jika hidup ini seumpama rel kereta api dalam eksperimen relativiti Einstein, maka pengalaman demi pengalaman yang menggempur kita dari waktu ke waktu adalah cahaya yang tercampak jauh ke dalam gerabak di atas rel itu. relativitinya adalah sebanyak mana kita dapat mengambil pelajaran dari pengalaman yang tercampak jauh itu. analogi eksperimen itu tak lain, kerana kecepatan cahaya bersifat sama dan mutlak, dan waktu relatif bergantung pada kecepatan gerabak-ini pendapat Einstein-maka pengalaman yang sama dapat menimpa sesiapa sahaja. namun sejauh mana, dan secepat mana pengajaran yang sama memberi pelajaran kepada seseorang itu, hasilnya akan berbeza, relatif di antara satu sama lain.
~andrea hirata~
~andrea hirata~
2 comments:
anak buah einstein ni haha
i cilok dr andrea hirata la. hehe~ =)
Post a Comment