terbaek!

Monday, November 15, 2010

yang ini best;


post ini mungkin post yang dinanti nanti. dan AMARAN : post ini agak panjang.

sebenarnya dah lama nak post yang ni, tapi masa amat tak mengizinkan. dan hari ini baru dapat explain dengan panjang lebar.
terasa nak blogging pakai bahasa melayu, so yang tak faham melayu tu, i am sorry for this.

bila aku cek cek older post, aku sedar yang aku memang jarang letak muka aku dalam post kan? so mungkin bagi yang just baca blog aku ni tanpa add kat fb memang tak kenal kot muka aku.

so here, dengan yakinnya aku tunjukkan muka aku yang sebenar.


ok, tak payah nak klik klik untuk tumbesaran yang melampau lampau. agaknya ini dah cukup jelas. kau nampak jerawat aku kat pipi kiri tu? (gambar ni kira baru la, time bulan Syawal juga. jangan tertipu dengan 'kehalusan' wajah sebab ia adalah atas bantuan 'natural light'. gambar ori, tak edit punya)

dialah tukang karut yang bernama Tomoko. iya, Tomoko. aku tak main main ni. ini nama aku, tapi bukan nama dalam IC la. nama ni memang nama panggilan aku sejak aku kecil. dah ramai yang tanya kenapa nama aku Tomoko.

once upon a time, in a small village, bla bla bla. ok cukup melebih lebih. mari ke point utama. nama ni puan mama yang bagi. sebab time aku lahir around 1989 or 1990 *wah muda lagi tukang karut ni* ada drama Jepun tajuk Somersault main kat TV. aku tak sure TV1 or Tv2. dan sangat pasti memang tak ada kat TV3.

aku dah memperuntukkan beberapa jam untuk cari gambar pelakon bernama Tomoko tu dan juga anything berkaitan drama Somersault tu tapi tak jumpa jumpa. kalau korang baik hati nak tunaikan hajat aku, bantu lah aku google semua ini.

ok dah tahu kan kenapa nama aku Tomoko? so then, lepas ni jangan memandai nak kata aku cari glamer pakai nama Jepun. sekali aku dengar kau kata aku trep trep jepun, aku baling heels aku tepat tepat kat muka kau! boleh faham?


ok sekarang kita move kepada bangsa aku. ok, siapa tahu aku ni bangsa apa? selama aku duduk kat maktab (aka IPG), rasanya dalam 50 orang yang teka bangsa aku, 3 orang je yang betul. (tak ada lagi scan sijil lahir, kalau tak baru boleh tunjuk bukti paling kukuh.)

Encik Ayah berbangsa DUSUN yang paling original. ayah asal Keningau. tapi parents dia asal Tambunan, Puan Mama berbangsa BANJAR yang asal dari Banjarmasin, Kalimantan (sebelah ayah) and Brunei (sebelah mak, asal kat Labuan)

tapi kat sijil lahir, it was written 'KADAZAN' because kalau kat Labuan, bangsa Dusun dikenali sebagai Kadazan. so aku proceed je la. and yeah, aku lahir kat Labuan.
ok, sila tengok gambar aku yang sangat besar tu. skroll ke atas dan tatap selama 5 saat sahaja. dah? ok cukup. teruskan baca. kau ada nampak muka Bugis tak kat gambar aku tu? Suluk? Sungai? Pakistan? hah, ini lah senarai bangsa bangsa yang orang teka berdasarkan muka aku yang sampai sekarang aku tak tahu muka aku ni jenis apa. bujur sirih? bulat? bujur melintang kot.

dan kalau aku kahwin nanti, aku nak kahwin yang penuh dengan tradisi kedua dua bangsa mak dan ayah aku. eh, kenapa tiba tiba sampai sini? ok, masuk barisan asal balik.

ah, satu benda yang paling seronok ialah bila aku jalan jalan sorang kat Labuan and then kawan kawan lama mak aku tak ragu ragu tegur aku. 'Mama mu si Dayang kan?' kalau tak pun 'Mama mu si Armah kan?' aku senyum dan angguk. *soalan diajukan dalam dialek Brunei*

nah, ini gambar aku dengan Puan Mama. gambarni pun baru. 2nd day of raya yang baru ni.

kalau ini korang nak tumbesaran melampau, bolehlah klik. boleh nak scan kot kat mana ada jerawat.


ada sedikit kekesalan di sini. aku dalam kategori 'baik' berbahasa Brunei. but then aku kecewa sebab aku tak pandai cakap Bahasa Dusun. boleh faham sikit sikit la. so korang jangan berbesar hati nak minta ajar bahasa Dusun dari aku.


hmm, ada apa lagi yang tak clear kat sini? rasanya macam dah cukup kan penerangan ni. kalau ada apa lagi yang korang nak tanya, sila komen kat post ini.

thanks for reading.

salam and respect;

9 comments:

jcca said...

oh..dusun@kadazan.. baru sy tau.
hehe ;)

Tomoko said...

iya jcca. mesti kau pun fikir saya bugis or else kan? :)

jcca said...

erm. xla.. tapi, igtkn ko bkn dusun.. hehe.. now, i know :)

aly alberta said...

that's my TOMOKO..miss the good old time..

Zulkifly Omar said...

uiseh.... brunei ko kuat oo.. hehe.. ko ckp ja ble trace suda.. rupanya dusun.. hehe.. sama la aku pun x pandai ckp dusun walaupun mama aku dusun... rasa rugi..^^

Tomoko said...

jcca : gud then :)

zul : jadi mari kita belajar cakap dusun. hehe :) zul, aku rasa kan time first ko dgr aku bckap tu, aku dlm mode Brunei ba kali. tu la first ko dgr aku bckp ko trace aku Brunei. but then, kalau sini dari cara aku becakap, drh cakap aku sblh2 sandakan or tawau. and aku kna cakap Bugis ya. hahaha.

sis Aly : haha, yeah. miss that time so much too :) <3

anafadzianah said...

haha...
ak pla ingt ko melayu moko..
hahaha~

Tomoko said...

ana : hehe, melayu? erm, boleh dipertimbangkan juga tu.

Zulkifly Omar said...

hahha... kali lah tu... tapi mun sudah biasa cakap tu. payah jua kan d tapuk.. hehe..