terbaek!

Thursday, November 19, 2009

yang tak terungkapkan;



hening pada malam ini memaksa aku untuk merasakan semua rasa. entah. aku sendiri tidak mampu mengenal pasti sindrom apa yang melanda aku sekarang. aku sering merasakan perasaan yang membuatkan 'not in mood'. omaigod, kenapakah? doa saja mampu aku panjatkan. moga saat-saat seperti ini Kau pegang erat aku agar tidak sesat di haluan yang penuh persimpangan.

Aku memang tidak segagah Siti Hajar dan bukan semulia Siti Khadijah mahupun Siti Aishah. Kau kuatkan lah hatiku. bukan untuk mendamba kasih seperti mereka, cuma berilah aku petunjuk untuk semua ini. sungguh. andai dia untukku, kuatkanlah hati-hati kami. jika memang dia bukan untukku, rapuhkan saja semuanya agar aku tidak jauh terjerat pada cinta dan angan ini. Allahuakbar.

2 comments:

imHepPie said...

bgusla kalo sentiasa igtkan Allah...

tomoko said...

sentiasa. =p