terbaek!

Thursday, December 30, 2010

wrap up slow slow

kurang setengah jam lagi dah sampai ke penghujung 2010. lalu akan berlakulah transisi umur dari 21 ke 22. officially umur berubah pada April 10. oh macam tak sedar je masa berlalu dengan begitu pantas.



ah, btw blog dah tukar nama. 'a little love, a little charity'. our little secret dah tak pakai. apa sangat la secret kat blog ni. kan kan?



kira kononnya malam ni macam nak wrap up lah cerita 2010. tapi otak macam tak boleh cover balik apa yang dah berlaku sepanjang 2010. kita wrap up slow slow la kot kan?



hari ni full day asyik asyik merajuk kat puan mama. dah hari hari terakhir kat rumah la pulak asyik asyik merajuk. nak kata pasal hormon, bukan. kot kot ini sifat baru menjelang umur 22 eh? haha lupakan. macam biasa la, bila merajuk kat puan mama, masuk bilik duduk kat katil. buat je la apa apa asal boleh stay atas katil. dengar lagu, baca buku, option lain, tidur. lepas tu bangun bangun terus cari makan. haha, tak malu.



ok jom wrap up cerita 2010. *versi 1*


#1 DSLR ada dah kat tangan. gift dari encik ayah sebab pointer time Sem 2 naik mendadak dadak bagai pinang dibelah dua. eh, kenapa bunyi macam tak sesuai je? pointer time tu sangatlah unexpected, tinggi mana pun tak boleh lawan pointer Hanis Zalikha la.



#2 field trip paling best dengan lecturers and classmate. memandangkan Semester 4 bebudak PISMP Sains study pasal Ecosystem and Biodiversity, so filed trip lebih ke arah ekosistem la kan. so filed trip tu 3 hari 2 malam. pergi 2 tempat. for ex-situ conservation, kitorang pergi Lok Kawi Wildlife Park. then In-situ conservation pula, kitorang pergi kat Proboscis River Lodge, Klias, Beaufort. memang best sangat lah. semua orang happy. paling tak boleh lupa time abang bot tu drift bot kat sungai Klias. hoh, mula mula macam nak tercabut nyawa je bila dah rasa 45 degree dari origin. haha, lama lama best. tiap kali drift, jerit. drift lagi, jerit. haha.



#3 first time format encik laptop. semenjak beli on August 2007, ni la first time format. memang time ni laptop dah lagging, slow, isi isi pun berselerakan kot. secara automatiknya lepas format terus pakai Windows 7. tapi kualiti tak power sangat sebab RAM masih tahap balairaya kampung. 1.5 G DDR2. sem depan nak upgrade RAM supaya boleh laju macam Usain Bolt.



#4 yang ni korang jangan gelak. yang duduk sabah, especially. cuti ni baru la aku jejak balik kaki kat Gaya Street. lama gila tak jejak kaki kat situ. aku malas nak cerita panjang. pendek kata macam tamu la, Sunday Market bak kata nenek aku. macam macam kau boleh jumpa kat situ. macam macam lah! tu aku dah tolong link-kan pasal Gaya Street tu hah. kalau nak tahu, jangan segan segan nak klik, aku tak suruh bayar sesen pun.


setakat ni je yang dapat di-wrap up. nanti esok esok aku fikir balik. duduk bertapa atas katil ingat balik kisah 2010 ni ye.


alrite, till then. Gudnite.



p/s : lagi lama kita hidup, lagi banyak pengalaman kita dapat. rajin rajin la cari pengalaman. jom doa supaya umur panjang. :) Selamat Tahun Baru 2011!



Wednesday, December 29, 2010

Video AH lagi!

guys, berhenti la cerita pasal timeline #malaysiacheatlaser kat tweeter tu.
alah, kat mana mana la.
kalau dah rezeki kita menang, terima saja la kan?
nak condemn condemn apa lagi?

kita tunggu pengakhiran 90 minit malam ni sama sama.
nervous dah sampai, kick-off tak ada pun mula lagi.
Garuda Vs Harimau Malaya!
eh, betul ke Harimau Malaya?

sikit lupa, you guys dah check out video ni?
kepada kaki kaki youtube, sila lah google video ni.
korang taip je 'Ayuh!', sure jumpa punya.

aku dah tengok. paling salute gila la kat Aziz Hazmi ni.
sorry la tak dapat nak attach video tu kat sini.
nak download tadi tapi ada problem pula.
kecewa sikit tak dapat nak letak video tu kat sini.

A public service announcement by Izham Ismail, featuring Aziz Hazmi.

banyak banyak la buat public service announcement, semua aku layan!

Jumpa kat Stadium Gelora Bung Karno! *ceh, bunyi macam nak pergi Indon je*



Friday, December 24, 2010

ChurpChurp | K-Pop

K-Pop?

semua orang memang minat gila dengan diorang.
ya ya, taw. ada yang minat J-Pop, but now yang hawt is K-Pop la for sure kan?
jangan kata remaja la, budak budak sekolah rendah pun minat dekat diorang.
lagi lagi la korang yang muda remaja, especially perempuan la kan?
eceh, tak mengaku la pulak dia ni.



so nak tunggu apa lagi. klik sini, cepat!



lagi belog terbaek!



entri ini berkesinambungan dari entri ini.

2 blog pada entri lepas, entri ini 1 blog lagi yang aku rasa best. pemilik blog ni is a doctor to be, Fatin Liyana. she is a 3rd year medical student of Universitas Padjadjaran Bandung, West Java, Indonesia. aku tak ada la kenal in personal dengan dia ni, tapi dengan baca blog dia aku tahu semua perkembangan dia. cuti cuti dia kat bandung, kerja kerja praktikal dia masuk kampung, cerita pasal kawan kawan dia. best baca entri entri dia.

Fatin ni comel lah sangat. ada ribbon kat shawl, yang tengah aku praktikkan sekarang ni la. dia sangat suka Hello Kitty kalau tak silap. ni mesti dia inspired dari ribbons Hello Kitty kan? so aku pun try la pakai ribbon, bukan pasal aku suka Hello Kitty, tapi pasal aku nampak comel je bila nampak fatin pakai ribbon. so aku harap aku pun boleh la juga kelihatan comel macam Fatin. *mata bersinar sinar*



jangan klik kalau tak nak tengok besar besar.



cuti sana sini;


hai hai hai. ASSALAMUALAIKUM readers. lebih seminggu dah tak post entri. aku senyap je kan? actually pergi cuti cuti rehat rehat je. *kata kata sungguh berganda ganda*. that's why sangat tak ada khabar berita. tapi no worries, i'm still 21 and healthy.



spend time dengan family, tidur, makan, shopping sama sama. rumah kat KK tu ada dua bilik je. maka anak anak gadis encik johan ini pun bergelimpangan lah berseketiduran bertiga bersama sama di kotak berdinding empat penjuru itu. memang dah sangat lah lama tak tidur bertiga bersama sama di atas tilam yang sama. kalau waktu kecil kecil dulu memang everyday la. since dah besar besar panjang semuanya, dah ada bilik masing masing makanya dah jarang bergelimpangan berseketiduran sama sama.



cuti cuti rehat kat KK pun ok apa. jalan jalan kat bandar KK, shopping shopping, makan makan, pergi pantai, wildlife park. kira macam cuti and rehat rehat la. then kitorang balik Kgu on 22hb Dis. actually nak duduk lama lagi kat KK, tapi kena balik Kgu juga sebab yesterday ada Family Gathering. memang dah lama tak buat gathering. so time yang ada ni la dimanfaatkan memandangkan semua family besar, which is aunts, uncles, cousins and nephew almost semua ada kat Kgu. bila jumpa semua rasa hepi, peluk peluk, story story. yang sama sama kecil dulu pun sekarang dah sama sama besar. dah ada yang kahwin, bertunang, dan aku juga la yang masih berstatus single.



gambar tak banyak sangat, since camera masih original lens and speed light pun masih belum mampu nak beli, so aku tak suka sangat nak ambil gambar waktu malam. maafkan ketidakpandaian saya memanfaatkan kamera. semalam penat menari nara. kitorang sangat la having a great time dengan semua family members.



pics belum banyak yang aku edit. jangan marah hah. aku bagi saspen saspen sekeping boleh kan?



Pantai Teluk Likas; 21 Dis 2010.

Friday, December 17, 2010

ini belog belog terbaek!


oh hi kawan kawan. kita bertemu lagi di entri yang lain, hari ini. pengacara anda, Tukang Karut akan menceriakan tengahari ini dengan menyajikan beberapa belog *kenapa eja macam ni? ini mesti pengaruh HZ* yang i called awesome. yes, thumbs up kawan kawan!

ok, here we go.



macam biasa la, klik untuk tumbesaran yang sihat.


aku start baca belog dia since last year. memang dah terlambat la.
tapi i manage pergi older post. korek semua tips tips hebat HZ.
banyak sangat tips yang you all boleh dapat dari blog HZ ni. she is so amazing.
gaya bahasa santai, entri entri pun semua no harm, bukan cap ayam. semuanya ada point.
satu entri tu kadang kadang komen dia dekat dua ratus. bukan alang alang.
btw, so far follower dia dah sampai 14865, 5 digit ya adik adik.
sa, puluh, ratus, ribu, puluh ribu. tak percaya? klik gambar di bawah.



mama HZ, kakak HZ and adik adik dia pun ada belog juga. family relation dia sangat cool.
mama HZ sangat pandai memasak. dari gambar yang HZ attach kat belog pun dah taw sedap. hoho. membaca belog HZ sambil menikmati gambar gambar yang enak. apa tunggu lagi, pergi baca belog HZ sekarang.





she is a friend of mine. baru kenal dia 2 years ago kalau tak silap. dia sama batch dengan saya, tapi dia study kat IPGKS. she is very talented.
in short, she is an independent woman. she have a small bussines of photography.
i love all her pictures.

dekat blog dia pun ada dia attach a few juga. then kalau nak yang lebih, boleh klik sini or sini.
klik sini kalau nak dapatklan servis photography dia.

i love the way she writes in her blog. fyi, i learned a lot dari blog dia.
my english is bad, so banyak ayat ayat baru yang saya belajar dari blog dia. ok, u boleh klik blog dia sekarang.

so far, ini je la yang i sempat bagi tahu. nanti i sambung lagi yek. streamyx pun macam vavi. malas nak tunggu lama lama. ok bai. *mood dah hilang sebab streamyx*



hai hai bai bai;

Tuesday, December 14, 2010

oh, she can't promise that dear.

i really in blogging mode. but badly i am lacking of idea right now.

here something to fill up this post.

just scroll it down if you are interested to read.


Tumblr_lchcvfpkku1qeqe1so1_500_large

betul kan?

Tumblr_ld44dmnjba1qd7pz7o1_500_large

tiba tiba teringat kasut kuliah.
oh semester 5 is just a few weeks to start!

Tumblr_ld444zmjfh1qd7pz7o1_500_large

oh blackberry yang 'hot'.
still arguing with myself to be her owner or not.
so many things in my list.
each day, the list goes on. ohmaigad.

Tumblr_lda6ffzffh1qejnxfo1_500_large

how cute this blouse! i love the ribbon damn muchie!

Tumblr_ldc6g7j9js1qabm2oo1_500_large

oh man. i miss you ed westwick.
sangat ketinggalan episod GGS4 right now.
balik maktab nanti perlu cover balik episod episod yang terlepas.

Tumblr_lcjmoao4ui1qbmqg2o1_400_large
hah, ini sangat sesuai for those yang tak sedar diri.


Monday, December 13, 2010

kami bajet artis hot


semalam attend wedding kawan punya kakak. area rumah dia so nice, sebelah je ada sawah padi. selepas kenyang ngap ngap dan beberapa gelas air oren, terus tak melepaskan peluang yang ada berlari menuju ke sawah yang cuma beberapa langkah. terus buat pose bajet artis hot dengan adik. hoho memang dah tak kisah siapa siapa dah. *kalau mak mertua nampak mesti pengsan*

sempat la klik klik sepuluh dua puluh keping. DSLR berpindah tangan. kadang kadang saya yang jadi photographer gambar adik adik. lepas tu adik yang tinggal 1 paper lagi nk habis SPM yang jadi photographer. *itu pun perlu mention ke?* so here tampal la juga sekeping dua gambar bajet pose trak hengat tu.

kawan kawan jangan tertipu sangat dengan gambar gambar ni. kita harus ucapkan terima kasih kepada Photoscape yang banyak berjasa. *saya tak reti nak guna Adobe*


kita mulakan eksplorasi gambar dengan mempersembahkan gambar tuan punya blog.



yang kecil ni pun sebok nak enterframe kakak kakak die nak shoot gambar. so, demi menjaga hati pihak yang kecil ini, kita turut mengupload gambar ini. beliau berumur 3 tahun dan mempunya rekod kes menumbuk mata kanak kanak lain di taman permainan. *hampa*



hasil dari tukang gambar yang baru belajar. nak edit pun tak pandai sangat.



setelah diedit menggunakan Photoscape.

dah jarang wat album kat FB. just upload kat wall, tapi jarang la. sebab malu tengok gambar sendiri.

ok readers, till then. take care :)

Thursday, December 9, 2010

Hari Duku Tomoko

wah wah. kenapa tajuk entri macam 'malatop' je ni?

pernah dengar tak event ni?

9 Disember 2010 merupakan Hari Duku Tomoko.

ok adik adik, jangan gelabah. tak payah kucar kacir google pasal event ni atau pergi lari kat mak untuk tanya pasal event ni.

anda pernah tengok buah duku? tak pernah? pernah? eh, apasal semua orang angkat tangan ni? takkan saya seorang je yang tak pernah tengok buah duku? *ini harus malu jika benar*.

bagaimana penentuan tarikh ini dipilih? mari kita imbas kembali. sebelum isyak tadi, saya, puan mama dan adik pergi kedai. adik pergi ambil duit kat ATM *mentang mentang elaun dia dah masuk* lepas tu saya dapat bahagian saya. hehe. so, kami terus menuju ke Pasar Raya Milimewa (sengaja tulis macam ni supaya kelihatan gah). tujuan utama nak beli Harian Metro untuk encik ayah, tapi dah habis. tanpa mengira usia, kami bertiga terus beraksi shopping malam. beli barang keperluan rumah dan junk food untuk dikunyah kunyah oleh adik beradik sambil menonton channel 391 kelak. *demam korea sepanjang cuti* kepada yang geli dengan korea, sila jangan muntah di sini, saya tak benarkan.

lepas tu, puan mama terus drive pergi pasar malam. kat hometown saya, pasar malam everyday. start jam 2pm -11pm. best tak? mama stay dalam kereta, bibi dengan saya je yang pergo round round pasar malam. rasanya dah dekat setahun tak pergi pasar malam kat sini. so tadi pergi beli sayur and sayap ayam panggang. time tengok tengok sayur, terjumpa lah beberapa ketul buah yang tak pernah saya lihat. dengan yakinnya tanya makcik tu. 'ini buah apa?' makcik tu kata 'duku'. maka, saya tergamam seketika. terus secara tak sengaja terlihat makcik sebelah, ada ekspresi pelik di wajahnya. saya tahu kenapa. mesti makcik tu tengah berfikir saya ni baru keluar dari gua mana. *oh sungguh memalukan seorang yang berumur 21 tahun*. saya terus berlalu dengan malunya. nasib baik lampu samar samar, kalau tak mesti dah nampak blusher semula jadi menjadi terang kerana malu terhadap buah duku. eh, malu terhadap makcik makcik dan anak makcik tersebut. mari tinggalkan cerita duku ini.

malang menimpa pada permulaan cuti. charger laptop hangkang. so tak dapat nak on laptop sesuka hari. battery life pun tinggal 10 minit. oh, apa nak dikata? haruskah kita berdoa supaya charger ini baik dengan sendirinya? makanya, online pakai komputer desktop la. tak pun pakai laptop adik. yang ni pun pakai laptop adik, Aspire one.

tak dapat la nak tampal tampal gambar untuk entri ni. *eceh, macam la selalu tampal tampal gambar* google buah duku tadi pun tak jumpa pun gambar macam buah duku yang macam kat pasar malam tadi. so malas la nak letak gambar duku yang biasa biasa tu.

esok esok kalau saya jumpa buah pelik saya post lagi.

bai.