terbaek!

Monday, August 23, 2010

selalu lala macamni;

diari ramadhan bersambung lagi :) diari ke laporan?

#ramadhan 9 (19 Ogos 2010)

Pergi kelas macam hari hari biasa. Kelas setengah hari je, lepas tu balik tidur. Aku kalau tak tidur petang, tak sah. J buruk perangai. Eh tak tak,memandangkan esok kitorang ada Tamu Matematik & Sains, so petang tu aku tak tidur. Bizi print badge@pas masuk and nametag utk AJK Pelaksana. Aku yang tawarkan diri untuk setelkan benda ni. Then dalam jam 3 lebih tu, aku pergi kelas lagi, nak siapkan pencarian nama scientific haiwan haiwan yang dah diawet. Serious aku bagitahu, nak carik nama nama scientific ni bukan kerja mudah. 2 jam aku kat kelas tu, 2 ekor haiwan je yang aku Berjaya temui nama species taw! Kena kelik sebiji sebiji pulak tu untuk tengok gambar then compare dengan haiwan sebenar. Tak ke susah? Lagi lagi bila lack of references. Nasib baik berjaya temui website yang boleh dibuat rujukan.

Then malam tu tak tarawih lagi, aku sebok pulak kat dewan. Adjust board board untuk hari esok. Sampai jam 12 jugak kat dewan. Dah setel yang tu, balik bilik sambung print nametag untuk AJK. Jam 2 pagi baru la setel and dapat la aku tidur nyenyak sampai lewat bangun pagi esok! Hahahah :P

#ramadhan 10 (20 Ogos 2010)

Dah penat sangat, sampai tak terjaga nak sahur. Pastu bangun lewat pulak tu. Bangun je aku terus kelam kabut bersiap. Huuuuu, nasib baik tak lewat sangat. Aku lewat 5 minit je masuk kuliah. Lagi lagi lecturer PJ tak masuk, so dapat la buat kerja apa yang patu before tamu start jam 10.

Tamu start jam 10am sampai pukul 4pm. Pengunjung sangat memberangsangkan. Nampak happening sangat sambutan dari warga Kent and budak budak sekolah yang kitorang jemput. Diorang balik dengan rasa happy selain dapat banyak ilmu baru. Thanks to all yang datang ke Tamu kitorang and thanks juga buat semua pihak secara langsung mahuoun tidak langsung dalam menjayakan Tamu Matematik & sains 2010. Dengar dengar KJ kata September ni ada lagi. WHAT?

#ramadhan 11 (21 Ogos 2010)

Kelas ganti pulak hari ni. Uhhh, nasib baik kelas tak banyak. Ada lecturer yang tak masuk kelas. So balik dari kelas apa lagi, terus tidur la. Penat semalam tak ganti lagi. Malamnya pergi tarawih, bantu uruskan moreh.

Balik tarawih, aku nagn rumet keluar pergi pekan minta masakkan kari. Kat surau tadi ada moreh mee kari. Mee nya ada, karinya dah habis. Hehe, dah balik ngn kari pekat tu, sampai bilik terus je makan.

#ramadhan 12 (22 Ogos 2010)

Hari ni bangun je terus basuh telekung. Then singgah kat bilik Vivyan, tengok dia tengah pegang paper asaimen. Wah, semnangat giler dia! So, aku pun tersemangat sekali tanpa diduga. Hahaha, tapi sampai bilik terus pulak tengok movies. Sanggup tak tidur petang semata mata tengok movies. Isk isk.

Malam tidur awal pulak. Rasa penat, sebab sejuk giler. So, badan pun tak ada la bersemangat sangat. Kat bilik je malam ni. Cek cek kerja sikit, then tidur. Ni yang aku tengah taip entri ni sebenarnya selepas sahur. La ni dah 5.40 pagi taw. Lepas ni nak iron baju pulak. Lepas tu nak tidur, boleh? Eeee, asyik asyik tidur.

Ok la, nak iron baju dah ni. *eceh, padahal tak sabar nak sambung tidur.

Hmm, selamat berpuasa!


No comments: