terbaek!

Thursday, September 30, 2010

hello september!



hello and assalamualaikum.

wah, tajuk entri bukan main lagi. kenapa dah nak habis bulan baru terhegeh hegeh nak hello hello september? lagi patut kalau kata hello oktober kan?

esok dah 1 oktober. ala, jangan kata esok la, beberapa jam lagi dah 1 oktober. kurang 5 jam lagi nak ke bulan baru. bulan oktober, bulan sepuluh. bulan syawal pun dah tak lama lagi. tak pasti sempat ke tak nak puasa enam.

kenapa tiba tiba nak hello september ni? agaknya baru terasa yang september itu muncul kot. teruk la. tak tahu la kenapa nak helo september pulak. err yang pasti oktober ni schedule tight. ohmaigod!

esok jumaat kan? esok nak kena hantar fail ELT. lecturer kata siapa hantar esok ada bonus point. siapa yang tak nak kan? oleh itu, pakat ramai ramai hantar esok! then, PTPS pun hantar esok juga. istimewanya individual task PTPS tu aku tak mula lagi. nasib baiklah tak banyak sangat, aku harap malam ni aku berjaya 'mempagi bersama malam'. entah bahasa mana aku pakai. kalau hang tuah dengar bahasa ni, mesti dia marah. habis aku kena silat.

bila oktober dah muncul, semua pun gelabah, cuak, tak cukup masa. SEMUA? atau aku sorang je ni? assignments punya due date banyak on 1st and 2nd week of oktober. lepas tu bulan ni juga la aku nak complete BIG Kembara Sosial dengan budak batch aku kat kampung di Kota Belud. nasib baik tak camping kat kampus. misi kitorang nak camping kat luar akhirnya berjaya.

lepas camping BIG ni, tak lama pula akan menyusul camping UB. yang ni tak pasti lagi kat mana. oh oh, fail BSMM pun tak update lagi. eh, tak update ke tak start langsung lagi ni? @@

ah yang ni aku sebok sebok nak update belog apesal pula? kerja tak start lagi, dah gatal nak update. ok la, aku chow dulu.




hitam itu menawan.

Tuesday, September 28, 2010

tolong jangan maki sebelum tengok. tengok dulu baru maki.

gampang tak tajuk entri?

haa, sila ingat pesanan penaja. TENGOK DULU BARU MAKI. nak tahu kenapa aku dengan yakin kata macam ni? moh aku cerita.

petaang tadi kelas sampai 1.15pm je. tapi balik hostel awal dari waktu yang dinyatakan di atas. mula mula ada kelas PJ, tapi lecturer tengah menjadi bizi kerana jadi judge untuk amali Pergerakan Asas junior aku. so, balik lah. nak tunggu apa lagi. ^^

sampai bilik terus je mengadap laptop. memandangkan tak boleh solat, macam ni la rutin untuk beberapa minggu. what? minggu? big no no. beberapa hari jek.

dah meniarap meniarap manja atas katil mengadap laptop, terfikir pula nak tengok muvee, so dengan berbesar hati klik ka muvee senario beach boys tu. eh, beach boys ke? lantak lah, aku bab bab muvee ni agak lemah sikit. sedut je awal, tapi tengoknye entah bile. maju tak aku?

berbalik kepada tajuk entri, kisah ni terjadi sebelum aku pergi mandi. sebelum tidur tengahari tadi tu, bateri laptop dah kong. oleh kerana penat sangat, (*penat? kau kerja apa sebenarnya nih?) tak menyempat lah nak charge. terus je tidur tanpa menyedari bila rumet aku sampai bilik. hahaha, gampang tak? lepas tu aku pasang la bateri tu kat plak. ok, kat transformer charger dah menyala. means plak ok la, mengalirkan arus elektrik. tapi tunggu punya tunggu, tak ada pula menyala lampu kat laptop yang menunjukkan tengah charge. so, aku konon konon beraksi hebat la adjust adjust sikit wayar cherger tu. kot kot la perlu nak adjust adjust.

dah nak 5 minit lebih aku adjust adjust, tak ada pun charging. naik sentap la aku bila jadi macamni. hati dah start nak maki maki kat encik laptop. belek punya belek rupanya hujunh charget tu tak cucuk lagi kat laptop! masyarakat!~ kalau cucuk kat lubang idong pun tak kan menyala punya! isk~ makanya, JANGAN NAK MAKI SEBELUM TENGOK.

cerita tamat.

mai nem is khan;

Monday, September 27, 2010

i'm sorry peeps;

Misunderstanding can lead to a problem in a further group work. And work progressed may not work as smooth as we want.

it's common thing, right? but when we fight for it, everything will be fine.

so, just clarify the knot.


i may not the best for them;

Sunday, September 26, 2010

hari hari saya;


ASSALAMUALAIKUM.

aku pun tak tahu kenapa tiba tiba ada perasaan rajin nak update belog.

padahal aku tengah kalut dengan kerje kerja. banyak pula nak disiapkan. padan muka dulu dulu tak kesah sangat kerja. esok esok dah nak hantar baru kalut sorang sorang.

lagi aku kalut sebab esok aku dengan member group akan buat mikro n makro teaching. budak budak kelas aku yang memang nakal tu juga akan jadi student. tak payah nak sewa budak budak tahun 1 kat mana mana sekolah. budak kelas aku tu pun dah memadai.

err, nak cerita sikit ni, layan taw. Jumaat malam kitorang ada sambutan Ria Raya Kent. memang annual activities. so malam tu melaram giler la semua umat Kent. ada la juga yang aku snap. lepas tu encik D3000 aku tu pass dari tangan ke tangan orang. semua la nak kat dia.

gambar gambar lain boleh tengok kat fb.


wah, terus tunjuk inai! hehe~

rumet rumet bergabung, meletup!


puteri puteri kelas aku. tapi tak semua ada.


tukang karut dan encik mimie norhidayatie.

pagi sabtu pulak kitorang menjemput diri sendiri ke rumah encik mashitah. ni la first time beraya kat rumah klasmate, hik hik. food memang amazing and delicious. dah lah melepak lama kat rumah mas, lepas tu befire balik siap bungkus pulak. hahaha, nasib baik la rumah klasmates. kalau tak, aku selaku ketua unit paling merah pipi mewakili rakyat kelas aku. huuuu~

tahun depan memang nak beraya kat rumah mashitah lagi. tak payah nak tunggu dia ajak, kitorang yang suggestkan suruh dia prepare. hehe, pintar kan?

ok ok, cukup dah kot mengarut tuk malam ni. kerja aku banyak lagi tak siap ni. asaimen ada 3 beratur, aku tak mula apa lagi. esok nak mengajar, perlu pula aku nak menyanyi untuk set induksi. fail tak mula update lagi, esok cikgu nak cek dah. ah ah, banyak!

september and october ni memang padat.

ok, aku nak buat kerja dah ni. ASSALAMUALAIKUM.


Tuesday, September 21, 2010

kenapa aku suka adik-adik perempuan aku dan mak aku.

sebenarnya aku tengah kemas kemas barang nak tidur. siap berpantun pantun lagi kat facebook. tapi lepas blogwalking, terdetik pula nak post entri tajuk yang ni. kadang kadang kepala aku ni tengah malam yang tak buta macam ni la dia akan merengek rengek berfikir dengan secara songsang sehingga lah lahir idea idea songsang macam ni.

ok, kenapa saya suka adik adik saya?

kerana.... (tidak lebih dari 20 patah perkataan) AI, APESAL NI? hoi nyah, kau fikir ini contest ke ape nak isi isi ruang kosong! hmm, mari sini dengar aku mengarut.

adik perempuan aku ada dua. adik lelaki pun dua. tapi kita akan highlight pada ADIK ADIK PEREMPUAN sahaja dalam entri ini. lain masa aku cerita pula pasal adik adik lelaki aku. =) adik perempuan aku yang first umur 19, eh 19 ke? wah, dah besar panjang rupanya dia ni. ketinggian tak lah setinggi aku. aiseh, macam lah aku ni tinggi sangat. kot kot adik aku tu dalam 158cm macam tu la. then adik aku yang kedua is SPM candidate tahun ni. masyaAllah yang ini punya lah tinggi. *ceh, cara bagitahu tu macam lah adik aku tu tinggi dari Paris Hilton* tapi series aku bagitahu adik aku yang kedua ni agaknya tinggi dalam 166cm macam tu la. aku tinggi 160cm je. tinggi takde pun jauh sangat kan? oleh kerana perbezaan tinggi yang tak berapa nak berbeza, maka dengan mudahlah kami berempat termasuklah mak aku yang berketinggian 155cm berotate-rotate baju. faham tak? baju adik aku tu baju mak aku juga. baju mak aku tu baju aku juga. hehehehe, seronok tak terperi kan? macam makan choki choki stroberi je rasanya. tapi rotate rotate baju ni selalunya untuk baju kurung and dress or t-shirt lah. kalau jeans tu konfemlah aku tak boleh nak pakai jeans adik aku yang first tu. kaki dia ramping macam model. kaki aku aku pula tak ramping.

tapi apa pun part part best ni tetap gak ada part tak best. kaki kitorang tak sama saiz. so kasut bapa aku boleh jadi kasut aku juga. terkejut? ye abang abang dan kakak kakak, kaki aku ni kaki gajah. size 7 or 7 1/2 la. memandangkan korang dah tahu saiz kasut aku, so apakata hadiahkan aku kasut dengan saiz yang betul nanti? aku pasti menghargainya. heeeee. adik adik and mak kasut diorang dalam saiz 6 je. so tak boleh lah aku nak merembat atau bergaya lebih dengan kasut adik atau mak aku.

ok, ni pulak KENAPA SAYA SUKA RUMAH SAYA. eh, apa pula ni? cerita dah habis lah. cut! cut!

sekian terima kasih.

Sunday, September 19, 2010

wedding;

short entry.

bestfriend saya sudah jadi PUAN. ;)

so, saya ambil kesempatan jadi photographer time majlis akad nikah dia.
*saya budak baru belajar*









take care;

Friday, September 17, 2010

ur lastest h/p???

sony ericcson. C510i

ask me for more!

Monday, September 13, 2010

inspired;



Tumblr_l8ou2qfhcp1qdbwsqo1_500_large


right, people?

syawal kami;




ASSALAMUALAIKUM, hai hai. entri ini ada entri khas edisi syawal 2nd and 3rd. Syawal 2nd masih pergi menziarah sambil beraya kat rumah pakcik makcik merangkap cekgu cekgu saya, pakcik makcik sekampung dan kawan kawan encik ayah.


encik kekasih D3000 memang dibawa ke hulu ke hilir. tapi mood nak snap tak seberapa sangat. so kadang kadang encik D3000 berehat dalam beg je. kesian beliau kan?


Syawal 3 open house. memang sangat lah open. meriah macam ada kenduri kahwin je taw. memang every year pun macam tu. penat jangan kata la, tuhan saja yang tahu. tapi tahun ni macam orang tak ramai sangat, last year la ramai sangat datang. rasa macam encik ayah dah jadi YB je. insyaallah. ;)


kalau open house, rumah memang jadi medan lepak member member saya. so here, i want to thans to all x-classmates and x-schoolmates yang datang lepak duduk lama-lama kat rumah. big hug and kisses to tiqa, epong, man, weng, min and kunam. sayang korang semua!


picts lepaking dengan member member tak ada kat encik D300- saya. ada kat dslr epong and man. tunggu diorang upload. heh, tak sabar nak tengok!


jumpa dengan geng geng lain juga kat rumah tiqa.


hee, ini cik tiqa ye abang abang.


ini pulak tukang karut dengan anak buah cik tiqa.
beliau belum berpunya, hik hik hik.



tukang karut bersama puan mama.
*iklan saya sayang emak saya*


more picts kat fb. bai~

Friday, September 10, 2010

Eid Mubaerak sudah tiba!

entri ni ada gambar latest. beberapa jam lalu. =)

saya semangat sangat nak post. tak kire, nak post jugak.




kami menyala nyala di pagi raya. haha~
encik farah, encik ayah dan encik tomoko.
soon will be updated kat fb dalam album GLAMOUR RAYA =)


glamour glamour raya!


Wednesday, September 8, 2010

kad raya untuk korang. pilih mana berkenan di hati.

Minal aidil walfaizin. Kepada kawan-kawan sekolah, kawan-kawan institut, kawan-kawan Facebook, Blogger dan yang sewaktu dengannya, saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan, mohon maaf atas TERkasar bahasa, TERmarah, TERmaki, TERumpat, TERkata, TERkutuk, TERmacam-macam lagi, harap tidak disimpan di dalam hati apatah lagi di dalam peti. thanx to semua yang tak pernah serik untuk datang sini, membaca entri entri secara percuma yang kadang kala entah apa apa. maaf andai terlanjur bicara, hamba juga insan biasa. Selamat hari raya!

kat bawah ni ada beberapa kad yang telah dicilok dari encik google. *terima kasih encik google!* pilihlah mana-mana yang berkenan di hati. kot kot tahun ni tak dapat banyak kad raya, boleh la print seberapa banyak keping yang anda suka then lekat kat dinding mahupun pintu gerbang rumah anda. =)





Hah, ni pulak sampul raya. kot kot tak sempat nak beli ke ape ke, boleh la print sebanyak mungkin lepastu gunting and gam la kat tempat yang sepatutnya. pagi raya nanti boleh la guna. nak aku ajarkan juga macamana nak guna sampul raya ni? adik adik, sampul raya ni tempat simpan duit raya, lebih afdal jika duit kertas disimpan di dalamnya. hahaha~



happy eid mubarak!

sangat hawwwt;




auwww~



hmm..



grrrr! tak tahan, tak tahan!


khas untuk readers sekalian;

dearest readers. nah, terimalah roses berkuntum kuntum ini dari saya. thanx sebab selalu baca blog saya. sayang korang semua. *jumpa gambar ni kat sini so letak kat belog untuk you all semua. ;)

actually ada banyak benda yang saya nak cerita, tapi mood nak bercerita tak sampai lagi. petang or malam ni la kot. sementara tunggu pengumuman raya kan? hehe. sabar eh ;)

3393569767_d1d7e07c75_z_large

super classic. i like!

roses with love;

Monday, September 6, 2010

morning glory;

Tumblr_l7rrsyw7nz1qbsxopo1_400_large

i have to try this at least once.

Thursday, September 2, 2010

someday we'll be;

today is my 3rd day at school. because of the public holiday on 31st August, so i'm only have 4 day for my PBS. i just think that the timing while doing the PBS is not suitable. so that is why maybe some of my friends can't complete their task fully. some school having a test, then some school having the 'latih tubi' for the UPSR student. luckily, while doing my last PBS at SK Tambalang, i've got a chances to follow the English teacher in the class.

tomorrow will be the last day at school before holidays. 2 weeks of holidays, with assignments during Hari Raya. having a task to do, meaning that it'll be not-so-holiday holidays, right? i still not really care about the assignments, i didn't check yet the due date of all the assignments. i just think that i still not get the feeling to start this assignments except for my PBS task.

now is almost 12am. i'm finished packing my stuff to bring along home. i'm still not sure what day will i go back to my hometown. if i want to take a express bus from KK-KGU, am i sure there still a ticket? or sold already? that happen last year but luckily i got a ticket. but i don't know what is the story for now. so, i'm waiting for friend to confirm when will he go back to hometown. maybe i will ride along with him to Keningau. people, i don't have the feeling of excited now. i think i lost it because i am so excited for the past two days.

my roomate is busy packing all her stuff. and i think i have finish my words. so dearies, goodbye for now. sleep tite :)


Wednesday, September 1, 2010

raya datang lagi;

entri ni macam ada bunyi bunyi nak merapu sikit. sila layan. kalau tak minat, boleh tekan X kat penjuru atas sebelah kanan ye abang abang. eh, abang abang? *prasan*

baru habis meeting ni. before meeting tadi kat bilik rancak je gugel gugel design untuk jubah and abaya. at first nak beraya dengan jubah tahun ni, tapi jubah tak sempat nak jahit. tak kisah sebab tetap akan siapkan juga jubah ni biarpun hari raya dah berlalu.

perasaan berhari raya dah membuak buak bergelora ni. tak tertahankan dah. *i hope miracle happen before raya ni :(* Ya Allah, jadikanlah raya kami seperti raya raya sebelumnya. talk about baju raya, baju raya korang dah siap belum? i kali ni pink n purple. *masih teringat dengan jubah yang tak siap lagi tu*

nah, amek la pesanan bergambar raya dari ai kat bawah ni. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. =)

ooh, superb! gorgeous!