terbaek!

Monday, July 5, 2010

perasaan ini mestikah dipaksa-paksakan?

conteng lagi, hehe. sebenarnya dah mengantuk tapi encik laptop saya ni masih nak manje-manje. tengah defrag. kena la tunggu jugak sampai siap. fuhhh. hmm, hari ni totally sangat boring. sumpah saya tak tipu.

dah malam-malam macam ni, tambah lagi bila tak ada kerja. so tak ada jugak yang nak difikirkan. tiba-tiba teringat lagi kat encik itu. hmmm, apa la kau ni nyah, asyik-asyik teringat kat dia. baru sekejap tadi saya delete mesej-mesej dia dan awek dia. saya dah tak nak simpan lagi, malas dah nak nampak and baca explanations dia yang kononnya tak berniat nak buat macam tu. apa-apa kau lah boi. kita dah pesongkan arah masing-masing. so pandai-pandai la bawak diri.

semester baru ni memang kehidupan baru. tak ada lagi wish-wish morning and nyte, tak ada lagi mesej yang bagitahu dah habis kuliah, nak pergi padang, dah kenyang, muah muah nak tidur. haha, dah habis dah episod tu.

bai bai la untuk semua tu. semoga dia bahagia dengan gadis pujaan dia. esok nak bangun macam hari-hari biasa tanpa dia. tanpa dia, ok. dia tak ada pun saya tetap boleh hidup lah, saya tak lemah. cuma mula-mula dulu je yang saya rasa lemah sangat. tapi sekarang saya dah kuat. ;)

saya dah delete dia dari hidup saya. tapi macam mana nak delete memori-memori tu eh? harap-harap esok pagi saya bangun then tak ingat apa-apa pun pasal dia. macam tak pernah kenal, lagi baik kot.

kalau u [encik] terbaca post ni or the other post, sila sedar tentang keadaan saya. saya tak lah lemah sangat. sebab saya dah akan jadi kuat and janji tak nangis lagi kan? terima kasih sebab dulu kita pernah sayang-sayang. hee ;)

eee, lambat gila la nak defrag!

No comments: