terbaek!

Sunday, September 26, 2010

hari hari saya;


ASSALAMUALAIKUM.

aku pun tak tahu kenapa tiba tiba ada perasaan rajin nak update belog.

padahal aku tengah kalut dengan kerje kerja. banyak pula nak disiapkan. padan muka dulu dulu tak kesah sangat kerja. esok esok dah nak hantar baru kalut sorang sorang.

lagi aku kalut sebab esok aku dengan member group akan buat mikro n makro teaching. budak budak kelas aku yang memang nakal tu juga akan jadi student. tak payah nak sewa budak budak tahun 1 kat mana mana sekolah. budak kelas aku tu pun dah memadai.

err, nak cerita sikit ni, layan taw. Jumaat malam kitorang ada sambutan Ria Raya Kent. memang annual activities. so malam tu melaram giler la semua umat Kent. ada la juga yang aku snap. lepas tu encik D3000 aku tu pass dari tangan ke tangan orang. semua la nak kat dia.

gambar gambar lain boleh tengok kat fb.


wah, terus tunjuk inai! hehe~

rumet rumet bergabung, meletup!


puteri puteri kelas aku. tapi tak semua ada.


tukang karut dan encik mimie norhidayatie.

pagi sabtu pulak kitorang menjemput diri sendiri ke rumah encik mashitah. ni la first time beraya kat rumah klasmate, hik hik. food memang amazing and delicious. dah lah melepak lama kat rumah mas, lepas tu befire balik siap bungkus pulak. hahaha, nasib baik la rumah klasmates. kalau tak, aku selaku ketua unit paling merah pipi mewakili rakyat kelas aku. huuuu~

tahun depan memang nak beraya kat rumah mashitah lagi. tak payah nak tunggu dia ajak, kitorang yang suggestkan suruh dia prepare. hehe, pintar kan?

ok ok, cukup dah kot mengarut tuk malam ni. kerja aku banyak lagi tak siap ni. asaimen ada 3 beratur, aku tak mula apa lagi. esok nak mengajar, perlu pula aku nak menyanyi untuk set induksi. fail tak mula update lagi, esok cikgu nak cek dah. ah ah, banyak!

september and october ni memang padat.

ok, aku nak buat kerja dah ni. ASSALAMUALAIKUM.


No comments: