA? kalau dua dua sekali boleh tak?

musim musim tak ada assignment datang, setiap malam boleh la nak kata lapang. tak busy sangat. task pun 1-2 lecturers bagi. kalau nak harapkan tukang karut ni buat ulangkaji di saat saat ini memang haram. selagi tak ada test atau kuiz, selagi itu la tukang karut ni tak buat ulangkaji. adik adik, sila jangan tiru aksi ini di rumah mahupun di asrama. itu la pasal kenapa kau dapat setakat 3.47 je semester lepas, moko. kau tak insaf insaf lagi?

*****

oh, sebelum terlupa tukang karut nak sebarkan berita penting. penting? penting untuk diri sendiri la kot. *jelas sangat pentingkan diri*. Jumaat ni, 21 Januari sampai 23 Januari, saya dengan classmates attend 1 kursus kesedaran alam sekitar kat Sabah Tea Garden, Ranau. fully sponsored by PETRONAS. sponsor sponsor pun duit kena ada juga kan kalau nak jalan? nampak sangat la elaun belum masuk akaun lagi. kat sini jelaslah bahawa students IPG semua tengah tunggu elaun yang mencurah curah. oleh itu, marilah kita menyimpan harapan yang elaun akan masuk minggu ini, SEBELUM pergi ladang teh. please.

bercakap pasal elaun yang mencurah curah, nafsu nafsu dalam diri dari awal lagi dah mulai bermaharajalela nak itu ini. kau fikir kalau duit asyik mengalir macam air tak akan buat duit kau habis ke moko? berpada pada la kalau nak mengalirkan duit seperti air. kan kan?

eh, boleh tak nak list kat sini apa yang nak nafsu nafsu nak bila elaun dah masuk?
*syaitan menghasut*. ok, tak payah. jangan layan sangat nafsu tu. kena fikir baik baik, which one is keperluan dan kemahuan. kalau nak ikutkan kemahuan memang semua la kau nak rembat. lepas kau dah shopping berlori lori mana kau nak letak lagi barang barang semua tu? dah lah sekarang almari kat hostel tu pun dah cukup cukup muat je, nak tambah lagi dengan begs, kasuts, bajus? eh, kenapa mention begs, kasuts dan bajus ni? itu eh yang koleksi yang kau nak tambah, moko?

aduh, pening la nak fikir. nafsu melebih lebih.

ok la, henpon ada mesej masuk. nak tengok baca.


No comments: