ah, btw blog dah tukar nama. 'a little love, a little charity'. our little secret dah tak pakai. apa sangat la secret kat blog ni. kan kan?
hari ni full day asyik asyik merajuk kat puan mama. dah hari hari terakhir kat rumah la pulak asyik asyik merajuk. nak kata pasal hormon, bukan. kot kot ini sifat baru menjelang umur 22 eh? haha lupakan. macam biasa la, bila merajuk kat puan mama, masuk bilik duduk kat katil. buat je la apa apa asal boleh stay atas katil. dengar lagu, baca buku, option lain, tidur. lepas tu bangun bangun terus cari makan. haha, tak malu.
kira kononnya malam ni macam nak wrap up lah cerita 2010. tapi otak macam tak boleh cover balik apa yang dah berlaku sepanjang 2010. kita wrap up slow slow la kot kan?
hari ni full day asyik asyik merajuk kat puan mama. dah hari hari terakhir kat rumah la pulak asyik asyik merajuk. nak kata pasal hormon, bukan. kot kot ini sifat baru menjelang umur 22 eh? haha lupakan. macam biasa la, bila merajuk kat puan mama, masuk bilik duduk kat katil. buat je la apa apa asal boleh stay atas katil. dengar lagu, baca buku, option lain, tidur. lepas tu bangun bangun terus cari makan. haha, tak malu.
ok jom wrap up cerita 2010. *versi 1*
#1 DSLR ada dah kat tangan. gift dari encik ayah sebab pointer time Sem 2 naik mendadak dadak bagai pinang dibelah dua. eh, kenapa bunyi macam tak sesuai je? pointer time tu sangatlah unexpected, tinggi mana pun tak boleh lawan pointer Hanis Zalikha la.
#2 field trip paling best dengan lecturers and classmate. memandangkan Semester 4 bebudak PISMP Sains study pasal Ecosystem and Biodiversity, so filed trip lebih ke arah ekosistem la kan. so filed trip tu 3 hari 2 malam. pergi 2 tempat. for ex-situ conservation, kitorang pergi Lok Kawi Wildlife Park. then In-situ conservation pula, kitorang pergi kat Proboscis River Lodge, Klias, Beaufort. memang best sangat lah. semua orang happy. paling tak boleh lupa time abang bot tu drift bot kat sungai Klias. hoh, mula mula macam nak tercabut nyawa je bila dah rasa 45 degree dari origin. haha, lama lama best. tiap kali drift, jerit. drift lagi, jerit. haha.
#3 first time format encik laptop. semenjak beli on August 2007, ni la first time format. memang time ni laptop dah lagging, slow, isi isi pun berselerakan kot. secara automatiknya lepas format terus pakai Windows 7. tapi kualiti tak power sangat sebab RAM masih tahap balairaya kampung. 1.5 G DDR2. sem depan nak upgrade RAM supaya boleh laju macam Usain Bolt.
#4 yang ni korang jangan gelak. yang duduk sabah, especially. cuti ni baru la aku jejak balik kaki kat Gaya Street. lama gila tak jejak kaki kat situ. aku malas nak cerita panjang. pendek kata macam tamu la, Sunday Market bak kata nenek aku. macam macam kau boleh jumpa kat situ. macam macam lah! tu aku dah tolong link-kan pasal Gaya Street tu hah. kalau nak tahu, jangan segan segan nak klik, aku tak suruh bayar sesen pun.
setakat ni je yang dapat di-wrap up. nanti esok esok aku fikir balik. duduk bertapa atas katil ingat balik kisah 2010 ni ye.
alrite, till then. Gudnite.
p/s : lagi lama kita hidup, lagi banyak pengalaman kita dapat. rajin rajin la cari pengalaman. jom doa supaya umur panjang. :) Selamat Tahun Baru 2011!
1 comment:
selamat tahun baru ~
Post a Comment