terbaek!
Tuesday, August 31, 2010
hari ni hari apa eh?
Monday, August 30, 2010
first for the last one;
goodbye for now;
Sunday, August 29, 2010
post 396;
Monday, August 23, 2010
selalu lala macamni;
diari ramadhan bersambung lagi :) diari ke laporan?
#ramadhan 9 (19 Ogos 2010)
Pergi kelas macam hari hari biasa. Kelas setengah hari je, lepas tu balik tidur. Aku kalau tak tidur petang, tak sah. J buruk perangai. Eh tak tak,memandangkan esok kitorang ada Tamu Matematik & Sains, so petang tu aku tak tidur. Bizi print badge@pas masuk and nametag utk AJK Pelaksana. Aku yang tawarkan diri untuk setelkan benda ni. Then dalam jam 3 lebih tu, aku pergi kelas lagi, nak siapkan pencarian nama scientific haiwan haiwan yang dah diawet. Serious aku bagitahu, nak carik nama nama scientific ni bukan kerja mudah. 2 jam aku kat kelas tu, 2 ekor haiwan je yang aku Berjaya temui nama species taw! Kena kelik sebiji sebiji pulak tu untuk tengok gambar then compare dengan haiwan sebenar. Tak ke susah? Lagi lagi bila lack of references. Nasib baik berjaya temui website yang boleh dibuat rujukan.
Then malam tu tak tarawih lagi, aku sebok pulak kat dewan. Adjust board board untuk hari esok. Sampai jam 12 jugak kat dewan. Dah setel yang tu, balik bilik sambung print nametag untuk AJK. Jam 2 pagi baru la setel and dapat la aku tidur nyenyak sampai lewat bangun pagi esok! Hahahah :P
#ramadhan 10 (20 Ogos 2010)
Dah penat sangat, sampai tak terjaga nak sahur. Pastu bangun lewat pulak tu. Bangun je aku terus kelam kabut bersiap. Huuuuu, nasib baik tak lewat sangat. Aku lewat 5 minit je masuk kuliah. Lagi lagi lecturer PJ tak masuk, so dapat la buat kerja apa yang patu before tamu start jam 10.
Tamu start jam 10am sampai pukul 4pm. Pengunjung sangat memberangsangkan. Nampak happening sangat sambutan dari warga Kent and budak budak sekolah yang kitorang jemput. Diorang balik dengan rasa happy selain dapat banyak ilmu baru. Thanks to all yang datang ke Tamu kitorang and thanks juga buat semua pihak secara langsung mahuoun tidak langsung dalam menjayakan Tamu Matematik & sains 2010. Dengar dengar KJ kata September ni ada lagi. WHAT?
#ramadhan 11 (21 Ogos 2010)
Kelas ganti pulak hari ni. Uhhh, nasib baik kelas tak banyak. Ada lecturer yang tak masuk kelas. So balik dari kelas apa lagi, terus tidur la. Penat semalam tak ganti lagi. Malamnya pergi tarawih, bantu uruskan moreh.
Balik tarawih, aku nagn rumet keluar pergi pekan minta masakkan kari. Kat surau tadi ada moreh mee kari. Mee nya ada, karinya dah habis. Hehe, dah balik ngn kari pekat tu, sampai bilik terus je makan.
#ramadhan 12 (22 Ogos 2010)
Hari ni bangun je terus basuh telekung. Then singgah kat bilik Vivyan, tengok dia tengah pegang paper asaimen. Wah, semnangat giler dia! So, aku pun tersemangat sekali tanpa diduga. Hahaha, tapi sampai bilik terus pulak tengok movies. Sanggup tak tidur petang semata mata tengok movies. Isk isk.
Malam tidur awal pulak. Rasa penat, sebab sejuk giler. So, badan pun tak ada la bersemangat sangat. Kat bilik je malam ni. Cek cek kerja sikit, then tidur. Ni yang aku tengah taip entri ni sebenarnya selepas sahur. La ni dah 5.40 pagi taw. Lepas ni nak iron baju pulak. Lepas tu nak tidur, boleh? Eeee, asyik asyik tidur.
Ok la, nak iron baju dah ni. *eceh, padahal tak sabar nak sambung tidur.
Hmm, selamat berpuasa!
short report with a long entry;
Entri ni dah lama ditaip and baru hari ni perasan yang tak dipost lagi. Hahaha J dah basi kot entri ni. :P
*nak juga buat laporan berpuasa ala ala diari ramadhan walaupun sedar yang diri ini hanyalah pelajar maktab dan bukannya artis melesia yang meletup letup*
hasyel hasyek URL not suppored buat aku mencik dan tak bersemangat nak post hari demi hari. awal awal puasa hari tu bukan main semangat lagi buat laporan ramadhan panjang lebar. haha. kali ini, just a short one.
#ramadhan 4th
hari ni birthday Habeeb Safri. text him to wish, ;) dulu aku birthday pun dia tak pernah lupa nak wish. dah namanya saturday, tidur agak lebih la. sedar sedar dah nak tengahari. hadoi, kurang pahala puasa. memang tak banyak buat kerja on this day. *ada nada menyesal di situ.
#ramadhan 5th
hari minggu, yeah! pergi bazaar dengan Kak Zita. then realizi yang 'kalau nak kurangkan berat badan, so tak boleh nak makan chocolate moist cake setiap hari'. so sejak hari ini dah tak beli lagi chocolate moist cake. time tarawih, member kata dia dah lost 4kg. huh, tak sampai seminggu lagi puasa dah lost banyak. ah, jealousnya aku!
#ramadhan 6th
buat buat saspen time timbang berat. keputusannya : 54kg tak kurang kurang. kena usaha lagi ni! pergi bazaar dengan classmates. gerak dalam team of 6. wah wah. ;)
#ramadhan 7th
hari ni selasa eh? wah wah, tak terasa sangat waktu waktu berlalu. sekejap je. dah sangat bertekad nak kurangkan pengambilan gula dan lemak untuk keputusan yang memberangsangkan. just beli bakso and ABC. oh, sikit kan? kat surau agak lama malam ni, sebab turn kelas aku yang uruskan moreh.
#ramadhan 8th
hari ni shedule padat gilerr. well, rabu kan. sampai 430pm. energy pun dah fully perlu recharge. dah habis pakai time kelas amali SDP kat Dewan Tun tadi. balik je terus terbaring kat katil. bangun, terus pergi bazaar cari makan. hari ni makan Nasi Ayam and ABC. ABC lagi. esok esok minum air putih je la. malam ni tak pergi tarawih pun, badan aku giler punya penat. lepas maghrib terus je tidur and then 10.00pm tadi baru bangun. lepas berbuka tadi makan ubat lagi, temperature macam ada naik sikit. rumet aku jadi tukang sukat panas. ;)
alrite, dah habis cerita. nak sambung buat kerja. banyak nih, mai tolong sat.
Wednesday, August 18, 2010
Tuesday, August 17, 2010
hot hangat panas!
ok kawan kawan. aku tahu yang benda ni dah heboh kat mana mana rakyat malaysia. kepada yang tak tahu lagi, ambil tahu lah kat blog aku ni. Semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau. Amiin.
gambar ni dah cukup besar, rasanya korang dah tak payah lagi nak kelik kelik bagi besar. eh eh, perlu kelik juga. hee ;) Gambar ni taken from blog Cik Nadia Bayu.
Friday, August 13, 2010
oh so random;
entri tengah malam;
Saya sebagai tukang karut tak akan mengarut lagi malam ni. Hehe ;) hari ni puasa agak baik. Tak ada rasa lapar or haus. Just penat. Habis kelas tadi terus naik katil dan memulakan pelayaran. Haha, tidur sampai waktu asar. Padan muka ditimpa NIGHTMARE di petang hari. Hahaha.
Berbuka kat surau, join iftar jam’ie. (eja macam salah je ni. Huuu~) so then solat n tarawih kat suaru la. Sebelum balik sempat join tadarus lagi. Sampai bilik terus wat pe eh tadi? Dah lupa pula. Isk isk, teruknya ingatan. Aah, ingat dah. Terus masuk bilik member tengok kerja diorang. Lepas tu, masuk bilik sendiri, pandang serong kat raga yang penuh dengan kain. Uhh, pandang serong kat dia! Jom pandang serong kat cik raga tersebut. isk isk, kain siapa la dalam raga tu. Dah penuh tak basuh lagi. Oleh kerana terasa, maka saya pun pergi lah membasuh kain tersebut. Rajin kan? Memang la rajin. Janji ada syiling 20sen dengan 50sen. Jumlahkan sehingga RM3, mesin akan mula berputar. Anda hanya perlu berjalan-jalan atau berpeleseran sementara menunggu kain anda dalam mesin tu siap dibasuh. Haha, zaman teknologi sangat sampai dah malas nak basuh dengan tangan. Mari kita salahkan teknologi, mari! ;P
Tiba tiba terfikir, apesal rajin sangat kau nak update laporan berpuasa setiap hari ni? Kau fikir kau artis macam Mas Idayu ke? Tak pun mesti kau perasan sorang sorang kan? Nak jadi artsis tapi tak kesampaian. Huk huk. T_______T
Erm, petang tadi dah tidur sangat sangat so tak ada la rasa mengantuk lagi. Sahur kang tak payah susah hati. Tunggu je orang ketuk pintu. Ketuk pintu awal pagi? Haha, kitorang kat sini ada Sahur Delivery la. Seronok kan? Ape fikir Pizza dengan McD je ada delivery eh?
Hmmm, rasanya kain dah siap ni. Pergi dulu kawan kawan! ;)
p/s:entri ni dah lewat sangat untuk dipost. Entri ni dah ditaip semalam, baru petang ni dapat post. asyik asyik tak dapat post. tetap paksa gak nak post, tak kire! Korang buat buat eksaited je eh baca eh.
Wednesday, August 11, 2010
tukang karut mengarut lagi;
Sedang merasa tak best sebab tak boleh log in facebook. 8| huu. Tak faham kenapa tak boleh nak log in.
Heh, tukang karut dah kembali! Siapakah tukang karut itu? Aii la, siapa lagi. Hee, kali ni korang layan laporan puasa hari pertama aii eh. Layan jangan tak layan. Ni dah kali ke 4 aii puasa di kejauhan. Haha, kejauhan lah sangat. Naek bas dalam 4 jam dah boleh sampai kat pintu rumah. Haha, jauh kan?
Semalam dah semangat sangat nak berpuasa, pergi la surau untuk solat tarawih. Tak la ramai sesangat semalam. Ada dalam 3-4 saf je kot. Sebab aii dok kat saf 2, mana bole toleh toleh nak tengok berapa saf. Then sahur pun agak bersemangat. Nak tahu apa menu aii sahur tadi? Aii bersahur dengan mee PAMA je. Huu, korang jangan kata tak taw pulak. Taw kan mee PAMA tu? Aii pun tak faham kenapa diorang letak nama tu untuk mee tersebut. o.O
Lepas tu pagi tadi jadual kelas padat pulak. Awal pagi 2 jam dah untuk Unit Beruniform. Naseb baek la tak penat sangat, just belajar buat perangkap haiwan je. Ye la, untuk kes ikhtiar hidup. Lepas dah setel semua, aii rasa mengantuk sangat. Masuk je kat kelas terus je sembam muka kat meja. Zzzzzz
Kelas tamat 43-pm taw petang tadi. 2 jam last tu subjek PJ. Huuu, banyak betul permainan tradisional yang keluar time duduk duduk lepak nak tunggu lecturer sampai. Gelak gelak tak penat pulak, haha. Habis je kelas terus lompat kat katil. Entah la apesal hari ni asal je ada masa senggang, aii akn tidur. Sampai la cik dolly yang kiut pun sempat tanya soalan tu juga. ‘apesal kau hari ni tidur je eh?’
Wuh, panjang pulak laporan hari pertama ni. Haaa, part ni yang seronok nih. Adegan adegan ke pasar malam nak cari makan untuk buka puasa. Tadi pergi kat pasar timing elok sangat. Sampai je kat asrama terus duduk, berbuka. Hehe. Sempat beli Minute Maid. Nak rasa sangat. (pengaruh lepas baca entri sis Aly ;)) tadi aii berbuka dengan sotong kangkung je. Tak ada mood nak makan nasi. Wah, ada mood mood pulak bab nak makan nasi kan? Korang boleh? Aii boleh. ;)
Dah semangat nak try Minute Maid, boleh pulak tak dapat nak buka tutup botol tu. Saspen betol. Sampai aii siap piker sendiri lagi apesal tutup tak boleh buka. Takut takut salah aii yang salah putar. Tapi tak juga. Last last aii main kasar la dengan tutup botol tu. Rembar gunting dengan cutter pastu usaha nak buka tutup botol tu. Potong sana sini akhirnya berjaya gak. Tapi memang dah teruk la keadaan tutup botol tu. Memang gagal kalau nak jadi doctor. Tak buleh nak bedah bedah. Hancur!
*jangan nak tenung tenung kat cutter aii tu, dah tak cantik. pedulikan cik cutter tersebut! jom tengok apa jadi kat tutup botol tu.