pada mulanya saya tengah buat revision. merasa penat dan berhenti belajar. view gambar-gambar best, view world map, terus klik google maps.
dan bermula lah perjalanan meronda dunia tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan. saya ke UK mulanya, melawat University of Portsmouth tempat kawan saya tengah study sekarang. eksaited nak ke UK dengan google maps sebab insyaallah 2013 ada misi ke UK. :) malangnya, terlupa printscreen hasil lawatan.
seterusnya saya berpeleseran ke Eiffel Tower pula. dan ini lah hasilnya.
sudut yang saya pilih sebelum tekan butang PrtSc
yaaaa, memang banyak gambar-gambar macam ni di internet. tapi seronoknya google maps ni, kita boleh bergerak ikut arah yang kita mahu, lepas tu boleh pilih angle mana kita nak untuk kita capture dengan button PrtSc kat keyboard anda.
lepas tu saya ke Jepun pula; negara idaman saya. akibat terlalu excited telah tiba di Jepun, maka saya bingun nak melawat yang mana dulu. terpaksa google tempat-tempat menarik di Jepun sebab otak dah tak berfungsi dengan baik akibat terlalu teruja.
sumpah nampak real macam depan mata!
maka selepas ini saya ada hobi baru. kalau rasa boring sampai nak rebonding bulu ketiak, bolehlah jalan-jalan via google maps ni. hmm, dapat idea pula. nanti gambar-gambar yang saya PrtSc hasil penjelajahan percuma saya akan saya share di sini.
ok, harus berhenti berpeleseran sekarang sebab rasanya dah lama sangat meronda. sambung study sekejap lagi lepas ni boleh la tidur dengan gembira.
1 comment:
I'm waiting for you girls!!!! #fingerscrossed
Post a Comment