terbaek!

Saturday, July 25, 2009

perasaan;

Entri pada kali ini menggunakan bahasaa kebangsaan. ya, bahasa perpaduan. pada saaat ini, saya sedang berada dalam satu keadaan yang tidak pasti dan tidak tenang. entri ini juga berbaur emosi. mungkinkah ini hanya permainan perasaan saya sendiri? ataau sememangnya ia sedang melanda ke atas jiwa saya? saya sedar bahawa perasaan ingin menyayangi dan disayangi adalah sesuatu yang normal di antara dua individu yang berlainan jantina. untuk memudahkan keadaan, kita bicarakan entri kali ini dalam skop CINTA di antara dua jantina yang berbeza. saya pasti anda amat biasa dengan hal seperti ini.

Berlaku sedikit kecelaruan ke atas jiwa saya pada saat ini. saya sendiri tidak pasti di mana kedudukan saya sebenarnya. adakah saya hanya merasa SELESA bersama dia, aataupun aadakaah saya JATUH HATI dengan dia? banyak persoalan yang bermain di hati dan jiwa saya. pengalaman lalu mengajar saya untuk terlalu berhati-hati dan bukannya terlalu memilih. kisah-kisah lalu membuatkan saya serik untuk mengungkapkan dan mengiyakan kehadiran CINTA dalam diri saya. saya pernah merasa bagaiman sakitnya apabila TIDAK DIPERCAYAI sedaangkan saya amat mempercayai dia. Dan saya sedar bagaimana hebanta rintangan apabila situasinya adalah perhubungan jarak jauh. Indah sememangnya indah, tapi hati tetap sakit apabila hal-hal yang tidak diingini berlaku.

terdetik di hati saya, untuk membiarkaan perasaan CINTA itu bersaraang di hati saya paada kala ini adalah sebaiknya ditidakkan. Perkenalan kami masih terlalu muda, dan masih terlalu awal untuk mengiyakannya. Saya perlukan masa untuk mempertimbangkannya. dan Tuhan, beri aku kekuatan hati daan perasaaan.

2 comments:

Pian Pavregas said...

hye...aku maw share sumthing ble?
juz dgrkan bisikan hati ngko yg pertama tama skali masa prasaan tu mula wujud...sbbnya itu dtg dri kata hati mu...bila pelbagai prtanyaan dtg d fkrn mu, jgn endahkan...sbb itu bukan lg dtg dari kata hatimu...
think it..

Tomoko said...

ok.. thanx for concern about me. keep following me, i need ur advice. perhaps.