terbaek!

Thursday, May 14, 2009

kau buat degup jantung aku semakin laju

huhuhuhu, kisah ini bertajuk 'penipuan c wyll yg sempurna'

latar masa : lima hari
latar tempat : aku di tuaran, wyll di labuan
latar belakang penipu : Football player skuad skul aku merangkap klasmate Farah, merangkap among my good fren yang nakal seperti aku. dan memang tebiat dia begini.

kisah bermula...

di malam ahad yang hening, aku menerima panggilan telefon dari seorang sahabat. nama WYLL tertera di skrin telefon nokia aku yang ada bling2. tanpa ucapan salam..
WYLL : Kak ngah, ada saya mau kasitaw ko sesuatu ni. penting sangat.
AKU : (dengan nada tkezut dan ingin tahu) hah? apa tu? (dug dag berulang kali)
WYLL : tapi bukan sekarang, khamis nnt sy bagtau.
AKU : e, ndak blh, mesti hari ni juga. ndk boleh, ndk boleh!
WYLL : msti khamis juga kak ngah. khamis la ah.

setelah penat merayu yang akhirnya tidak berjaya, dia mengakhiri perbualan. tinggallah aku terkapai2 menanti hari khamis dengan penuh saspennya. aku memang masak dgn perangai c Wyll ni, dan aku seperti dpt mghidu penipuannya. tapi entah mengapa aku mengenapikan rasa itu dan percaya bahawa khamis bakal memberi aku jawapan tersebut. aku melalui hari-hariku dengan perasaan saspen dan inkkuiri yang tinggi terhadap panggilan telefonnya. Khamis tiba..

aku mghntar SMS kepada Wyll. (time tu jam 1.20am rasanya) namun, tiada balasan. aku terus tertanya2. paginya, aku menerima SMS dari Wyll. dengan perasaan kelam kabut, aku terus membaca kandungan mesej tersebut. alangkah pilu hatiku, penantianku tiadalah membawa kebaikan..

'kak ngah, khamis sda kn hari ni. x sangka kita tlh mghabiskan sekolah menengah kan? kita juga dpt kenal. sebenarnya, ini lah yg sy mau bagitau. haha'

apakah perasaan anda setelah membaca msj ini? rasa tertipu memenuhi ruang angkasa bilikki yang hening di pagi hari. aku ditipu hidup2 oleh kau, Wyll. ciss, bukan April Fool pun bleh kena mcm ni ka? apalah motif sebenar ni?

No comments: