terbaek!

Tuesday, November 9, 2010

kemelut;

mungkin umur yang beranjak 'matang' ini harus digunakan dengan baik apabila buat sesuatu tindakan atau keputusan.

peringatan lagi sekali, kau tak hidup seorang diri di dunia ini. maka, kalau buat apa apa keputusan, sila fikirkan tentang hati dan perasaan orang lain juga.

semester ini semester yang sengat mencabar angka hidup aku. terlalu banyak pengorbanan, terlalu banyak pengabaian, terlalu banyak kesakitan.

ya, terlalu banyak pengorbanan. terlalu sukar untuk menerima bila pengorbanan kau tu seperti tiada nilai. di mana sebenarnya nilai pengorbanan? pada wang? pada kerisauan? pada kata kata? pada masa? atau pada kau?

terlalu banyak sakit. banyak sangat. bila kita buat keputusan yang terbaik untuk semua orang, bukan mudah. kita buat macam ni, orang perkatakan. kita buat macam tu pula, orang masih perkatakan? so tell me, keputusan macamana yang kamu perlukan untuk puaskan hati semua pihak.

dan akhirnya, aku yang sakit sendiri.

kau mungkin tak rasa semua ni. kau mungkin ambil mudah semua ini. sebab kau bukan macam aku. rasa sensitiviti itu tinggi. benda benda kecil tak boleh nak dipandang ringan. kena fikir pakai otak, bukan pakai kepala lutut.

oh, aku lupa yang pada faktanya, semua individu berbeza oleh kerana faktor latar belakang. mungkin latar belakang kau tak membina kehidupan kau untuk jadi sensitif pada benda benda kecil. mungkin bagi kau benda benda kecil ni, apa lah sangat. tapi kau jangan lupa, benda kecil yang kau remeh remeh kan ini la yang memulakan suatu kemelut yang besar.

sebab aku dah terlalu banyak pendam, aku hanya mampu suarakan di sini.

dan kalau kau rasa aku mengungkit, silakan rasa. dialu alukan.

p/s: kau rasa ini mencarut tak? c'mon la.