terbaek!

Thursday, September 30, 2010

hello september!



hello and assalamualaikum.

wah, tajuk entri bukan main lagi. kenapa dah nak habis bulan baru terhegeh hegeh nak hello hello september? lagi patut kalau kata hello oktober kan?

esok dah 1 oktober. ala, jangan kata esok la, beberapa jam lagi dah 1 oktober. kurang 5 jam lagi nak ke bulan baru. bulan oktober, bulan sepuluh. bulan syawal pun dah tak lama lagi. tak pasti sempat ke tak nak puasa enam.

kenapa tiba tiba nak hello september ni? agaknya baru terasa yang september itu muncul kot. teruk la. tak tahu la kenapa nak helo september pulak. err yang pasti oktober ni schedule tight. ohmaigod!

esok jumaat kan? esok nak kena hantar fail ELT. lecturer kata siapa hantar esok ada bonus point. siapa yang tak nak kan? oleh itu, pakat ramai ramai hantar esok! then, PTPS pun hantar esok juga. istimewanya individual task PTPS tu aku tak mula lagi. nasib baiklah tak banyak sangat, aku harap malam ni aku berjaya 'mempagi bersama malam'. entah bahasa mana aku pakai. kalau hang tuah dengar bahasa ni, mesti dia marah. habis aku kena silat.

bila oktober dah muncul, semua pun gelabah, cuak, tak cukup masa. SEMUA? atau aku sorang je ni? assignments punya due date banyak on 1st and 2nd week of oktober. lepas tu bulan ni juga la aku nak complete BIG Kembara Sosial dengan budak batch aku kat kampung di Kota Belud. nasib baik tak camping kat kampus. misi kitorang nak camping kat luar akhirnya berjaya.

lepas camping BIG ni, tak lama pula akan menyusul camping UB. yang ni tak pasti lagi kat mana. oh oh, fail BSMM pun tak update lagi. eh, tak update ke tak start langsung lagi ni? @@

ah yang ni aku sebok sebok nak update belog apesal pula? kerja tak start lagi, dah gatal nak update. ok la, aku chow dulu.




hitam itu menawan.

No comments: