terbaek!

Monday, March 8, 2010

tidur itu seronok selepas berSBE;

tukang karut ini baru sahaja membuka matanya dan kembali ke dunia realiti pada 30 minit yang lalu. Sesungguhnya tukang karut ini semakin rajin untuk menjalankan aktiviti 'hibernate' beliau di atas katil yang pada waktu ini cadarnya berwarna PINK sehingga lewat petang. mentang-mentanglah sekarang tukang karut ini sedang menjalani recovery process untuk lutut beliau (waah, bunyi macam serius lah!).

sekarang, tukang karut ini sedang menjalankan SBE di sebuah sekolah sekitar Tuaran. tak lah jauh sangat, 15minit dah sampai. pagi tadi first time pergi sekolah tu. first view, sekolah ini kecil dan saya sukakannya (ini cakap betul, ok). balik dari sekolah pukul 2 (lepas lunch kat medan), solat dan 'hibernate'. hehe. =D malam ini ada rancangan baik punya, untuk menyiapkan kepingan-kepingan yang tertinggal untuk dilekatkan di Makmal Biologi (Pakcik Derun kata, makmal kami 'Rumah Pengantin Lelaki'. i don't know why. XD). besides that, tukang karut ini baru sahaja lepas ambil baju kurung untuk dipakai esok ke sekolah. sebelum balik sekolah, cikgu-cikgu pesan dengan kami berempat supaya esok bawa baju PJ. diorang suruh lawan dengan team bola jaring SK Bundung. oh, terujanya! (tiba-tiba teringat pada lutut ini. adakah anda telah baik wahai encik lutut?)

tukang karut ini akan mengarut lagi sekiranya ada cerita-cerita best mahupun tidak best. sekian, wabillahi taufik wa al-hidayah, wassalmualaikum wbt. =D

tiba-tiba saya rasa rindu untuk baca blog Hanis Zalikha.

No comments: