terbaek!

Thursday, December 9, 2010

Hari Duku Tomoko

wah wah. kenapa tajuk entri macam 'malatop' je ni?

pernah dengar tak event ni?

9 Disember 2010 merupakan Hari Duku Tomoko.

ok adik adik, jangan gelabah. tak payah kucar kacir google pasal event ni atau pergi lari kat mak untuk tanya pasal event ni.

anda pernah tengok buah duku? tak pernah? pernah? eh, apasal semua orang angkat tangan ni? takkan saya seorang je yang tak pernah tengok buah duku? *ini harus malu jika benar*.

bagaimana penentuan tarikh ini dipilih? mari kita imbas kembali. sebelum isyak tadi, saya, puan mama dan adik pergi kedai. adik pergi ambil duit kat ATM *mentang mentang elaun dia dah masuk* lepas tu saya dapat bahagian saya. hehe. so, kami terus menuju ke Pasar Raya Milimewa (sengaja tulis macam ni supaya kelihatan gah). tujuan utama nak beli Harian Metro untuk encik ayah, tapi dah habis. tanpa mengira usia, kami bertiga terus beraksi shopping malam. beli barang keperluan rumah dan junk food untuk dikunyah kunyah oleh adik beradik sambil menonton channel 391 kelak. *demam korea sepanjang cuti* kepada yang geli dengan korea, sila jangan muntah di sini, saya tak benarkan.

lepas tu, puan mama terus drive pergi pasar malam. kat hometown saya, pasar malam everyday. start jam 2pm -11pm. best tak? mama stay dalam kereta, bibi dengan saya je yang pergo round round pasar malam. rasanya dah dekat setahun tak pergi pasar malam kat sini. so tadi pergi beli sayur and sayap ayam panggang. time tengok tengok sayur, terjumpa lah beberapa ketul buah yang tak pernah saya lihat. dengan yakinnya tanya makcik tu. 'ini buah apa?' makcik tu kata 'duku'. maka, saya tergamam seketika. terus secara tak sengaja terlihat makcik sebelah, ada ekspresi pelik di wajahnya. saya tahu kenapa. mesti makcik tu tengah berfikir saya ni baru keluar dari gua mana. *oh sungguh memalukan seorang yang berumur 21 tahun*. saya terus berlalu dengan malunya. nasib baik lampu samar samar, kalau tak mesti dah nampak blusher semula jadi menjadi terang kerana malu terhadap buah duku. eh, malu terhadap makcik makcik dan anak makcik tersebut. mari tinggalkan cerita duku ini.

malang menimpa pada permulaan cuti. charger laptop hangkang. so tak dapat nak on laptop sesuka hari. battery life pun tinggal 10 minit. oh, apa nak dikata? haruskah kita berdoa supaya charger ini baik dengan sendirinya? makanya, online pakai komputer desktop la. tak pun pakai laptop adik. yang ni pun pakai laptop adik, Aspire one.

tak dapat la nak tampal tampal gambar untuk entri ni. *eceh, macam la selalu tampal tampal gambar* google buah duku tadi pun tak jumpa pun gambar macam buah duku yang macam kat pasar malam tadi. so malas la nak letak gambar duku yang biasa biasa tu.

esok esok kalau saya jumpa buah pelik saya post lagi.

bai.


No comments: