terbaek!

Friday, October 8, 2010

mari baca entri hari ini;


penderitaan akibat asaimen semakin berkurangan, tadi baru je lepas hantar 2 asaimen. TDPP adn PTPS. so sekarang just concentrate on group work SDP and mikro teaching PJ selasa depan. insyaallah kalau tak ada apa apa halangan lah.


berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kan? tapi kali ini aku tambah ayat lagi supaya jadi panjang. BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL, SEKSA LAGI YANG TENGAH ULSER KAT MULUT. hmmm, aku ada ulser kat mulut. jarang jarang kene, kali ni pula dia datang.


so now, dah boleh nak relaks sikit la. just ready physically and mentally untuk BIG Kembara Sosial yang akan bermula Khamis ini sehingga Sabtu. ahad itu nanti akan aku manfaatkan untuk rehat. aah, belum habis lagi taw. lepas tu Selasa depan pula Perkhemahan Asas BSMM kat cawangan Likas. so kena ready juga la. tugas aku sebagai AJK Sukan Rekreasi tak habis lagi. jadual tugasan belum siap.


ok ok. jangan gelabah baca cerita cerita aku ni. sekarang ni kita fokus satu benda. JOM TENGOK MOVIE! tapi bila tengok cuaca kat luar jendela macam tak meyakinkan je. silap silap movie yang tengok aku. mula mula melangut depan laptop, lama-lama laptop yang melangut kat aku kot.


eh, macam hari hari dah update belog lah. :) tak sengaja kot. ah, lupa pula nak bagitahu idea aku ni. mulai hari ini, setiap Jumaat aku akan post entri yang aku bagi label 'WARISAN'. contohnya macam pantun, puisi, pepatah, and lain lain lagi. tapi hanya dalam Bahasa Melayu. sebab aku tahu bahawa bahasa kita indah. ;) ok tak idea aku? at least, bila korang baca, ada benda baru yang akan korang dapat setiap Jumaat, kan? so, tunggu entri pertama aku hari ni. janji taw.


orait, macam dah banyak conteng. nanti jumpa lagi, bai.


kerana jiwa kita pada bertaut pada bahasa yang sama;

No comments: