terbaek!

Wednesday, November 17, 2010

we're not dying for it;

malam ni agak tak ada kerja.

bangun dari tidur petang tadi, lepak dalam bilik je, rumet pun dah pergi meninggalkan aku sendiri. so, seorang diri la sampai jumaat nanti. lepas tu baru balik rumah.

and ya pula, esok Aidiladha kan? so dengan nada sayu, aku ingin mengucapkan Salam Aidiladha dari perantauan. *perantauan lah sangat* semoga kita mendapat barokah pada hari yang penuh bersejarah ini. InsyaAllah :)

memang sangat tak buat apa apa malam ni. padahal ada dua kerja lagi yang tak hantar. Report amali and Fail BIG. tutor dah minta. tapi tengok member lain macam tak buat sangat pun.

then hari ni, ada junior yang minta tips dari aku. haha, tiba tiba je malam ni aku jadi pakar kecantikan. apa la sangat ilmu aku. aku just share benda benda basic yang aku amalkan and info info dari bloggers.

dia tanya macamana aku jaga kulit muka. haha, tiba tiba je kan? padahal kulit muka aku tak ada lah baik sangat pun. sekarang ni aku tak tahu kat mana yang going wrong. ada area yang kulit kering, macam menggelupas sikit. so here mungkin aku boleh share sikit sikit info pasal aku. tips kecantikan ke? layan la, whatever.

#1 yang paling basic, kena banyak minum air putih. ini dah balik balik Hanis Zalikha pesan kan?

#2 kurangkan minum air gas bekarbonat tu. tahu lah Cokee tu sedap, lagi lagi kalau sejuk.
hahaha. aku dah jarang sangat minum air karbonat ni sejak 2 tahun lalu. paling paling pun
just minum 100Plus.

#3 cuci muka. CUCI bukan GENTEL or GARU dengan kuku. bukan pakai sabun mandi ataupun ubat gigi. pakai cleanser muka. tak kisah la apa brand, yang penting sesuai dengan jenis kulit. sebab kulit muka kita ni antara kulit yang nipis and perlu penjagaan yang baik.

#4 scrub muka. paling tidak pun seminggu sekali la. tap aku biasa buat dalam 2 kali seminggu.
scrub berfungsi untuk singkirkan sel sel mati kat muka. kalau hari hari skrub, tak baik juga.

#5 pakai toner or moisturizer lepas cuci muka. kulit muka perlu moisturizer. sama macam
badan juga, kita sapu losyen kan?

#6 ah yang ni pun mesti juga. kalau keluar pergi mana mana yang mendedahkan pada cahaya
matahari, mesti pakai sunscreen lotion. ada yang panggil sunblock lotion. and here, aku
suggest sunscreen lotion Banana Boat. tak berminyak and waterproof. peluh la sampai 2
baldi, sunscreen tetap stay, tak hilang.

#7 pakai mask. ini pun sebagai extra je. since tahun lepas aku baru start amalkan. dan memang
ada kebaikan. :)

rasanya macam ini je la tips yang aku amalkan. hehe, kalau ada apa apa nak kata or nak tanya, do drop comment. :)

that's all for now. kepala dah start denyut denyut ni. nak makan ubat. so people, grow well!


salam Aidiladha;

1 comment:

Unknown said...

hey, how did u do the signature? its very creative and really nice. =)