terbaek!
Wednesday, October 27, 2010
entahkan kerana sayangku, ataupun kerana sabarku;
Tuesday, October 26, 2010
story mory;
Monday, October 18, 2010
sulit dan persendirian;
sulit sangat ke?
hujan hari hari. sebelah petang la. so that, saya telah membuat perancangan baru untuk mengelakkan kesulitan mengenai hal ehwal laundry. membasuh dengan mesin basuh dengan wang syiling RM3 pada waktu petang sekitar 3.00-4.00pm. siap je terus jemur. kenapa jemur petang? kan dah tak ada cahaya matahari nak keringkan? dah agak korang akan tanya macam ni. jemur petang supaya esok pagi tak payah nak kelam kabut bangun awal nak sidai. so kalau TERlewat bangun pun tak ada hal lah nak kalut kalut pergi sidai. kan kan?
Khamis sampai sabtu lepas, saya dengan kawan-kawan sebatch dah berjaya menjayakan Program BIG Fasa 4 Siri 2 kat Kg. Tambulion. banyak sangat nak taip kalau korang nak taw. nanti taip panjang-panjang korang pulak malas nak baca. kan? nanti kat refleksi la baru puas nak baca.
lepastu petang ni jam 2.30pm pulak ada UAK. Ujian Akhir Kursus untuk subjek SDP. dah la baru balik berkhemah Sabtu lepas, then Ahad pulak ada masalah air kat asrama. so masa memang kucar kacir. pagi tadi bangun 4.15am nak siapkan Fail Unit Beruniform BSMM. nasib baik siap on-time. then terfikir kadang kadang kerja last minit ni best juga. *wink wink
tengah berfikir apa lagi nak taip. sebab banyak sangat, semua benda nak kelam kabut keluar dari kepala hotak . (--")
hah, yang ni lagi gempak. sabtu lepas baru balik perkhemahan kan? lepastu esok berkhemah lagi. gembiranya! *perasaan yang dah tak tahu nak kata macamana sebab semua benda ni memenatkan fizikal dan mental* esok UB saya BSMM camping kat Cawangan Likas. so, malam ni kena la packing, iron semua yang perlu. pulak! malam ni WAJIB pula nak pergi Dewan Tun. ada malam Muzikal Kent sempena ulangtahun IPG Kent ke-58 tahun. benda ni memang best, tapi masalahnya schedule pack. oh Tuhan!
ni pulak lecturer tengah explain pasal Akta Hak Cipta. Telinga sayup-sayup je dengar, ada la juga dengan and interrupted sikit nak tunjuk yang kita pun kononnya pay attention. *trick lama* SDP pun tak habis stadi lagi. balik nanti stadi SDP, 2.30pm UAK kat Dewan Hone. mata macam half-open je.
OK, DAH CUKUP AKAK MERUNGUT?
belum rupanya, tolong tengok kalendar sekarang dah tanggal berapa? 18 OKTOBER bai. Exam semester ni start 2hb November. berapa hari lagi tu kak? benda benda ni semua tak setel lagi. oh! minggu ni la azab ni akan berakhir. lepastu ni dah boleh nak konsentrate nak stadi untuk exam.
Malam ni nak pergi Malam Muzikal Kent. harap harap best.
sekian saja, tepuk tangan.
Sunday, October 10, 2010
bebel bebel bebel;
Friday, October 8, 2010
nak kongsi dengan korang, tak lebih dari itu;
HALO HALO dan ASSALAMUALAIKUM. entri yang saya janjikan dah tiba!
Ok, untuk entri pertama. Saya akan kongsi dengan anda mengenai pantun 4 kerat. In short, Pantun ialah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian, maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akal budi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.
Untuk maksud yang lebih terperinci, korang boleh klik SINI dan SINI.
Saya merujuk kepada buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa(Cetakan ketujuh 2005) hasil karya Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ni sebenarnya milik adik saya, tapi pinjam bawa pergi maktab untuk kegunaan sendiri.
TEMA : Hilang di Mata di Hati Jangan
Kalau roboh Kota Melaka,
Sayang selasih di dalam puan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Rasa nak mati di pangkuan tuan.
Limau purut lebat di pangkal,
Batang selasih condong uratnya;
Hujan rebut dapat ditangkal,
Hati kasih apa ubatnya.
Pucuk pauh selara pauh,
Daun mengkudu ditandungkan;
Adinda jauh kakanda jauh,
Kalau rindu sama tanggungkan.
Klik SINI untuk baca koleksi pantun pantun lain. Bahasa kita indah.
Untuk tuan kami sembahkan;
mari baca entri hari ini;
Thursday, October 7, 2010
malam ini cool;
Wednesday, October 6, 2010
dare to move?
Friday, October 1, 2010
why tomoko? wat does it means? sounds cute to me.=)
see? everyone keep asking the question. wait for my spcial entry about my name in my blog.