malam ni hujan lagi. tadi encik ayah datang bawa rambat@jala. ada pakej percuma pulak tu. heh, pakej percuma berupa kuih cakui dan tausa. terima kasih encik ayah! ;)nak taw apa pakej percuma? kuih tausa and kuih cakui la. encik ayah tak lama pun, just singgah untuk hantar bende alah tu je. sanggup kan encik ayah hantar kat aii? saya sayang ayah saya! bila dah ayah hilang bersama bunyi enjin fronteir beliau, tetiba aii rasa sangat sedih. rupanya aii rindu ayah aii. masuk bilik cik tati bawa kuih cakui, then duduk kat katil terus je tetiba nangis. adeh, soft-heartednya aii ni. huuu, SAYA SAYANG AYAH SAYA!
then, tak lama tu. cik tati dan rumetnya, cik zaza datang singgah bilik. time kat bilik tati tadi, aii sempat cerita pasal mask yang aii pakai kelmarin. sangat berkesan, you know! then tak lama tiga tiga kitorang pakai mask tu. tapi letak kat hidung je la. nak buka blackheads kat area hidung. semua dah rupa pelik sebab ada benda pelik kat hidung. tati kata macam bubuh minyak hitam kereta je. nasib baik je bau tak sama macam minyak hitam kereta tu. banyak pulak gelak, nasib baik la letak kat hidung je. boleh la nak gelak banyak banyak.
beli kat Cosway je, jumaat lalu. sampai je bilik lepas beli mask ni aii dengan yakinnya bubuh kat seluruh muka. konon nak test power ar. nak tengok hasil. aii giler sangat terseksa time nak buka mask yang dah kering tu. jakun sangat kan kat mask mask macam ni, tak pernah nak pakai. haha, loser lah kau moko. lepas tu, nak buka habis semua tu je ada la kot dalam 1o minit. sebab tak tahan dengan rasa sakit bila mask tu aii tanggalkan. habis semua roma roma join melekat kat mask tu. bab tu yang tak tahan nyah oi. giler punya sakit. tapi memang puas hati la bila dah buka, rasa cam muka suci murni jenama minyak masak seri murni lagaknya. puas hati la, i tell you. nak try? sila ke kedai COSWAY berhampiran anda.
tata,
No comments:
Post a Comment