entri kali ni kita cerita pasal tempat best kat area KK (Kota Kinabalu).
aku pun baru first time pergi kat tempat ni time Perkhemahan Unit Beruniform BSMM. tempat ni satu area dengan tempat camping. so, sempat pergi situ, tak pasal pasal jadi tempat kembara BSMM. apakah?
ok jom kita terokai dunia Kota Kinabalu.
TGC tak susah untuk dijejaki. TGC ni hanya 10 minit dari KK dengan teksi. tapi kalau bawa kereta sendiri around 10 minit juga la kot sebab kalau kau bawa apa kereta pun jalan raya tu tak akan panjang or memendek. kadang kadang bergantung pada lalulintas juga.
macamana nak pergi sini? KLIK SINI
TGC buka setiap hari, bermula 10 pagi sehingga 6 petang. lepas tu kalau timing korang cantik, sempat la tengok pertunjukkan jerung makan. 11.30 pagi dan 4.00 petang. diorang ada satu akuarium besar. yang pasti memang besar dari akuarium rumah korang. lepas tu ada diver akan berenang dalam akuarium tu bagi haiwan haiwan tu makan. ikan, penyu, pari semua ada. tapak sulaiman? ada.
lepas tu TGC ni bukan just ada haiwan haiwan. ada satu area lagi macam Petrosains. kat sini lebih kepada educational la. macam macam, yang pernah pergi Petrosains tu dah boleh bayangkan sekarang. tapi tak ada la sama sebijik macam Petrosains. tak ada kereta kereta bulat yang warna hitam tu. kat sini korang kena bergerak pakai kaki sendiri. TGC tak besar sangat. tak penat sangat kalau jalan pun. sebab boleh rehat rehat makan aiskrim. spend masa dalam 1.5-2 jam macam tu la. eksesais sikit la jugak. separuh outdoor dan separuh lagi beratap.
untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.
untuk cikgu cikgu or bakal cikgu, tempat ni kira dah cukup baik untuk bawa pelajar field trip macam tu. TGC memang sesuai sangat untuk aktiviti kekeluargaan di hujung minggu. tak menyesal punya.
harga tiket untuk dewasa RM25, kanak kanak 2-15 tahun RM15 dan percuma untuk bayi. yang bestnya, ada pakej family RM60. 2 dewasa dan 2 kanak kanak.
untuk lebih mengsaspenkan anda, jom layan gambar gambar time group aku pergi. muka sendiri memang kurang la, sebab jadi tukang gambar.
muka muka eksaited nak start journey kat TGC.
tengok ni, penyu pun ada. eh labi labi la. hee.
yang ni ikan ikan dalam laut. ada juga kat sini.
kan dah kata, siap boleh makan makan aiskrim lagi.
dalam akuarium ni ada banyak hidupan.
ni tak nampak full lagi.
pergi tengok sendiri ye.
Selami kekayaan khazanah alam di tengah kesibukan bandaraya.
3 comments:
i've linked this entry to the green connection's fan page...i hope u don't mind?
oh thanx nadzeirra, my pleasure :)
Nice pictures, thanks for sharing.
Post a Comment