Adindaku, Shikin
Mengalih pandangan pada langit biru membuatkan jiwaku terbang ke desa tercinta..
ingatanku pada bonda, ayahanda, dan adinda-adindaku menggoncang deodenumku. seakan2 terdengar namaku dipanggil-panggil. rinduku pada insan-insan ini bagai meragut setiap inci dan detik aku bertahan di bumi Tuaran ini.
aku gembira pada adindaku yang bakal mencurahkan ilmunya di peringkat matrikulasi. sampaikan saja salamku pada bumi labuan yang sentiasa ku dambakan bayunya. aku merenung sejenak pada memori-memori silam yang memenuhi ruang sanubariku. diri ini sedar, Tuhan telah menentukan ke mana hala hidup kita. janjinya, yang pasti. aku merelakan pada jauh perjalananmu dan ranjau yang bakal kau tempuhi. seperti yang selalu kakanda mu ini sematkan di jiwamu, hidup ini tidak seindah yang diidamkan. tidak semua yang kita mahukan bakal kita miliki. belajarlah untuk menerima hakikat sebenar kehidupan. kerana bilamana jasadmu sudah berada di tanah dan lautan yang memisahkan diri dan keluarga tercinta, kau akan mengerti erti sebenar kehidupan, adinda.. percaya pada kebolehan yang kau miliki. redha atas ketentuannya, dan berjuanglah sehingga perjuanganmu berakhir atas kemahuan-Nya.
Selalu untuk selamanya;
kak Ngah tersayang
No comments:
Post a Comment