Saya sebagai tukang karut tak akan mengarut lagi malam ni. Hehe ;) hari ni puasa agak baik. Tak ada rasa lapar or haus. Just penat. Habis kelas tadi terus naik katil dan memulakan pelayaran. Haha, tidur sampai waktu asar. Padan muka ditimpa NIGHTMARE di petang hari. Hahaha.
Berbuka kat surau, join iftar jam’ie. (eja macam salah je ni. Huuu~) so then solat n tarawih kat suaru la. Sebelum balik sempat join tadarus lagi. Sampai bilik terus wat pe eh tadi? Dah lupa pula. Isk isk, teruknya ingatan. Aah, ingat dah. Terus masuk bilik member tengok kerja diorang. Lepas tu, masuk bilik sendiri, pandang serong kat raga yang penuh dengan kain. Uhh, pandang serong kat dia! Jom pandang serong kat cik raga tersebut. isk isk, kain siapa la dalam raga tu. Dah penuh tak basuh lagi. Oleh kerana terasa, maka saya pun pergi lah membasuh kain tersebut. Rajin kan? Memang la rajin. Janji ada syiling 20sen dengan 50sen. Jumlahkan sehingga RM3, mesin akan mula berputar. Anda hanya perlu berjalan-jalan atau berpeleseran sementara menunggu kain anda dalam mesin tu siap dibasuh. Haha, zaman teknologi sangat sampai dah malas nak basuh dengan tangan. Mari kita salahkan teknologi, mari! ;P
Tiba tiba terfikir, apesal rajin sangat kau nak update laporan berpuasa setiap hari ni? Kau fikir kau artis macam Mas Idayu ke? Tak pun mesti kau perasan sorang sorang kan? Nak jadi artsis tapi tak kesampaian. Huk huk. T_______T
Erm, petang tadi dah tidur sangat sangat so tak ada la rasa mengantuk lagi. Sahur kang tak payah susah hati. Tunggu je orang ketuk pintu. Ketuk pintu awal pagi? Haha, kitorang kat sini ada Sahur Delivery la. Seronok kan? Ape fikir Pizza dengan McD je ada delivery eh?
Hmmm, rasanya kain dah siap ni. Pergi dulu kawan kawan! ;)
p/s:entri ni dah lewat sangat untuk dipost. Entri ni dah ditaip semalam, baru petang ni dapat post. asyik asyik tak dapat post. tetap paksa gak nak post, tak kire! Korang buat buat eksaited je eh baca eh.
No comments:
Post a Comment