terbaek!

Tuesday, September 21, 2010

kenapa aku suka adik-adik perempuan aku dan mak aku.

sebenarnya aku tengah kemas kemas barang nak tidur. siap berpantun pantun lagi kat facebook. tapi lepas blogwalking, terdetik pula nak post entri tajuk yang ni. kadang kadang kepala aku ni tengah malam yang tak buta macam ni la dia akan merengek rengek berfikir dengan secara songsang sehingga lah lahir idea idea songsang macam ni.

ok, kenapa saya suka adik adik saya?

kerana.... (tidak lebih dari 20 patah perkataan) AI, APESAL NI? hoi nyah, kau fikir ini contest ke ape nak isi isi ruang kosong! hmm, mari sini dengar aku mengarut.

adik perempuan aku ada dua. adik lelaki pun dua. tapi kita akan highlight pada ADIK ADIK PEREMPUAN sahaja dalam entri ini. lain masa aku cerita pula pasal adik adik lelaki aku. =) adik perempuan aku yang first umur 19, eh 19 ke? wah, dah besar panjang rupanya dia ni. ketinggian tak lah setinggi aku. aiseh, macam lah aku ni tinggi sangat. kot kot adik aku tu dalam 158cm macam tu la. then adik aku yang kedua is SPM candidate tahun ni. masyaAllah yang ini punya lah tinggi. *ceh, cara bagitahu tu macam lah adik aku tu tinggi dari Paris Hilton* tapi series aku bagitahu adik aku yang kedua ni agaknya tinggi dalam 166cm macam tu la. aku tinggi 160cm je. tinggi takde pun jauh sangat kan? oleh kerana perbezaan tinggi yang tak berapa nak berbeza, maka dengan mudahlah kami berempat termasuklah mak aku yang berketinggian 155cm berotate-rotate baju. faham tak? baju adik aku tu baju mak aku juga. baju mak aku tu baju aku juga. hehehehe, seronok tak terperi kan? macam makan choki choki stroberi je rasanya. tapi rotate rotate baju ni selalunya untuk baju kurung and dress or t-shirt lah. kalau jeans tu konfemlah aku tak boleh nak pakai jeans adik aku yang first tu. kaki dia ramping macam model. kaki aku aku pula tak ramping.

tapi apa pun part part best ni tetap gak ada part tak best. kaki kitorang tak sama saiz. so kasut bapa aku boleh jadi kasut aku juga. terkejut? ye abang abang dan kakak kakak, kaki aku ni kaki gajah. size 7 or 7 1/2 la. memandangkan korang dah tahu saiz kasut aku, so apakata hadiahkan aku kasut dengan saiz yang betul nanti? aku pasti menghargainya. heeeee. adik adik and mak kasut diorang dalam saiz 6 je. so tak boleh lah aku nak merembat atau bergaya lebih dengan kasut adik atau mak aku.

ok, ni pulak KENAPA SAYA SUKA RUMAH SAYA. eh, apa pula ni? cerita dah habis lah. cut! cut!

sekian terima kasih.

1 comment:

Miranisa =) said...

bestnye sume saiz badan same. hehe xD