terbaek!

Tuesday, August 31, 2010

hari ni hari apa eh?

wah wah, macam tak terasa pula yang hari ni HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA. tapi rasa macam hari ni hari sabtu pula sebab bangun tak awal. *maksudnya lewat. ngehehehe. hari ni pergi meeting BIG je. tak lama pun. then meluru ke ATM nak menghabiskan sisa sisa wang ringgit yang sememangnya tinggal baki. hahaha.

then all day long kat bilik sampai jam 5pm. macam biasa la, 5pm keluar pergi bazaar cari menu untuk berbuka. gembiranya hari ni sebab berbuka dengan Alaskan Fish Burger KFC. member hulur, kita terima. kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan. :)

hah, ni sebenarnya baru balik dari terawih. senario biasa, dah penghujung ramadhan makin berkurangan umat kat surau. tadi tinggal 2 saf, mula mula puasa penuh 5-6 saf. it's common, tak ada yang nak dihairankan. tapi rasanya benda benda macam ni perlu la kita perbaiki kan? benda tak elok, kita ketepikan. benda elok, kita ikut.

esok pergi sekolah lagi. tak faham kenapa jiwa semangat sangat nak pergi sekolah. lepas tu esok tak terfikir lagi nak buat apa kat sekolah. ah, harap esok tak tinggal barang kiriman kak senior untuk cikgu kat sekolah.

malam ni agaknya nak ambil feel untuk memulakan proses membuat asaimens. lepas berbuka petang tadi baru ada kesedaran nak memuat turun asaimens kat MyKent LMS. so, baru realize yang rupanya ada 4 asaimens dah kat tangan. cuti ni tak boleh la nak bercuti sangat. kerja kena jalan juga. kan kan? khamis ni pulak ada Majlis Berbuka Puasa kat dataran Kent. annual event, yang tak bestnya kena sediakan makanan sendiri.

hah, ini paling penting. notis untuk cik AJWIN AJEERA. tadi kat surau, kite nampak sorang junior macam muka ajwin tau. tapi mata die tak besar macam ajwin. ajwin masih menang. hehe, nanti kalau kite sempat, kite amek gambar dengan dia then letak kat blog kite ni eh. boleh la ajwin tatap. hehehe ;)

take care pretties.

No comments: