mari kita bernada sedih pada post ini. sedia? sila baca satu persatu.
saya baru saja kenal dia. dalam tahun ini. even dia dah berada di sini sejak sem lepas, tapi baru sem ini saya jadi kawan pada dia. ceritanya bermula begini..
di suatu desa yang terpencil, (eh eh, paaaaaaaaaaaang di situ. sila kembali ke cerita asal, mood! mood!) awal sem ini, budak-budak kampus saya termasuklah lecturer lecturer sumanya busy untuk MQA. apatah lagi kami, benda benda yang dua tahun lalu perlu dicompile balik. nasib baiklah saya masih simpan semua harta karun tersebut (sila baca:nasib baik.). then pada suatu malam, tiba-tiba datang satu chat tanya kat saya pasal fail fail tu. secara kebetulan, mood saya pada malam itu sungguh ceria yang amat bersinar. layan lah chat dia malam tu. chat lama lama macam dah kenal lama lah konon. padahal baru malam tu tahu yang dia tu wujud kat kampus. hakhakhak. (tepuk dahi). lepas insiden tu, tiap tiap malam kami chat. banyak sungguh cerita yang sama-sama kami kongsikan. ekeleh, macam cerita novel-novel pulak. siriyes, banyak!
dah jadi camtu, tanpa disengajakan kami pun bertukar no telefon. (tipu, mana boleh tanpa disengajakan. ya, kami sengaja.) then kami selalu mesej mesej. sampai la pada suatu ketika yang dia bagitahu kat saya yang dia macam dah OK dengan awek dia (x-awek). then start malam tu dia dah jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarang (sila baca berbanyak-banyak harkat) mesej saya. bila saya mesej, saya dah boleh rasa yang kami tak rancak macam dulu lagi. so saya membuat inferens yang dia sedang gembira, bahagia dan selesa dengan keadaan dia sekarang.
saya mahu dia tahu yang saya kecewa kenapa jadi macam ni. tapi saya tiada kekuatan untuk dia tahu semua ini. terima kasih sebab jadi kawan saya yang selalu buat saya happy setiap hari.
andai kau kembali, ku biar kau pergi (*tertakluk kepada pindaan).
kawan saya kata kat saya. mungkin saya hanya persinggahan untuk ke destinasi sebenar dia. so that, terima kasih sebab saya turut menjadi watak dalam episod anda.
p/s:saya rindu nak pergi KFC n Pizza dengan dia. rindu nak borak malam-malam dengan dia.
No comments:
Post a Comment