terbaek!

Saturday, February 19, 2011

expect the unexpected;

entri terakhir pada 14 Februari. sekarang dah nak masuk 20 Februari.

ok, mari membaca post antara 19 Februari dan 20 Februari.

komitmen terhadap mukabuku dan blog telah tergendala buat beberapa ketika dek kerana menjalankan tanggungjawab dalam menguruskan Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Kent ke-58. tahun ni batch saya diberi kepercayaan untuk menjadi pengelola bersama.

setakat ini, amanah yang telah diberikan telah saya tunaikan sehabis baik. mungkin saya bukanlah seorang ketua dan pemimpin yang baik. masih banyak ruang yang perlu saya perbetulkan selepas mengenalpasti point-point kelemahan sepanjang KOT ini. secara rasminya, KOT akan berakhir pada hari isnin, yang mana masih ada 6 acara yang belum berlangsung.

eh, kenapa nada macam serius?

KOT kali ni, performance saya sangat lah diluar jangkaan; unexpected. performance sangat luar biasa untuk beberapa acara. terutamanya untuk acara-acara yang baru saya sertai. Rekod peribadi lompat kijang setakat ini mencapai 9.03 m. fyi, acara ini baru saya sertai pada tahun 2008. setiap tahun ada peningkatan jarak. tapi tak expect lah boleh sampai 9 meter lebih. saya sendiri pun agak hairan dan terkejut, padahal tak ada latihan pun. lagi lagi busy uruskan KOT ni.

lagi satu, lompat jauh. sempat juga nama saya terukir sebagai pemegang rekod di IPG Kent. rekod lama, 4.28m telah saya perbaharui dengan jarak 4.33m. acara ini pun merupakan acara yang baru saya sertai. sangat tak sangka bila jarak lompatan saya boleh mencapai 4 meter. syukur sangat sangat.

Jumaat, hari pertama kejohanan saya bawa balim dua pingat emas. Lompat Kijang dan 100 m Hurdles. setelah 5 tahun tak join hurdles, KOT kali ini saya cabar diri sendiri untuk join kembali. dan akhirnya, saya masih mampu beraksi dengan baik dan mendapat emas. puan mama pun agak terkejut bila saya bagitahu yang emas itu milik saya. :'(

teringat zaman-zaman kegemilangan waktu sukan sekolah sekolah dulu. RINDU

harikedua kejohanan, 2 emas lagi yang mampu saya bawa balik. misi mengumpul 4 emas tercapai. alhamdulillah. emas untuk Lompat jauh dengan rekod baru kejohanan dan emas untuk kuartet 4x100m.

rupanya, pertambahan umur tak menandakan yang performance tak akan meningkat.

konfiden itu penting.

salam and respect;

1 comment:

다(da)양(yang) said...

ya, sy sukung tu moko. walaupun umur 2o lebih suda, yg pasti umur bkn penghalang...hehe..tahniah!